Pages

Thursday, March 11, 2010

CONGRATULATIONS!!

Alhamdulillah. Itulah ucapan yang mampu penulis ucapkan terlebih dahulu apabila dapat mesej dari adik penulis, Kautsar Bin Ali yang dia dapat 9A 3B untuk keputusan SPM yang lalu. Penulis sebagai kakak turut tumpang gembira dengan kejayaan si adik ni. Hehe.


aya and me! * aya nie adik o abg??hoho *

Tak lupa juga dengan sepupu yang lain. Walaupun penulis hanya dapat tahu keputusan Irfan Abbasi a.k.a baby dan Siti Fatimah a.k.a ayu ( sepupu sebelah baba ), harap sepupu yang lain juga, Mujahid dan Fauzan ( sepupu sebelah mama ) mendapat keputusan yang terbaik buat diri mereka.

Apa yang pasti, setiap keputusan yang di tentukan oleh Allah, harapnya kita terima dengan seadanya. Ingatlah, Allah itu sentiasa tahu yang terbaik buat diri kita. Jadi kalau ada yang gagal dalam SPM yang lalu, jangan pernah berputus asa. Jadikanlah kegagalan itu sebagai pendorong untuk kita memperoleh kejayaan.

Tiada kejayaan yang didahulukan dengan kegagalan. Dan kalau pun orang tu selalu berjaya, sesuatu saat dia pasti akan gagal jua. Sebab Allah tak nak bagi hamba- Nya merasa sempurna. Pastinya Allah akan uji dengan kegagalan juga untuk melihat sejauh mana rasa bersyukur kita terhadap Allah.

Apa pun, penulis ucapkan tahniah buat adik - adik yang berjaya dalam SPM tahun lepas. Teruskan usaha kalian dalam mencapai kejayaan yang akan datang mahupun di dunia dan di akhirat.

Buat yang belum berjaya, ingatlah yang kalian bukannya gagal selamanya. Cuma Allah ingin menangguhkan kejayaan kalian kerana ingin melihat sejauh mana pergantungan kalian terhadap-Nya. INGAT! kalian bukan gagal selamanya. Pasti kalian akan berjaya suatu hari nanti. Jadi jangan mudah berputus asa. Teruskan lagi usaha dalam menuntut ilmu. Penulis tahu kalian semua boleh!!

Lepas nie, kemana lah agaknya arah tujuan adik penulis eh???sampai sekarang penulis tak taw pilihan dia. Tapi dengarnya dia pun berminat nak belajar di tempat penulis nie.

So buat Kautsar, mana pun kamu pergi atau pilih untuk teruskan perjuangan, kakak sentiasa menyokong kamu. Dan kakak doakan kamu berjaya dalam bidang yang kamu ingin ceburi. Balik Malaysia nanti kakak belanja kamu makan sempena kejayaan kamu. JANJI!! belanja makan ais krim 20 sen pun jadi la kan??janji belanja makan. Haha

~mengharapkan doa kalian~

Friday, March 5, 2010

01 MARCH 2010 VERSION 3

Ahha, hari nie jugak la hari pertama penulis masuk sem baru. Semua nya jadi baru. Pensyarah baru, kawan baru, jadual baru, kelas baru dan yang pasti semua baru! Hoho.


Seperti biasa r, setiap mula kelas, mesti lah ada sesi pengenalan antara pelajar dengan pensyarah. Dan seperti biasa juga, setiap kali pensyarah sebut nama penulis, mesti diorang tanya ” Kamu orang Malaysia??” so jawapan yang pasti penulis jawap ” A’ah, saya orang Malaysia”.


Then apa lagi, mula la sesi soal jawap antara penulis dengan pensyarah. Penulis di tanya macam – macam soalan ibarat seorang pesalah sedang di soal siasat. Hoho. Setiap kelas yang penulis akan masuk mesti ditanya macam – macam. Huhu. Penat la juga sebenarnya nak menjawap tapi biasalah, orang luar katakan. Hehe.


Dan satu perkara yang pasti, setiap kali jumpa dengan pensyarah – pensyarah tu, comfirm diorang kenal penulis. Hoho. Tak pasal – pasal popular. Haha. Paling best time nak amek kehadiran, penulis tak perlu nak angkat tangan bagitaw penulis hadir coz pensyarah comfirm tak tengok sebab dia dah kenal. Hehe. Kalau kawan – kawan yang lain, memang pensyarah – pensyarah tu tengok r.


Kadang – kadang nie, suka gak kalo orang kenal kita. Coz nanti senang nak minta bantuan. Tapi kekadang xbest gak, mana kita pergi, mesti diperhatikan. Actually tak selesa jea. Tapi bagus gak. Secara tak langsung kita boleh jaga diri kita. Nama Malaysia sekaligus Islam harus di jaga! Coz bagi diorg, orang Malaysia nie, Islam die bagus padahal sama jea penulis tengok. Hoho.


Malaysia VS Indonesia. Itulah yang sering di perkatakan pensyarah – pensyarah di sini. Walaupun diorang semua tak peduli dengan kes – kes nie, diorang tetap jugak akan tanya pendapat penulis. Dan jawapan penulis untuk semua pensyarah tetap satu


” Itukan kebanyakkannya masalah pemerintah. Bukan masalah kita. Yang penting saya sama dengan masyarakat di sini, baik – baik saja. Lagipun untuk apa kita berantem, kita sesama umat Islam, dan Islam itu tidak membedakan antara orang Indonesia atau Malaysia. Tidak membedakan budaya kita. Yang penting tingkah laku kita sebagai orang Islam.”


Kelas penulis tak da masalah sangat dengan perkara Malay VS Indo nie, diorang suma ok jea. Jenis buat tak taw. Tapi sepupu penulis ada r. Bayangkan dia sorang – sorang budak Malaysia dalam kelas, pastu belajar subjek Kewarganegaraan, tetiba jea ada kawan yang terus kata Malaysia bla..bla..bla..huh?! sungguh tak taw la pa nak jadi dengan kelas tu kalau ada penulis time tu.. Huhu.


Sebenarnya bukan senang belajar kat negara yang berkonflik dengan negara kita sendiri. Tapi kita kena ingat, dalam menuntut ilmu itu, pasti ada cabaran – cabaran yang perlu kita hadapi. So ini mungkin cabaran yang Allah bagi buat diri penulis untuk menguji diri penulis sejauh mana pergantungan diri penulis terhadap DIA. Sungguh penulis sangat memerlukan DIA setiap masa dan di setiap tempat.


Moga apa yang penulis dan rakan – rakan yang lain hadapi, Allah balas dengan pahala yang berlimpah ganda. Amin.


~mengharapkan doa kalian~

01 MARCH 2010 VERSION 2


ABU BAKAR..itulah nama yang diberi..eh jup, nak guna bahasa yang santai plak kali nie.. Hehe. Ok, Abu Bakar nie pun dilahirkan pada tarikh yang sama dengan mama penulis tapi berbeza tahun la. Dia nie lahir tahun 1989.


Dia nie dilahirkan sebagai seorang yang bijak dalam semua perkara terutama bab – bab komputer nie. Bagi jeala komputer yang rosak kat dia, comfirm komputer tu bleh hidup balik. Hehe.


Nak kata rapat tak la jugak tapi boleh la time satu sekolah dulu. Bila penulis dah pindah sekolah ke perlis, mula lah tak rapat. Kalau jumpa pun, malas nak cakap – cakap macam dulu. Dia nie penting dalam hidup penulis. Sayang pun sayang. Haha. Jangan salah paham dulu. Penting dan sayang sebab dia adalah salah seorang dari keturunan keluarga penulis juga. Dah nama keluarga, mestilah penting dan sayang kan?? Hehe. Dia nie sepupu penulis. Anak kepada adik ayah penulis. Kira 1st kazen penulis la. Hehe.


