Pages

Sunday, April 4, 2010

Mesyuarat Agung dan Malam Gala PKPMI


PERHATIAN :Sila RSVP diri anda apabila anda akan menghadiri Majlis Mesyuarat PKPMI'CS. Sebarang pertanyan boleh melalui Jemputan ini atau melalui setiausaha dan naib setiausaha PKPMI'CS


Kami dengan hormat menjemput semua ahli PKPMI cawangan Surabaya untuk menhadirkan diri anda ke majlis Mesyuarat Agung PKPMI Cawangan Surabaya serta majlis makan malam gala PKPMICS yang akan berlangsung sejurus mesyuarat agung PKPMI’ CS selesai yang akan diadakan pada hari Sabtu, 3 April 2010 betempat di Restoran Handayani, Surabaya.

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PKPMI’CS KALI KE-37

4.00 ptg – 5.00 ptg : Kedatangan ahli dan Pendaftaran
5.00 ptg – 6.00 ptg : Pembahasan Pertama
6.00 ptg – 6.15 ptg : Istirehat dan Solat Maghrib
6.15 ptg – 7.30 mlm: Pembubaran dan Pemilihan AJK Sessi 2010/2011
7.30 mlm – 7.45 mlm: Istirehat dan Solat Isyak, Pendaftaran Tamu
Malam Gala PKPMI'CS
7.45 mlm – 8.00 mlm: Pembukaan Malam Gala PKPMI'CS
8.00mlm – 10.00 mlm: Acara Malam Gala
10.00 mlm : Selesai

AGENDA MALAM GALA PKPMI CAWANGAN SURABAYA
Tema : Xpresi Dirimu

Agenda
• Pembukaan daripada YDP PKPMI CS
• Jamuan makan malam
• Anugerah Kecemerlangan
• Pertandingan karaoke ‘Surabaya Idol’
• Cabutan bertuah
• Sessi fotografi


*PERHATIAN

1. Ahli-ahli diharapkan dapat hadirkan diri 30 minit sebelum acara dimulai.
2. Menurut Fasal 13 tentang kewajiban ahli adalah menjadi kewajiban ahli untuk membayar yuran tahunan sebanyak Rp.5000 sebelum majlis dimulai.
3. Undangan ke majlis Malam Gala dan nombor cabutan bertuah akan diberikan pada Majlis Mesyuarat Agung PKPMI Cawangan Surabaya.Ini
bermaksud anda PERLU menghadiri ke Majlis Mesyuarat untuk dapat menghadiri Majlis Gala PKPMI'CS
4. Pakaian adalah yang bersesuian dengan tema majlis makan malam dan sopan.Pakaian tidak harus Formal pda majlis mesyurat dan bebas mengikut tema pada majlis Gala PKPMI'CS
5. Sila bawa kelengkapan solat bagi perempuan.

Peserta Mesyuarat akan mendapat kad undangan masuk ke majlis Gala PKPMI'CS 2010 serta nomber cabutan bertuah. Pihak kami menyediakan hadiah yang lebih banyak untuk menghargai sokongan ahli selama ini.

Untuk Surabaya Idol, pendaftaran boleh dilakukan semasa sesi istirehat sebelum majlis gala pkpmi'cs bermula. Anda boleh mendaftarkan diri anda atau rakan anda yang anda ingin mereka bernyanyi malam itu. Format pertandingan adalah open vote. Ketengan lanjut pada majlis malam tersebut.

Bersama memeriahkan majlis ini dan hadirlah dalam memenuhi tanggungjawab anda sebagai ahli persatuan.

No comments: