Pages

Sunday, February 14, 2010

L.O.V.E

Post kali ni penulis cuba kongsi apa yang penulis baca dari blog seorang senior. Actualy, tujuan sebenar post kali nie coz terlalu ramai yang bukak tentang masalah nie. Iaitu COUPLE!. Masalah yang tak kan pernah habis bagi kaum Adam dan Hawa selagi hawa nafsu tu bermaharaja lela.Lagi - lagi la sekarang ni bulan Februari, bulan yang dimana terdapat Hari Kekasih di dalamnya. Hari Kekasih?Penulis tak nak ulas lebih - lebih pasal nie dan penulis rasa ramai yang dah taw kisah di sebalik cerita " Hari Kekasih " tu kan??


Baiklah, berbalik kepada tujuan sebenar, terlalu ramai yang cakap pasal COUPLE ni. Terutama dalam halaman Facebook. Jadi penulis teringin nak cari jawapan yang betul - betul berkesan buat diri penulis dan yang lain - lain. Penulis cuba mencari bahan bacaan di internet, dan Allah izin, penulis jumpa artikel tentang COUPLE ni, yang bagi diri penulis secara peribadi memang menjawab persoalan semua orang. Penulis nak kongsi artikel nie dengan pembaca biar ilmu tu tersebar luas dan penulis artikel yang sebenar pun dapat manfaat dari penulisan beliau.(^__^)


Bukan mengharamkan cinta


Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.


Rindu sangat


Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.


Ingat Allah


Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?


Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.


Penutup: Teruskan kejayaan anda


Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


~ Hilal Asyraf ~


Jadi kat sini penulis nak bagitaw, berhenti atau cegah lah dari terjebak dalam masalah couple ni. Memang kita tak dapat nafikan perasaan suka terhadap sesorang sebab itu fitrah manusia. Tapi ingatlah, Allah dah bagi jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah ni. Jadi kita sebagai hamba- Nya hanya perlu menjalankan sahaja. Kan senang tu. Tak perlu nak fikir – fikir dah. Cuma ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Allah ni Maha Mengetahui jadi kalau DIA larang tu, mesti la ada sebab – sebab tertentu.


Lagi pun, apa faedah nya couple tu? Kalau betul ada faedah dia, boleh tolong nyatakan dan buktikan dengan penulis tak? Selalunya orang kata, couple ni sebab nak kenal hati budi masing – masing. Biar nanti bila dah kawin takda lah nak cerai berai sebab berlaku ketidaksefahaman dan kesesuaian. Nah! Macam yang penulis bagitaw kat atas tadi, Allah dah bagi jalan untuk kita. Nak taw jalan penyelesaian dia apa? TUNANG! Dalam tempoh masa bertunang tu, cubalah dekati keluarga pasangan. Kenali mereka tu macam mana. Kalau nak tahu lebih tentang pasangan kita, tanya jea dengan mak ayah dia. Insya – Allah mak ayah dia membantu. Tak perlu malu sebab apa yang kita buat ni memang mengikut jalan yang telah di tetap kan oleh Islam. Malah dengan apa yang kita lakukan ni, kita gak boleh mengeratkan silaturrahim dengan keluarga pasangan. Tak ke best tu! 2 in 1 terus. Hehe.


Bila rasa dah mampu dan yakin, apa lagi, kahwin la. Tak perlu tunggu lama – lama, nanti lama – lama dikebas orang. Haha. Gurau jea. Kalau dah rasa mampu dalam segala hal, kahwin la sebab kita takut nanti kalau lama sangat bertunang, berlaku perkara yang tidak di ingini. Bukan meminta ianya berlaku tapi baiklah kita mencegah. Sebab syaitan tu tak kan pernah berhenti untuk menggoda keturunan Nabi Adam ni.