So Abu, selamat hari tua k. Sori sikda adiah. Kitak jauh gilak. Sikpat mek nak merik. Haha *macam la mun dekat kamek nak merik..hehe* Oit, umur dah makin meningkat, kawen gik nun! Haha. Best la owh puteri dapat kakak ipar klak! *wahai abang – abang ku, alert la sikit eh! Haha* So, klak balit sarawak plah BBQ ngan kazen – kazen oit. Dah lamak xkumpul rame – rame nak?? Bukan pa, mun kumpul ngn suma kazen – kazen, mek orang yang pempuan memang best! Coz laki rame so daknya yang plah kerja bukan empuan.. Hehe. Sekali sekala nak rehat bah. Kuang3. K r, all the best k kitak k! Mun dah kerja klak, gaji pertama mbak mek duak puteri jalan – jalan r! *mun jak abu nak embak..hoho*..K, Happy Birthday! Abu dah tua! Haha..


p/s: lak bday mek brik adiah k! mek ada di swak time ya..haha..adiah tak brik time mek f.2 dolok pa ndak ka cita. Hope jak sehat walafiat lam bilit di kuching nun. Hehe

01 MARCH 2010 VERSION 1

Pada tarikh 1 Mac 1963, lahir seorang anak perempuan yang ke- 5 hasil dari perkahwinan Hj Shahdan dan isterinya, Hjh Napsiah. Seorang anak yang comel dan sentiasa mencuit hati orang di sekeliling nya.


Perempuan ini kemudiannya membesar dan akhirnya melanjutkan pelajaran di UPM. Dan pada akhirnya, wanita ini di lamar oleh seorang lelaki yang biasa dan tidak mempunyai harta. Hanya membawa rasa cinta dan ingin mendirikan sebuah mahligai bersama – samanya. Wanita ini berasa ragu dan beliau mendirikan solat istikharah dan memohon petunjuk dari Allah apakah lelaki ini adalah jodoh yang dia cari selama ini.


Setelah mendapat petunjuk dari Allah, wanita ini menyatakan persetujuannya dengan ingin menikahi lelaki tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah, namun semua itu tidak mengubah keputusan wanita ini untuk menikahi si lelaki. Pernikahan tanpa cinta!


Sebelum berlangsungnya pernikahan, si lelaki mengatakan sesuatu kepada wanita ini,


” Rumah tangga itu ibarat berlayar di lautan. Saya nantinya sebagai ketua kapal dan anda sebagai pembantunya. Di saat laut itu bergelora, pastinya saya memerlukan anda dalam membantu kapal selamat dari tenggelam. Dan di saat lautnya damai, tentunya saya memerlukan anda bersama – sama saya menikmati indahnya perjalanan di atas kapal dengan pemandangan yang indah. Yang pastinya, setiap masa, saya memerlukan anda di sisi saya walau apa pun yang terjadi ”


Akhirnya, pada tarikh 28 Disember 1986, kedua pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga. Setahun kemudian pada 7 November, mereka di kurniakan seorang anak lelaki. Pasti nya kedua pasangan ini menantikan kehadiran si anak kecil bagi menceriakan lagi suasana rumah tangga mereka. Si anak kecil diberi nama Muhammad Noor, sempena nama datuk tercinta si ayah. Si anak kecil dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh pasangan bahgia tersebut. Dan yang pastinya, si ibu akan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa menghiraukan dirinya, yang pasti buah hati nya sentiasa dalam keadaan yang sihat.


2 tahun kemudian, si ibu disahkan mengandung anak kedua. Pastinya pasangan itu merasa bahgia kerana di kurniakan seorang lagi cahaya mata. Si ibu menjaga kandungan dengan baik. Sentiasa membaca Al – Quran agar yang berada dalam kandungan itu nanti menjadi seorang yang hebat dalam menghafal dan memahami Al – Quran. Walaupun sibuk menjaga si anak yang di dalam kandungan, si ibu tetap tidak melupakan anak nya yang pertama. Si ibu tetap memberikan kasih sayangnya terhadap anak nya yang pertama. Si anak yang pertama juga menunggu kedatangan si adek dan sentiasa membantu si ibu mengambil Al – Quran tatkala si ibu ingin membaca Al – Quran. Sungguh bahgianya perasan si ibu ketika itu. Pada tarikh 12 September 1989, si ibu selamat melahirkan seorang anak lelaki dan di berikan nama Ahmad Fathullah. Secara tidak langsung, si anak yang pertama menjadi abang kepada si adek yang baru lahir.


