erm, exam mode sekarang nie. mid term. satu rumah boleh di katakan menjadi kawan akrab dengan buku dalam bidang masing - masing. kalau setiap hari macam nie kan best. hehe.
selamat belajar semua. jangan tension - tension. bila kita belajar dengan tenang, i.Allah kita akan peroleh ilmu. so, tak rugi rite? *pesanan buat diri sendiri*
hope semuanya boleh jawab soalan ujian sehabis baek. gambatte ne! bab - bab yang orang suka meniru tu, abaikan. kuatkan semangat kalian. jangan pernah tergoda untuk meniru sama. jadilah orang yang melarut, bukan terlarut. (^__^)
bila cakap pasal meniru, teringat semalam masa jawab soalan akaun. kiri kanan tanya jawapan. akhirnya tumpuan penulis terhadap soalan hilang di saat - saat terakhir. sempat menangis walaupun air mata tak tumpah. macam - macam perasaan ada masa tu. sabar jualah yang di kecapi.
dekat sini memang dah menjadi satu adat meniru semasa ujian. memang tak dapat nak elak. nak - nak lagi kalau mid term, pengawasan yang sangat longgar. so memang bermaharaja lela para peniru masa nie.
so penulis memang tak dapat nak elak untuk situasi macam nie. orang nak meniru, terpaksa merelakan dalam terpaksa. memang tak dapat nak cover. bagi penulis sekarang, tiru lah, yang penting penulis dapat ilmu. diorang memang dapat jawapan yang betul dengan meniru, tapi ada satu hal diorang tak sedar. otak diorang kosong. so bila gradute nak buat pe?
pernah utarakan persoalan nie dengan salah satu member yang ingin melanjutkan master di Malaysia, tapi jawapan yang diberikan sangat menghampakan. akhirnya penulis cakap *dengan slang indonesia*, " kalau tak nak ubah kebiasaan tu dari sekarang, jangan pernah bermimpi untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Unless, korang buat universiti sendiri. Itupun belum tentu pengawas di Malaysia bagi kemudahan untuk meniru meskipun Uni tu kepunyaan keluarga. "
Pesanan penulis, menirulah sekiranya itu matlamat anda ketika ingin belajar, tapi ingatlah, sedikit pun anda tidak beroleh keberuntungan malah sangat rugi kerana mensia - sia kan tempoh belajar selama 4 tahun dengan keseronokan yang tidak membawa erti apa - apa.
p/s: mengharapkan doa kalian.
No comments:
Post a Comment