Tapi macam mana pula dengan remaja eh? Tak kan nak kawin dalam usia yang muda? Hehe. Di sini, apa yang penulis mampu katakan, tengok balik niat kita sebenarnya. Untuk apa kita couple tu? Sekadar suka – suka atau sebaliknya? Kalau sekadar suka – suka, nasihat baik tak usah teruskan. Sebab pe? Sebab MEMBAZIR! Membazir dari segi waktu dan yang paling utama, wang ringgit. Yalah, kalau dah couple mestilah bertelefon dan sms, tak ke membazir tu. Baik simpan duit tu untuk masa depan. Simpan duit tu untuk kenduri kawin nanti ke. Tak la nanti terkial – kial nak cari duit. Hehe.


Membazir dari segi masa pulak, Allah dah bagi setiap hamba dia 24 jam setiap seorang. Kalau nak di ikutkan, tak cukup masa tu untuk kita beribadah, berdakwah, menuntut ilmu dan sebagainya. Memang tak cukup! Lepas tu, dah la tak cukup, kita nak bazirkan pulak dengan aktiviti yang tak berfaedah, tak ke rugi tu. Daripada kita luang masa dengan pasangan yang bukan mahram tu, baik kita pergi jumpa kengkawan dan sembang tentang Islam atau perkara – perkara yang boleh menambah ilmu ( jangan mengumpat plak..he3 ) atau pun mengulang kaji pelajaran. Kita kan masih seorang pelajar yang memburu cita – cita, baik kita laksanakan dulu cita – cita kita ni dulu dari buru cinta. Ilmu ni sampai bila pun sentiasa bersama dengan kita sampai kita mati. Kalau cinta yang tak diredhai? Tak kemana pun. Cukup hanya sekadar di dunia dan di akhirat pula kita mendapat balasan yang tak di ingini. Nauzubillah..


Apa pun buat remaja termasuk penulis, mari kita buru perkara utama terlebih dahulu. Penulis yakin matlamat setiap orang adalah berjaya di dalam kehidupan dia mahupun di dunia ataupun di akhirat. Kita gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknya. Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin agar satu hari nanti kita boleh menggegarkan dunia dalam menegakkan panji – panji Islam. Dan tuntutlah ilmu tentang baitul muslim sekali eh, biar nanti bekalan untuk tu bertambah banyak. Haha. Dan satu lagi, kembali kepada Al – Quran dan As – Sunnah, kerana di situlah panduan hidup muslim yang sebenar. >__<


Penulis doakan semoga semua remaja – remaja di bumi Allah ni terpelihara dari melakukan maksiat yang paling sering di lakukan oleh remaja zaman sekarang. Mari kita semua menjadi seorang remaja yang hebat seperti remaja di zaman Rasulullah!(^__^). Insya – Allah. Kat sini gak penulis nak kongsi satu cerpen tentang perasaan antara lelaki dan perempuan ni. Penulis suka cerpen ni dan ingin berkongsi dengan pembaca supaya kita sama – sama merasa betapa indahnya jika kita mampu mengatasi masalah hati yang satu ni. (^__^). CERPEN : VALENTINE


p/s: bila la abang - abang penulis nak kawin r??haha..opps, sori abg sori deq!daku ni bukan pa, tak sabar nak dapat kakak. Teringin nak rasa kasih sayang dari sesoang kakak. Hehe. Cepat - cepat la kabulkan permintaan adek perempuan kamu yang satu - satunya ni k! Haha


~mengaharapkan doa kalian~

4 comments:

Unknown said...

hana dh baca ;D
hana setuju ngan n3 ni
couple sblum kahwin kan haram
ya idak? :D

Ara Ali Fath said...

eh2, hana la...he3
terharu hana dtg blog pu3..ngeh3..
a'ah, couple sebelum kawin 2 haram..
tp utk menyukai tu xlarang pun sbb 2 kan fitrah manusia...
cuma kita jgn layan sgt perasaan tu sbb nnt terjadi zina hati plak..(^__^)..

abdullah luqman osman said...

perkongsian menarik, walaupun baca tak habis( panjang sgt) tapi setuju ngan pendapat ni..

Ara Ali Fath said...

benda nie mmg perlu ditengahkan coz dh agak parah dikalangan remaja...hope kita semua terpelhara dr benda nie sme...aminn....