Pages

Friday, February 19, 2010

CONGRATULATIONS!!


En-3 kali ni penulis post khas buat pengantin baru kita K. Asma' Shamjuddin.. Hehe.. Akhirnya sampai juga hajat sahibah kita sorang ni. Moga ikatan yang terbina ni kekal hingga ke syurga.. Amin..

Erm, cakap pasal k. Asma ni, tempoh perkenalan penulis dengan dia teramat la singkat. Tapi alhamdulillah, dengan tempoh yang singkat tu kitaorang memang rapat seolah - olah macam dah kenal bertahun - tahun. (^__^)

Mula - mula jumpa k. Asma ni waktu penulis tingkatan 4 ( 2007 ). Waktu tu k. Asma datang MATRI dan terus cari penulis kat bilik. Penulis time tu baru bangun dari tidur nampak ada orang jenguk - jenguk dalam bilik. Penulis pun tanya r, " nak cari spe eh? ", pastu k. Asma jawab nak jumpa dengan Sarah Ali. Dalam hati, " Eh2, tu nama aku. Asal dia nak jumpa aku ni? Kenal pun tak ". So penulis pun keluar dari dorm n jumpa k. Asma kat luar.

Kat luar dia perkenalkan diri dia sebagai kakak k. Amnani. Then baru la penulis faham kenapa akak ni cari penulis. Kakak K. Amnani rupanya. Penulis dulu rapat dengan K. Amnani. Tak sangka pula yang k. Amnani cerita ngan kakak dia pasal diri penulis. Tu yang k. Asma ni cari penulis bila dah sampai MATRI. Dalam hati, terharu gak ada yang ingat penulis.. Hehe

Kitaorang sembang kejap jea time tu coz k. Asma baru sampai MATRI dan belum rehat lagi dari perjalanan dia yang jauh tu. So kitaorang janji malam nanti nak sembang lain. Bila tiba malamnya pula, mula la kitaorang sembang macam - macam*bukan mengumpat yea..hehe*. Dan tak sangka pula yang tarikh lahir penulis sama dengan k. Asma. Kitaorang pe lagi, makin rancak la berbual. Berbual macam dah kenal lama tu. Orang lain pun hairan gak sebab sebelum ni penulis memang tak kenal langsung dengan k. Asma ni, tapi boleh plak sembang gelak tawa macam kawan lama yang dah lama tak jumpa. Hehe.

Dengan tempoh perkenalan yang singkat tu, alhamdulillah sampai sekarang kitaorang still contact ag walaupun teramat jarang bersua. Ni lah yang di namakan ukhuwah fillah. Walau sekejap mana pun tempoh perkenalan seseorang tu dengan kawan dia, tapi kalau semua tu kerana Allah, sampai bila - bila diorang akan tetap akrab walaupun tidak bersua.

Hari ni bersamaan dengan 19 Februari 2010, K. Asma yang spoting nie selamat di ijab kabulkan dengan zauj dia, Zaid. Taniah la penulis ucapkan. Bila dah jadi isteri orang ni, tak boleh la nak wat perangai macam dulu eh. Hehe. Jadi seorang isteri yang setia kepada suami dia dan bla bla bla. *penulis tak taw nak kata pe sebenarnya..hehe*

Doa penulis buat k. Asma,

Ya Allah,
Andai Engkau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang KAU jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al - Qubro
Yang KAU jadikan mata air kasih sayang Ali b Abi Talib dan Fatimah Azzahra
Yang KAU jadikan penghias keluarga Nabi - MU yang suci

Ya Allah,
Jadikanlah mereka suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka,
Dengan menjadikan perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-MU,
Dan bukti ketaatan mereka terhadap sunnah Rasul-Mu

Amin....(^__^)




No comments: