Pages

Tuesday, October 25, 2011

Kahwin Awal

Haha. Tajuk mengancam dan boleh menimbulkan kontraversi. Banyak yang berlaku di sekeliling penulis yang terkait dengan tajuk di atas. Sehingga ada perbualan yang tercetus antara penulis dan teman akrab;

Kawan : Sara, ko bila nak kahwin?
Penulis : Eh, ko demam apa tetiba cakap pasal nieh? * sambil baca nota di tangan *

Kawan : Aisey, itu pun salah ke? Bukan zaman kita nie orang dok sembang pasal nie ke?
Penulis : Ada aku kesah? Haha. * Gelak jahat *

Kawan : Ok serius, ko bila lagi?
Penulis : Huish ko. Jap2, sebelum ko tanya aku, aku nak taw tujuan ko tanya benda nie.

Kawan : Ntah, random kot. Topik hangat kot di kalangan member kita sekarang.
Penulis : Hekelleh, cakap jeala ko yang tak sabar nak kahwin. Dok cover kata topik hangat pulak.

Kawan : Senyap la engkau~~!
Penulis : See, ko ingat tru skype aku tak boleh nak baca muka ko tuh. Haha. *gelak tak ingat dunia* Bila - bila? Dengan siapa? Hish ko nie, tak boleh tunggu aku balek dulu ke?

Kawan : Ko mengarut apa. Aku random la mak cik. Dok indon ko belajar apa jadi gelabah tak soal siasat dulu?
Penulis : Ko sembang riak dengan aku gaya macam ko tak pernah nak gelabah kat sana.

Kawan : Apa pendapat ko pasal benda nieh?
Penulis : Erm, ko nak aku bagi pendapat apa? Ak kahwin pun tak lagi. Pengalaman sah takda, ini kan nak cakap pasal kahwin. Salah orang ko nak minta pendapat. Tapi aku boleh bagi nasihat.

Kawan : Hah, tu gunanya kawan. Cepat3.
Penulis : Amboi, tak sabar2. Nasihat aku, pandai2 la masak. Haha.

Kawan : Woit, serius la.
Penulis : Tak nampak muka aku tengah serius nieh? * sumpah memang tengah buat muka serius *

Kawan : Bajet la ko. Ingat aku nak percaya.
Penulis : Fine! Haha. Ok, apa yang pasti, jaga hubungan ko dengan Allah. I. Allah segala urusan ko nanti akan berjalan dengan lancar. Ko memang, nak kahwin tak sabar - sabar tunggu aku pulang.

Kawan : Hoit, bukan aku la yang nak kahwin. Kan dah kata random tadi. Ko memang dah lama tak rasa aku punya cubit ketam kan.
Penulis : Hekelleh, yeala2. Aku percaya * percaya sebab tak nak kena cubit bila jumpa dia balek Malaysia nanti. Serius pedih~~! *

Lawak seketika bila teringat perbualan kami bersama. Gaya macam penulis dah kahwin lama nak tanya pendapat pasal kahwin nieh. Tidak tidak tidak. Patut yang di tanya parent dia la. Penulis memang tak mampu nak bagi pendapat dan tak berani bagi pendapat. Maw silap, susah anak orang.


Weh kawan, ko malu eh nak bagitaw aku yang ko nak kahwin? Haha. *jangan emo yea* Erm, bagi aku kalau ko nak kahwin dalam usia yang muda, tak salah pun. Asalkan ko dah siap dari segi mental dan fizikal. Tapi ingat, ko jangan ingat bab kahwin nie senang. Yang ko nak bina adalah masjid. Ko ingat senang ke nak bina masjid kat kampung ko tu ha. Hehe. Susah kan? Macam tu la perkahwinan. Perlu ada persiapan yang mantap. Tapi once ko betul - betul dah bersedia, minta pertolongan DIA untuk permudahkan segala urusan. I.Allah, DIA adalah sebaik - baik tempat untuk meminta pertolongan. Dan satu lagi nasihat aku, jangan dok membazir sangat kalau nak kahwin nanti. Aku dok kat indo nie belajar banyak benda kot pasal nieh. Perkahwinan tu sebenarnya mudah tapi mentality orang melayu yang menyusahkan. Nak tunggu duit berpuluh ribu baru boleh kahwin. Bagi aku cukup la sekadar yang wajib jea. Kalau ko permudahkan pasangan ko nanti, i.Allah perjalanan rumah tangga ko pun akan jadi mudah nanti. Peduli la kalau orang kampung ko nak kata apa, yang pasti jangan sampai DIA yang berkata - kata di atas bila tengok kita membazir. Mahar ko tak yah la tinggi2 sangat. Bak kata ayah aku, mahar hafal 30juz'. Hah tu kan cantek. Selamat dunia akhirat dapat bakal suami Hafiz. Haha. Duit tu simpan untuk rumah tangga korang, bukan untuk di bazirkan dalam masa satu hari. All the best untuk ko :)


p/s: dialoq diatas adalah benar belaka dan TIADA tokok tambah untuk menyedapkan perisa cerita :)