Kedua anak pasangan ini di berikan kasih sayang yang tiada belah bagi. Mereka di besarkan di merata tempat. Mereka di berikan dan di kenal kan dengan berbagai – bagai tempat. Apa yang pasti, pasangan ini ingin anak mereka menjadi seorang yang bijak dalam semua perkara.


Setelah kedua anak ini membesar, tentunya mereka menginginkan lagi seorang adek. Akhirnya, Allah izin si ibu disahkan mengandung sekali lagi. Bermula lah perjalanan si ibu dalam menjaga kandungannya. Sekali lagi si ibu membawa kandungan nya yang berat itu kesana sini selama 9 bulan. Si ibu tidak pernah merasa penat atau kesal dengan kandungan nya itu. Si ibu tetap menjaga dan terus menjaga. Akhirnya, pada 14 Julai 1991 jam 01.45 petang, si ibu selamat melahirkan seorang anak. Semasa melahirkan, si ibu merasa sulit hendak melahirkan anak yang ke-3 ini. Rupa – rupanya si ibu melahirkan seorang bayi perempuan yang comel lagi kiut. Dalam hati si ibu ”Patut lah sulit dari sebelumnya, anak perempuan rupanya” Tentunya pasangan tersebut merasa bahgia kerana dikurniakan seorang anak perempuan kerana itulah yang mereka idamkan selama ini.(^__^).


Dari tahun ke tahun si ibu dikurniakan 2 orang laki anak lelaki yang diberi nama Kautsar dan Afiif. Sungguh ramai anak lelaki!. Haha.


Si ibu meluangkan hidupnya dengan membesarkan hero – hero nya yang nakal dan heroinnya yang baik hati lagi santun. Haha. Si ibu tetap tabah dalam melayani karenah si anak. Walaupun terkadang si ibu terguris hati dengan sikap anak – anaknya, tetapi si ibu tetap menyayangi anaknya lebih dari segala – segalanya.


Tapi kini, semua hero – hero dan heroinnya pergi menuntut ilmu jauh dari dirinya. Sungguh ia merasa sunyi tapi jauh di lubuk hatinya, dia inginkan mereka semua berjaya. Si ibu sentiasa berdoa agar anak – anaknya berjaya di dunia mahupun akhirat. Si ibu juga bekerja mencari rezeki buat si anak disamping membantu si suami. Sungguh betapa besarnya pengorbanan si ibu terhadap anak – anaknya.


Pengorbanan tersebut hanya Allah yang boleh membalasnya. Anak – anaknya hanya mampu berdoa dan memberikan kejayaan kepada si ibu. Sungguh anak – anaknya sangat mencintai si ibu. Besarnya pengorbanan si ibu dalam menbesar anak – anak lelaki nya yang degil dan anak perempuannya yang baik! Haha


Kini usia si ibu sudah meningkat. Tapi si ibu tidak pernah jemu berdoa untuk anak – anak yang dicintai nya. Sungguh besar nya pengorbanan mu!


Itulah dia ibu ku, HANIDAH BINTI SHAHDAN. Ibu kepada 4 orang hero dan 1 orang puteri raja. Haha.


we r happy family!!


Selamat Hari Lahir wahai mama. Sungguh tiada apa yang dapat ku berikan kepada mu melainkan kejayaan dan doaku buatmu. Terima kasih daku ucapkan kerana mengisi umur mu dengan mendidik ku penuh sabar walaupun daku sering mengguris hatimu. Sunggu ak mencintai mu wahai mama!


with my beloved mom


p/s : cerita yang benar tapi terdapat tokok tambah.. Hehe..

Wednesday, February 24, 2010

HAPPY!!!

Happy??? Haha. Sebab penulis rasa gembira ni maybe benda kecik bagi seluruh warga Malaysia yang duduk kat Malaysia sekarang ni. Tapi benda besar bagi pelajar yang diperantauan. Happy sebab dapat kiriman makanan Malaysia dari mama dan baba. Thank a lots mom, dad! Haha. Agak - agak barang pe yang penulis dapat sampai happy camni r???ngeh3. Penulis dapat 2 botol kicap cap KIPAS UDANG!!!! dan 3 bungkus besar mee tom yam, kari dan ayam. Haha. Happy sebab dua makanan tu memang penulis ngidam sangat nak makan sejak duduk dekat oversea nieh. Ish3. Ntah papa jea penulis nie. Hehe.



