Pages

Saturday, December 12, 2009

~ AkhiRnYa ~

assalamualaikum.....ada org xkt blog nieh???ha3...akhirnya...ap yg akhir???he3...pe lg klo bkn "daku dh bley on9 slalu"he3...well, setelah di fikir-fikir akhirnya buat keputusan utk membeli broadband...coz mmg di perlukan sgt utk membuat assignment sekaligus bermain di alam maya...he3...

USB Modem yang membantu ku ke alam maya..ha3

ho3...lme btol x update blog...klo lah blog nie almari, ntah2 penuh bersawang blog nie jadinya...he3...skrg nie rmai yg bertanya khabar penulis...alhamdulillah penulis skrg mmg sehat walafiat...cme xckup tido coz sibuk dengan assignment yg d beri masa 2 minggu untuk disiapkan...oleh kerana byk yg nk kna di siapkan dlm masa 2 minggu 2, terjadi lah adegan xtdo mlm...ho3..3 hari berturut-turut pulak 2...mmg xjga stamina lgsg...ho3...
so crita yg ada bru2 nie, penulis menang tempat kedua untuk pertandingan debate in english...he3...xsangka la pulak boleh menang debate kat sini...perasaan gembira memang tak di nafikan la...tp tyme tue muka bwat2 cool macam xda pape coz takut org sini fikir yg bukan...kekadang diorg nie xspoting sgt...he3...
study kat sini ok2 jea...walaupun ada juga subjek yang tak boleh nak faham, tapi penulis tetap berusaha untuk memahami demi kejayaan penulis sendiri...he3...subjek tersebut pancasila; tentang rukun negara Indonesia. Rukun negara Malaysia pun tak lepas lagi dah kena belajar rukun negara orang...ha3...kekadang ada juga lect yang sebut pasal isu msia vs indo...yang isu ni memang malas sangat nak dengar...kekadang rasa macam nak keluar jea dari kelas tu...tapi apa boleh buat, memang dah adat belajar di tempat orang...kena jugak dengar semua tu...yang penting kita tahu yang kita xda kaitan dengan semua tu...so make do no jeala jawabnya...he3
ada gak lect yang baik...dan major lect semua baik...he3...2 3 orang jea mcm 2 tp xla sampai menyakitkan hati sangat...diorg juz ckp tentang isu semasa jea...cuma penulis jea yg rasa xselesa dengan semua 2...tapi watever la...bkn masalah penulis...
okey la...penulis nak stop kt cnie jup...nnt2 penulis sambung lain...skrg penulis lagi sibuk nak siapkan apa yang patut disiapkan...he3...
k...chaw chin chaw...assalamualaikum....

~mengharapkan doa kalian~

Sunday, September 27, 2009

pEnGALamAn d bUmi inDonEsiA

assalamualaikum...

wah, rsa mcm dh lma sgt xupdate blog nie...almaklum skrg agk bz n kemudahan internet xmcm dkt umah...bley slalu on9...hehe...so crita kt bumi indonesia biasa2 jea...mmg byk pengalaman d negara org nie...smanya mengajar kita erti kehidupan...

1st skali tyme pergi jakarta..smpai sne dlm pkul 3 pg..mmg penat la..smpai umah nenek trus pengsan kepenatan..esok 2 jln2 kt kota jakarta nek bajai..jakarta nie kota yg sibuk mcm KL tp lbih sibuk..spe2 yg bwk keta dgn lmh lmbut kt msia, kmpm xreti bwk keta ble dh smpai jakarta..ckup menakutkan..smpai kami yg dlm bajai tutp mata tgk org bwk keta..selit sna sni tanpa menghiraukan line putih yg ada kt jln raya 2..

pastu wktu mlm baba bwk jln2 tgk kwsn die membesar dlu...smanya dh berubah...yg dlu kwsn kmpg berubah jd kwsn bndr yg membangun..

kami truskan perjalanan ke surabaya dgn kpl terbg..sblm naek k.trbg, ada pengalaman yg mmg xleh di lupakan...tiket baba lost dlm keadaan yg kelang kabut mengejar masa coz ktaaorg sme dh terlmbt..klo di ikutkan, dh kne tggl pun tp ALLAH izin dirg tunggu sma penumpang naek..

smpai surabaya, abg n senior dah menunggu..so trus menuju ke kwsn rumah sewa..smpai sne rehat sebentar then trus kuar utk bli brg keperluan rumah..tyme nie la lg bez..sme tercengang tgk harga brg..ngeh3..mata wang sni kan gne ribuan jd sme pakat pening kpl...byg kan ktaorg kne byr kt kaunter dgn harga 1 juta!!!rupiah la...hehe...tp wlpn rupiah, pening kpl gak nk kre duit..smpai surrendr kra duit 2..so sruh house mate yg len g kira..ble dh settle byr 1 troli, bru ada kekuatan nk kra duit sini...hehe..mmg lucu la klo ingat blek telatah kami dpn kaunter 2..tp itulah pengalaman...(^_^)

smpai cni dlu la erk cte sy...nnt2 klo ada masa, sy smbg blek...k...daaa

~mengharapkan doa kalian~

Wednesday, July 8, 2009

srikandi ke-5...