8 comments:

Kawan Dunia Akhirat said...

Hahahaha. Ko nie sara!!!!
Ada patut tulis kat blog.
Naseb takda nama aq, klo x, siap aq cubet!
Weh, aq dah cakap bkn aq la yg nak kawen. Ko sengal tak faham2.
But nice one la nasihat ko. Aq like 1000X.
Nnt aq canai elok2 dalam otak keyh?
Sayang ko dunia akhirat <3

Ara Ali Fath said...

Ada aku kesah? Haha. Ikut suka aku la nak cerita ke tak. Blog aku cerita aku :P
Aku tak publish lah nama ko. Tapi tak taw la satu hati nanti. *bersiap sedia jadi artis ok?*
Dah ko minta pendapat, aku tak reti nak bagi, aku bagi nasihat jeala. Bukan canai kat otak, canai dalam hati la wei.
Kalau dalam otak, kang cepat pulak hilang nya. Hati nie atleast ada lama sket ^___^
Balek malaysia nanti sila belanja aku times square. Haha. Sayang aku kan? :P

akhi_afif said...

cepat2 la kawen spaya nnt klau ada kawan kamu nak mintak nasihat,dpt bg yg btol2 punya....hahahaha

akhi_afif said...

cepat2 la kawen...nnt kalau ada kawan yang nak mintak nasihat,leh bg yang btol2 punya....hehehehe

Kawan Ko Paling Superb said...

Ko mentang2 aq xda blog ko sembang kemas dpn aq plak.
Oh tidak, aq xnak jd artis. hahaha.
Yela, canai dalam HATI!! puas?! :P
Aik, boleh plak syg ko kena blnja times square.
Byk cantek muka ko. Ptut ko yg blnja aq.
Duit ko kan berjuta2. hahahaha.

Ara Ali Fath said...

Akhi_ Afiif a.k.a Ahmad- oits2, takda kerja lain ka nak suruh sara buat?
Amboi, suka nampak? hish~~!

Kawan- Ko takda nick name baik sket ke? Paling superb la sangat. Haha.
Sapa suruh ko tak buat blog, free jea pun. Kalo ko buat, aku bole jadi sifu. >__<
Trimas coz dah puji aku kan. So apa lagi, aku tunggu tahun depan ko belanja times. *happy loncat-loncat*
Nanti aku hulur seribu rupiah kat ko. Cukup la tu kan. Yang pasti ko kena kuar RM35 untuk aku masuk times. Haha.

Kawan Paling Terbaik Yang Ko Ada said...

Tu dh ckup baek la tuh. Ko nak yg cne lagi.
Eh2, ikut suka aq la nak wat ke x.
X ganggu idup ko pun an? :P :P
Xmau ko jd sifu, abes sesat ko ajar aq t *_*
Ello, bca leklok k, tu bkn puji tp menyindir lebih. Perasan!! Hahaha.
Takat seribu baek xyah. Dlu ko da bg aq 2ribu kot.
Sikit pun xda nilai duit tu aq tengok.
Silap aribln tokey money changer xmo terima duit tuh. Hahaha.

Ara Ali Fath said...

Eh2, aku ada banyak lagi kawan terbaik selain ko ok? Haha. Tp ko masuk dalam list la *takut tacing aku gak yang susah*
Weh, ko apasal main comment kat sini. Tak pernah di buatnya. Kot ya pun nak comment, p la kat fb aku tuh. Ke takut kantoi? :P
Amboi, cakap tu bagi elok sikit, aku sifu terbaik ok. Bukti aku ada student yang favret kat aku masa mengajar jadi cikgu tadika dulu. Haha.
2 ribu aku tu jaga elok - elok na. Penat aku buat sign kat duit besar tuh. Ko jangan nak memandai p tukar kat money changer.