Pages

Thursday, March 11, 2010

CONGRATULATIONS!!

Alhamdulillah. Itulah ucapan yang mampu penulis ucapkan terlebih dahulu apabila dapat mesej dari adik penulis, Kautsar Bin Ali yang dia dapat 9A 3B untuk keputusan SPM yang lalu. Penulis sebagai kakak turut tumpang gembira dengan kejayaan si adik ni. Hehe.


aya and me! * aya nie adik o abg??hoho *

Tak lupa juga dengan sepupu yang lain. Walaupun penulis hanya dapat tahu keputusan Irfan Abbasi a.k.a baby dan Siti Fatimah a.k.a ayu ( sepupu sebelah baba ), harap sepupu yang lain juga, Mujahid dan Fauzan ( sepupu sebelah mama ) mendapat keputusan yang terbaik buat diri mereka.

Apa yang pasti, setiap keputusan yang di tentukan oleh Allah, harapnya kita terima dengan seadanya. Ingatlah, Allah itu sentiasa tahu yang terbaik buat diri kita. Jadi kalau ada yang gagal dalam SPM yang lalu, jangan pernah berputus asa. Jadikanlah kegagalan itu sebagai pendorong untuk kita memperoleh kejayaan.

Tiada kejayaan yang didahulukan dengan kegagalan. Dan kalau pun orang tu selalu berjaya, sesuatu saat dia pasti akan gagal jua. Sebab Allah tak nak bagi hamba- Nya merasa sempurna. Pastinya Allah akan uji dengan kegagalan juga untuk melihat sejauh mana rasa bersyukur kita terhadap Allah.

Apa pun, penulis ucapkan tahniah buat adik - adik yang berjaya dalam SPM tahun lepas. Teruskan usaha kalian dalam mencapai kejayaan yang akan datang mahupun di dunia dan di akhirat.

Buat yang belum berjaya, ingatlah yang kalian bukannya gagal selamanya. Cuma Allah ingin menangguhkan kejayaan kalian kerana ingin melihat sejauh mana pergantungan kalian terhadap-Nya. INGAT! kalian bukan gagal selamanya. Pasti kalian akan berjaya suatu hari nanti. Jadi jangan mudah berputus asa. Teruskan lagi usaha dalam menuntut ilmu. Penulis tahu kalian semua boleh!!

Lepas nie, kemana lah agaknya arah tujuan adik penulis eh???sampai sekarang penulis tak taw pilihan dia. Tapi dengarnya dia pun berminat nak belajar di tempat penulis nie.

So buat Kautsar, mana pun kamu pergi atau pilih untuk teruskan perjuangan, kakak sentiasa menyokong kamu. Dan kakak doakan kamu berjaya dalam bidang yang kamu ingin ceburi. Balik Malaysia nanti kakak belanja kamu makan sempena kejayaan kamu. JANJI!! belanja makan ais krim 20 sen pun jadi la kan??janji belanja makan. Haha

~mengharapkan doa kalian~

3 comments:

Raji and Yeen said...

hohoh congrts to ur brother sih
;D

Unknown said...

omedetou ntuk adik2 ara.
hana SPM lak tahun depan

Ara Ali Fath said...

razi- thanks<<jawab bg pihak adek ak..hehe

hana-arigato!..hana pun i.Allah msti bley punya...:D..ganbate kudasai!!