Pages

Friday, April 23, 2010

Innalillah...

Daripada Allah kita datang dan dengan DIA jugalah kita kembali. Takziah buat Mummy Millah dan Niezwan sekeluarga atas pemergian Uncle Wahid, pak cik penulis a.k.a adik ipar ayah penulis. Pagi jumaat tadi, Uncle penulis dikatakan keluar rumah seperti biasa. Tiba - tiba jea dia minta pertolongan kawan dia untuk dibawa ke klinik kerana merasa kesakitan secara tiba - tiba. Sampai di klinik, doktor memeriksa, ternyata Uncle penulis sudah pergi buat selama - lamanya. Kematian yang datang secara tiba - tiba. Inna Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji'uun. Allahummaghfir Lahu Warhanhu Wa'aafihi Wa'fu 'Anhuu.

Berita yang agak mengejutkan penulis. Waktu abang kedua penulis bgtaw, penulis memang tak percaya. Tanya berkali - kali betul ke. Tapi abang tetap bagi jawapan yang sama. So penulis pun bgtaw abang yang pertama. Ternyata abang pertama penulis bagi reaksi yang sama macam penulis. Dia kurang percaya tapi last percaya gak r.

Apa yang buat penulis sukar nak percaya, penulis tengok Uncle orangnya nampak sehat. Dan orangnya periang. Tak nampak macam ada penyakit dan sebagainya. Uncle penulis orangnya suka menceriakan suasana. Uncle yang paling sempoi orang kata. Penulis baru jumpa dengan Uncle masa Uncle sekeluarga datang Jakarta Disember lepas. Jadi semuanya macam berlalu dengan pantas. Tup..tup dengar Uncle dah meninggal. Sungguh penulis memang rasa kehilangan walaupun jarang bersua dan sembang lama - lama dengan Uncle.

Tapi bila fikir balik, semua tu tak mustahil. Allah boleh jea perintahkan Malaikat cabut nyawa kita bila - bila masa jea. Bahkan dalam keadaan penulis menaip nie pun, Allah boleh cabut nyawa penulis. Nauzubillah.

Mudah - mudahan kita semua mati dalam keadaan yang beriman dan tidak melakukan maksiat. Amin Ya Rabbal Alamiin.

~mengharapkan doa kalian~