Pages

Thursday, January 27, 2011

Rindu Yang Menggamit Hati

Tengah pilih blog mana yang nak di baca, terdetik nak bukak blog Maryam Sani, adek kepada Arwah Jannah. Allah izin, penulis jumpa entry KAKAK JANNAHKU SAYANG 2. Memandangkan penulis teramat rindukan dia, penulis bukak dan terus baca. Sungguh hanya ALLAH yang tahu perasaan ini tika membacanya. Hati tak ingin meratapi tetapi air mata tetap mengalir tanpa di sedari. Penulis sedar, JANNAH tak mahu dirinya di tangisi. Tapi apakan daya, diri ini tidak dapat menahan sebak. Rindu yang terlalu menggamit hati.

Nak kata penulis rapat ngan JANNAH macam Tengku Masturah, xdala sangat. Tapi sekelas dan sebaris dalam kedudukan dalam kelas. Selang 2 meja jea. So sangat dekat la dan boleh bersembang bersama.

Biasanya kalau ada orang sekeliling meninggal, sebulan atau berapa lama lepas tu perasaan dah boleh control dah tapi entah kalau JANNAH nie penulis tetap rasa sedih bila tengok gambar dia. Sampai tengok nama dia pun penulis dah rasa lain. Apa mungkin ikatan persahabatan kami yang terikat kerna ALLAH ini membuatkan penulis rasa macam nie?

JANNAH ! Tak perlu penulis cerita banyak kerna penulis tahu ramai yang sedia maklum peribadi seorang muslimah ini. Bagi yang belum tahu, boleh klik kat sini. Ingin diri ini jadi seperti dirinya atau lebih daripada itu. Tapi masih belum tercapai dan akan terus berusaha sebaik mungkin.

" Jannah sayang, kita tahu awak dah tak boleh nak baca blog kita, tapi kita tetap nak bagitaw yang kita sayang awak sangat – sangat. Awak memang sahabat yang baik. Kita seronok dan syukur dapat kenal dengan awak dan kawan – kawan yang lain. Awak memang anugerah yang terbaik yang Allah bagi kat kita. Banyak kenangan kita ngan awak dan semua tu kita akan simpan dalam kotak memori dengan sebaiknya. Semoga awak di tempatkan di tempat orang – orang yang beriman. Nanti kita bertemu di taman syurga k Jannah! Sayang awak sangat2! "

1 comment:

perfect's prop said...

Setiap yg bernyawa pasti akan mati...
kita yang hidup ni x tau bila Allah nak amek pulak..
doakanlah yg terbaik utk kak Jannah..
kehilangannya tiada pengganti..hu3