sebahagian yg dtg srikandi ke-5


erm, srikandi nie dh lama berlalu dh pun...tp baru skrg ada mood nk post...ngeh3...pemalas btol sy nieh!ish3...erm, oklah back 2 da srikandi...so far program kali nie mmg bez...sbb kitaorg bwat dekat kwsn pantai...ubah situasi plak...selalu nya buat kat MAQ...so kitaorg ubah angin bwat kt pantai...seronok mmg seronok sbb dpt tgk ciptaan ALLAH yg cantik 2...kli nie ktaorg nye program agak santai...1st skali ktaorg mentadabbur alam...maklum la, duduk dekat kwsn pnati katakan...syukur alhamdulillah kita d beri nikmat mata utk melihat ciptaan Allah yg btol2 indah... =)

lepas jea metadabbur alam, ktaorg ckp pasal ukhuwah fillah...sy diberi kepercayaan utk ckp pasal nie...well, seperti yg kita tahu, persahabatan hanya kerana ALLAH itu manis lg dr persahabatan yg tiada matlamat hanya kerana ALLAH...point utama sebenarnya nk ckp supaya adik2 yg tggl kt bumi bintulu nie xberpecah belah dan sentiasa mengikut halaqah wlpn kakak yg lain dh kembali melanjutkan pelajaran d IPT masing2...wlpn sy mengambil masa yg singkat utk mengenali adik2 nie, tp sy mmg cukup syg mereka hanya kerana Allah...seronok dpt berkenalan dgn diorg nieh...pastinya sy akan merindui kalian!!!

erm, dh abis sesi nie, ktaorg sesi bergmbr pulak...hahaha...yg nie yg plg bez!byk gak r sy tgkp gmbr...hehe...erm, then ktaorg g mkn n smbg pulak sesi dgn akhwat yg smpai kemudian...semunya dr UPM,Btu...so ktaorg taaruf then truskan dgn pengisian dr k.Salwa...bncg tentang Indahnya Syurga...bez sgt ckp pasal syurga nie...moga2 kita terpilih menjadi ahli syurga...aminn...

erm, xtaw nk gtaw pe da...yg pasti,nie r srikandi yg last sy ngn adik2...huhu...sdey2...lps nie sy plak yg nk pergi...doakan yea!!!hehe...k...daaa

~mengharapkan doa kalian~

Friday, July 3, 2009

pRoGrAm KhAs rEmAjA BiNtULu


jom rmai2 memeriahkan program srikandi ke-5 kli nie...Insya-Allah xrugi klo luangkan masa sedikit utk Islam...klo ada sebarang pertanyaan, juz tgglkan kan pesanan kt shoutmix box o ym...

p/s : khas utk remaja perempuan sahaja... =)



~mengaharapkan doa kalian...

Thursday, June 25, 2009

rAhsiA kusYuk dALaM sOLaT


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

So bagaimanakah solat kita??adakah sekhusyuk solat Hatim yang ternyata memang tiada cacat celanya...moga2 kita tergolong dalam org yg khusyuk solatnya...aminnn...


~mangharapkan doa kalian~

Tuesday, June 23, 2009

sELokA tUTupLah AurAt!!!

Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau keras hati gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payah pun 'make up'.


Berbaju kurung bukanlah mengurung

Lebih elok jubah jika direnung,

Kaki pula eloklah bersarung,

Agar syaitan susah nak bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakai pun nampak pusat.


Berseluar ketat baju pun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai memanglah di pandang jahat,

Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi juga fikirkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol - tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.


Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.


Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Apa yang baik hendaklah ikuti,

kalau boleh seikhlas hati


Firman Allah : "Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( QS Al Ahzab :59)


Firman Allah : "Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya" ( QS An Nuur : 31)


fikir2kan lah..utk rnungan brsama... =)



~mengharapkan doa kalian~

Thursday, June 18, 2009

kEhiDupAn sELepAs di dUniA iNi

ALAM barzakh adalah satu alam lain yang pasti akan ditempuh dan dihuni manusia selepas kehidupan dunia ini. Manusia tetap berada di alam barzakh sehinggalah kedatangan hari kiamat sebagai tanda berakhirnya dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya).”

(Surah al-A’raf, ayat 34)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah tidak Kami panjangkan sudah umur kamu, dalam waktu di mana kamu boleh mengingat bagi mereka yang mahu ingat. Dan sudah datang kepadamu yang memberikan teguran dan perhatian.”

(Surah Fatir, ayat 37)

Rasulullah SAW bersabda:

“Yang akan mengikuti mayat (semasa dihantar ke tanah perkuburan) tiga perkara (iaitu): kaum keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara akan pulang (kembali ke rumah) iaitu keluarga dan harta. Satu (saja) yang tinggal (yang ikut bersamanya ke alam barzakh) iaitu amalannya.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Merenung sabda Baginda SAW itu menjadikan kita insaf bahawa nikmat kehidupan ini terlalu mahal harganya. Manusia hanya bernilai di sisi Allah jika keseluruhan kehidupannya diisi ibadah dan amal soleh kerana hanya amal soleh bekalan terbaik menghadap Allah nanti.

Setiap detik dan masa berlalu itu sebenarnya adalah umur kita. Bermakna dari hari ke hari, umur semakin berkurang dan ajal semakin mendekat, sedangkan kematian itu berlaku tepat pada masanya, tidak kira tua atau muda, tidak kira dalam keadaan sihat atau sakit.

Saidina Ali pernah mengungkapkan (bermaksud):

“Dunia ialah pasar akhirat yang mana orang mukmin adalah saudagarnya, amal soleh keuntungannya, dosa kerugian, manakala panjang usia modalnya.”

Rasulullah SAW bersabda:

“(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada puteranya:

“Wahai anakku, bersegeralah kamu bertaubat, kerana maut itu datang secara tiba-tiba, dan apabila malaikat maut datang, dia tidak memberitahumu terlebih dulu.”

Selagi umur kita masih ada dan Allah SWT memberi waktu hidup, bersegeralah rujuk kepada Allah SWT dan bertaubat jika terlanjur berbuat dosa, patuhi perintah, jauhi tegahan-Nya serta jadikan takwa sebaik-baik bekalan. Andainya maut datang secara mengejut, kita sudah mempunyai persiapan untuk pulang ke pangkuan Ilahi.