Nak cita tu jea pun. Happy sebab dapat kicap cap kipas udang ngan mee.. Xde keja tol penulis nie. Ngeee~~~

~mengharapkan doa kalian~

Monday, February 22, 2010

Siz. Asma Wedding's Photos

This post i made for those couldn't be present on Siz. Asma's wedding ceremony. Especially K. Sha.. Hehe


20 February 2010





19 February 2010



Friday, February 19, 2010

CONGRATULATIONS!!


En-3 kali ni penulis post khas buat pengantin baru kita K. Asma' Shamjuddin.. Hehe.. Akhirnya sampai juga hajat sahibah kita sorang ni. Moga ikatan yang terbina ni kekal hingga ke syurga.. Amin..

Erm, cakap pasal k. Asma ni, tempoh perkenalan penulis dengan dia teramat la singkat. Tapi alhamdulillah, dengan tempoh yang singkat tu kitaorang memang rapat seolah - olah macam dah kenal bertahun - tahun. (^__^)

Mula - mula jumpa k. Asma ni waktu penulis tingkatan 4 ( 2007 ). Waktu tu k. Asma datang MATRI dan terus cari penulis kat bilik. Penulis time tu baru bangun dari tidur nampak ada orang jenguk - jenguk dalam bilik. Penulis pun tanya r, " nak cari spe eh? ", pastu k. Asma jawab nak jumpa dengan Sarah Ali. Dalam hati, " Eh2, tu nama aku. Asal dia nak jumpa aku ni? Kenal pun tak ". So penulis pun keluar dari dorm n jumpa k. Asma kat luar.

Kat luar dia perkenalkan diri dia sebagai kakak k. Amnani. Then baru la penulis faham kenapa akak ni cari penulis. Kakak K. Amnani rupanya. Penulis dulu rapat dengan K. Amnani. Tak sangka pula yang k. Amnani cerita ngan kakak dia pasal diri penulis. Tu yang k. Asma ni cari penulis bila dah sampai MATRI. Dalam hati, terharu gak ada yang ingat penulis.. Hehe

Kitaorang sembang kejap jea time tu coz k. Asma baru sampai MATRI dan belum rehat lagi dari perjalanan dia yang jauh tu. So kitaorang janji malam nanti nak sembang lain. Bila tiba malamnya pula, mula la kitaorang sembang macam - macam*bukan mengumpat yea..hehe*. Dan tak sangka pula yang tarikh lahir penulis sama dengan k. Asma. Kitaorang pe lagi, makin rancak la berbual. Berbual macam dah kenal lama tu. Orang lain pun hairan gak sebab sebelum ni penulis memang tak kenal langsung dengan k. Asma ni, tapi boleh plak sembang gelak tawa macam kawan lama yang dah lama tak jumpa. Hehe.

Dengan tempoh perkenalan yang singkat tu, alhamdulillah sampai sekarang kitaorang still contact ag walaupun teramat jarang bersua. Ni lah yang di namakan ukhuwah fillah. Walau sekejap mana pun tempoh perkenalan seseorang tu dengan kawan dia, tapi kalau semua tu kerana Allah, sampai bila - bila diorang akan tetap akrab walaupun tidak bersua.

Hari ni bersamaan dengan 19 Februari 2010, K. Asma yang spoting nie selamat di ijab kabulkan dengan zauj dia, Zaid. Taniah la penulis ucapkan. Bila dah jadi isteri orang ni, tak boleh la nak wat perangai macam dulu eh. Hehe. Jadi seorang isteri yang setia kepada suami dia dan bla bla bla. *penulis tak taw nak kata pe sebenarnya..hehe*

Doa penulis buat k. Asma,

Ya Allah,
Andai Engkau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang KAU jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al - Qubro
Yang KAU jadikan mata air kasih sayang Ali b Abi Talib dan Fatimah Azzahra
Yang KAU jadikan penghias keluarga Nabi - MU yang suci

Ya Allah,
Jadikanlah mereka suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka,
Dengan menjadikan perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-MU,
Dan bukti ketaatan mereka terhadap sunnah Rasul-Mu

Amin....(^__^)