erm, lama dah tak menulis sampai tak taw nak buat muqaddimah. aigoo! nak kata sibuk, takda la sibuk. mungkin malas untuk menaip panjang lebar. almaklum, penulis lebih suka bercakap dari menulis. haha. silap hari bulan, rakam jea apa yang terlintas di fikiran pastu post kat blog. cantek jgak idea tu. ok, stop!
berbalik dengan tajuk yang tertaip kat atas tu. hari - hari bersama buku? waa, bunyi macam dah duduk dalam perpustakaan jea gaya. eh tidak, sangat mengarut la tu kalau nak penulis pergi ke perpustakaan. kalau kedai buku, yup! sebab penulis lebih suka memiliki buku sendiri dari meminjam. *bajet banyak duet.hehe*
erm, cuti sangat panjang so merajinkan diri untuk membaca *nampak sangat b4 nie macam pemalas.hihi*. balek dari daurah dekat jakarta hari tu beli la buku banyak - banyak sebab buku kat sana jual dengan harga yang sangat murah. rasa macam rugi jea kalau balek dari jakarta tak bawak buku.
so sesampai jea kat surabaya, mula la pilih buku yang paling nipis untuk dibaca. haha. *pemalas* so buku bertuah tu adalah buku ISTI'AB yang ditulis oleh Allahyarham Fathi Yakan. ok, walaupun sangat nipis, tapi bila baca buku tu, abesla semua perasan ' ter ' ada. tersentuh, tertampar, termotivasi, terpegun dan bermacam - macam 'ter' lagi la. kalau tak percaya, pergi beli dan baca sendiri.
buku tu baru baca setengah dah membuat penulis mengucap panjang, apatah lagi bila baca sampai habis. terasa diri nie terlalu kerdil dan masih jauh untuk digelar sebagai seorang da'ie yang sebenar - benar dai'e. sebab ciri - ciri seorang dai'e yang di ceritakan dalam buku tu belum dapat penulis laksanakan dengan baik. astargfirullah. kekadang rasa banyak memberi beban dalam dakwah. nauzubillah!
tapi kekadang, semangat berkobar - kobar untuk meneruskan risalah dakwah Rasulullah nie walaupun diri ini tidaklah sehebat mana. sungguh penulis mengharapkan doa dari akhwat sekalian untuk menempuh jalan dakwah yang cukup sukar dan penuh onak duri ini. see, macam - macam reaksi yang ada bila baca buku tu. walaupun nipis, tapi penuh isi yang bermanfaat.
sempat jugak satu ketika kami satu rumah duduk berbincang tentang Syahadatul Haq yang di tulis oleh Syeikh Al - Maududi. kami diberi masa untuk baca teks tu dalam masa 1 minggu then seminggu lepas tu masing - masing kena kongsi apa yang kami dapat lepas baca teks tu. yeala, lain orang lain pendapat. so kami kumpulkan semua pendapat untuk membuat satu kesimpulan yang semua orang boleh faham.
masa baca teks tu, pendahuluan jea dah buat penulis sekali lagi rasa terpukul. rasa sangat tanggungjawab yang ada terlalu berat untuk penulis pikul di bahu nie. memang sebelum nie dah pernah dapat SH tu tapi almaklum, zaman orang still nak main - main. so masuk telinga kanan keluar telinga kiri la jawabnya. tapi nie bila dah baca sendiri dan cuba untuk memahami, aigoo, banyak lagi tugas sebagai khalifah di bumi Allah nie belum penulis laksanakan.
namun, meskipun berat yang penulis rasakan, penulis tahu sekiranya ia dilaksananakan dengan hati yang ikhlas, ganjaran yang terbaik itu pasti ada kerna Allah tidak akan mengabaikan hamba-Nya yang membuat amal kebajikan di jalan-Nya.
" Cinta di rumah Hassan Al- Banna ", sebuah buku yang penulis sangat rekomenkan untuk para pembaca memilikinya. sebab buku tu nipis. haha. gurau2. sebab buku tu best la! best sangat bila baca. well, tersenyum sorang - sorang jugak la masa membaca tu. sangat kagum dengan tingkah laku Hasan Al- Banna yang sangat lemah lembut, teratur dalam semua perkara, penyayang terhadap keluarganya mahupun masyarakat sekeliling.
haish, tak taw nak cerita macam mana buku tu, apa yang pasti memang sangat best. pergi beli dan baca sendiri la. comfirm senyum sorang - sorang lepas tu semua nak berangan. haha. nipis jea buku tu so jangan rasa malas untuk membaca yea. ngeh3.
dan banyak lagi la buku yang ada. nak cerita satu - satu jenuh plak. dan kesian kat penjual buku tu sebab nanti takda orang nak beli plak buku die coz penulis dah cerita detail2. lalalala.
ok, blur suda so nak stop kat sini dulu la. lain hari kita cerita lagi. walaupun pendek, harapnya ia bermakna.
p/s: menharapkan doa kalian
1 comment:
nk tgk deretan buku2 novel cinta kat bilik tu berganti dengan buku dakwah & tarbiah..boleh jgk menambahkn koleksi rujukan mama..tumpang sekaki..hehe..
Post a Comment