Pages

Wednesday, April 21, 2010

Suasana Di Dalam Dewan Peperiksaan

[uhuk..uhuk..]banyak debu kot dalam blog penulis nieh! Hehe.

Well, sekarang adalah minggu busy penulis, Exam Weeks!
So, disebabkan itu jugak lah blog nie tak di update2.
Malas kot! Hehe

Ok, balik kepada tujuan sebenar!
Post kali nie nak santai - santai jea.
Nak cerita apa yang berlaku sepanjang exam berlangsung.

Ok, actually penulis tak faham dengan budaya orang kat SINI. ( siapa yang taw penulis belajar kat mana taw la SINI yang dimaksudkan penulis eh..malas nak tulis nama tempat tu bagi menjaga hati )
Ok, nak taw budaya apa??
budaya suka MENIRU!
Sungguh part nie la paling penulis sangat TAK SUKA!!

Lepas tu kalau kita tak bagi jawapan,
mula lah mengata yang macam - macam!
Tapi apa - apa pun, diorang tetap tak boleh lawan kata - kata penulis la.
Kekadang takut juga kawan - kawan kecil hati sebab tak bagi jawapan.
Tapi MAAF la kawan - kawan ku,
sampai bila pun saya TAK akan bagi jawapan!

Pelik la diorang nieh!
Pegang kata - kata atau motto " masuk sama - sama, graduate sama - sama "
Motto yang bagus sebagai pembagi semangat antara satu sama lain supaya belajar betul - betul supaya boleh graduate sama - sama.
Means, tak ada sorang pun yang repeat sem.

Tapi masalahnya, dengan motto tu juga la diorang bagi alasan nak meniru.
Yeala, diorang tak tahu nak jawap,
so secara automatik tak ada jawapan kan??
Bila tak ada jawapan, markah pun sikit kan??
Bila sikit, kena repeat kan??
Bila repeat, so tak dapat la nak graduate sama - sama kan??
Bijak betul mencipta alasan!!

Lepas tu ada yang bagi alasan,
" Dah kawan dalam kesusahan, bantu lah bagi jawapan... "
banyak cantik nak bagi jawapan!! Ish! *maaf kalau bahasa penulis kali nie agak kasar*

Penulis orang nya bukan kedekut ilmu.
Kalau ada yang nak dibantu, memang penulis sedia membantu.
Tapi bukanlah dalam dewan peperiksaan!

Tapi diorang tetap ada yang bagi alasan,
" Meniru itu suatu yang biasa di SINI, jadi janganlah kedekut dan takut! Santai aja kali."
Aisey, tak pasal - pasal kita di cop kedekut dan penakut sebab tak nak kongsi jawapan exam.

Alasan tu penulis akan tolak dengan hujah yang ntah diorang boleh terima atau tidak,

" Maaf, saya tidak biasa dan itu bukan budaya saya. Saya tidak akan kedekut untuk membantu sekiranya kalian memerlukan bantuan saya. Tapi bukan di dalam dewan peperiksaan. Kalau itu sudah menjadi kebiasaan, cuba di kurangi. Kerana itu tidak membawa keberuntungan apa - apa buat kalian. Ya, memang saya takut! Saya takut dengan Allah sebab saya tidak jujur! Nanti di akhirat saya maw jawap apa?? Maaf, saya tidak bisa membantu kalian! "

Hujah tersebut diselangi senyuman yang manis supaya diorang tak fikir yang penulis tengah marah padahal dalam hati, hanya Allah saja yang tahu. Haha. *sabar Ara sabar*

Kejadian di atas bukan hanya terjadi pada diri penulis sahaja.
Tetapi turut di alami teman seperjuangan penulis yang dari negara yang sama. (^__^)

Penulis pernah bagi nasihat dan meng'offer' kan diri untuk jadi tutor diorang dalam matapelajaran yang penulis kuasai.
Supaya penulis bertambah faham dan diorang juga turut faham apa yang dah dipelajari selama nie.

TAPI, dengan endah tak endah diorang cakap diorang dah faham dan bila pensyarah bgtaw ada ujian, baru kalut nak jumpa penulis!
Siap ada yang nak pinjam nota penulis.
Penulis bagi jea tapi, tak tahu la diorang faham ke tak.
Sebab tu kan nota kefahaman sendiri.

Tapi sesetengah tu adalah yang menggunakan khidmat percuma dari penulis.
Dan alhamdulillah diorang boleh dan tak meniru pun dalam exam.
Diorang buat mengikut kemampuan masing - masing.

Bagi penulis, kalau memang dah tak mampu nak jawap,
Penulis tinggal jea soalan tu. *usaha yang terakhir kalau otak memang dah blur sangat2*
penulis jawap soalan yang betul - betul taw jea.
Penulis tak nak habiskan masa macam tu jea.
Kalau memang dah tak leh jawap sangat, tinggal then submit jawapan.
Ready for da next exam. Settle masalah! Yang penting kita dah usaha sungguh2!
Bukan dengan usaha MENIRU k..harap maklum!

Kalau nak cerita pasal keburukan memang banyak tapi siapalah penulis nak ceritakan semua tu.
Tapi kekadang penulis tak boleh nak simpan sorang - sorang.
Nak juga cerita! Ngee~~ *jahatnya penulis*

Kekadang penulis dengan housemate ( pelajar Malaysia ) duduk bincang macam mana nak settle kan masalah nie!
Bukan apa, diorang tu kebanyakkannya nak futher master kat Malaysia.
Tapi kalau masalah meniru nie tak settle,
macam mana nak hidup kat Malaysia nanti??
Silap aribulan diorang kutuk orang Malaysia semua kedekut! Ngaa~~

Bagi penulis, meniru nie tak ada untungnya.
Penulis akui, dulu zaman sekolah rendah adalah meniru sikit - sikit. *sikit jea taw!haha*
Tapi penulis sedar semua tu tak ada faedah!
Sampai bila pun kita tak akan tahu kelemahan kita dekat mana.
Kalau jadi macam tu, cne nak improve kan??
Pandai - pandailah fikir sendiri....

No comments: