Pages

Tuesday, May 20, 2014

Hangat - hangat tahi ayam~~!!

Beberapa bulan yang lalu Ara buat ala - ala comeback. Kunun nak aktif semula menulis macam dahulu kala. Tapi ternyata hangat - hangat tahi ayam. Entahlah. Hendak di tutup blog nya terasa sayang. Hendak dibiarkan terasa tiada makna. 

Ada seorang hamba Allah pernah share, " Kau tulis je tentang kehidupan kau yang terselit pengajarannya ". Diam sejenak. Tetap blur. Alahai Ara, hidup kau tiada makna ke sampai nak tulis sebagai pengajaran pun tiada? Geleng kepala laju - laju. Sadis. 

Kita ni Allah bagi masa 24 jam. Kalau di ikutkan, masa 24 jam tu tak cukup untuk kita buat kerja dakwah sambil bekerja dan sebagainya. Andai kata dalam masa 24 jam sedikit pun tiada pengajaran yang boleh di kongsi bersama pembaca, alangkah sedihnya. Nampak sangat hidup kurang bermakna atau langsung tiada makna? *facepalm*

Dulu bercita - cita nak jadi pendakwah di dalam bidang penulisan. Cita - cita 3 4 tahun yang lalu. Semangat kalau boleh tiap hari nak update entry baru. Tapi itu dahulu. Sekarang, nak bukak laptop pun tak cukup masa. *tipusangat.haha*

Kadang fikir balik, apa yang dah aku sumbangkan di medan dakwah dan tarbiyah ni? Diri pun terumbang - ambing lagi, macam mana nak pimpin adik - adik yang tergapai - gapai tangannya. -.-'

Ok, Ara dah mula membebel. So sebelum bebel Ara makin panjang dan tanpa isi, baik Ara stop kat sini dulu ye. Chiao.

p/s: Ara jual skincare product, skincerity by nucerity. kalau berminat nak tahu emel araalifath@gmail.com yea! *menyempat*

Sunday, April 20, 2014

i' m back


Uhuk uhuk.

Hampir setahun blog penulis tak terupdate. Malas, mungkin. Tiada masa, alasan. Senyum.

Kadang terfikir untuk tutup sahaja Dunia Ara yang tiada seri dan semangat dalam bait kata di setiap post. Minat penulis dalam menulis semakin hari semakin kendur. Okay, baik tak payah mengaku penulis dah. Tak layak. Huhu.

Sekarang ni Ara dah habis belajar. Dah masuk alam pekerjaan pulak. Kerja yang menuntut diri berkhidmat selama 24 jam. Untuk ummah, insya Allah. Harapnya ikhlas sentiasa hadir dalam setiap langkah untuk melakukan pekerjaan sehari - hari. Kadang terasa beban terlalu berat. Tambah pulak dengan masalah peribadi yang tak pernah selesai. Ara pernah terasa penat, Ara pernah mengeluh. Namun bila teringat balik tujuan kehidupan, semangat kembali tiba. Moga ianya bukan hanya semangat yang datang sekejap cuma, tetapi semangat yang sentiasa membakar diri dan memberi impak kepada orang lain, insya Allah.

Actually sekarang ni pun tengah kerja. Dalam ofis. Ambil kesempatan dengan kemudahan internet yang ada untuk blogwalking. Tetiba rasa macam nak update blog yang bersawang nih. Hyperbola.

Okay, sekarang idea Ara dah takda. Hilang terbang pergi bila ada student masuk hantar resit pembayaran. Erk? Student? Resit pembayaran? Agak - agak Ara kerja sebagai apa dan dimana eh? Biarlah rahsia. Bajet retis.

Okay, next harapnya ada idea yang boleh di kongsi dan ianya bermanfaat untuk orang lain. Tak nak la membebel bebel tanpa isi. Buang masa, membazir tenaga. Ara undur diri dulu. Chiao.

Wednesday, June 5, 2013

Classmates 4 Years Back :')

Ehem. Tengah pening lalat buat thesis, jadi penulis rehatkan minda dengan melayari laman sesawang facebook. *rehat yang tak berapa nak rehat jugak la. lebih online dari karang thesis. hehe* Tergerak hati nak buka group activity kelas penulis di Indonesia.

Bila buka jea terus muncul gambar kami sekelas pergi trip ke Batu, Malang setahun yang lepas. Wah, kenangan menggamit minda. Allah, rindu dekat diorang. Almaklum kami dah lama tak attend class. Jadi memang tak pernah bertemu. Mana yang rajin ke perpustakaan, insya Allah akan terserempak jugak. Mana yang tak pernah tu, memang sampai grad baru boleh jumpa kot. Huhu.

class trip at Batu, Malang

Mereka adalah kawan penulis sepanjang penulis berada di Indonesia. 4 tahun kami sekelas dan tak pernah bertukar sepanjang kuliah degree nie. Boleh bayangkan tak rapatnya kami? Susah senang kami bersama. Gelak tawa kami bersama. Gaduh merajuk pun sama - sama. Menangis jea tak. Haha. Semua hati kebal kot? Hehe. Atau mungkin tak lama lagi kami akan menangis bersama - sama? Time graduate nanti, insya Allah. Menangis gembira atas kejayaan yang telah kami capai bersama - sama.

class trip at Batu, Malang. i got number 2 among those people playing laser gun. winner got by the red t-shirt guy :)

Sekarang semua sibuk dengan thesis masing - masing. So memang teramat jaranglah jumpa diorang. Penulis doakan semua urusan mereka berjalan lancar. Harapnya tanpa pertemuan seperti dulu tak membuatkan persahabatan kami semakin renggang :)

first practical at Bank Indonesia. Bank Indonesia well known as Bank Negara in our country.

Banyak benda kami buat sama - sama sampaikan budak kelas lain pun jeles. Kekeke. Hatta dalam ujian pun diorang jawab dengan jawapan yang sama. Eh? Haha. Penulis terkecuali dalam bab nie ;)

Praktikal kami yang pertama dekat Bank Indonesia. Bank Indonesia nie setaraf dengan Bank Negara kita. Huh, nak tunggu permit masuk Bank Negara, entah - entah sampai bila pun tak dapat agaknya. Tapi alhamdulillah penulis dah merasa untuk jejak kaki ke Bank Indonesia. Jadi taw la serba sedikit cara pembuatan duit rupiah Indonesia. 



flower girl of MD ;)

Cewe' - cewe' cantik atas nie adalah penceria suasana kelas MD. Juliana yang suka banding warna kulit dengan penulis, Mifta yang suka possing setiap masa, Anggun yang sering disangka lelaki oleh pensyarah lantaran nama pertamanya, Andri. Rafika yang kelibatnya confirm boleh detect walaupun dia jauh beribu batu. Haha. Fida yang menjadi supplier topup kami sekelas. Ufie yang unfashionable dari dulu sampai sekarang walaupun hakikatnya dia tokey jual baju fashionable! Yuvitha yang sering berada dalam dunia smartphonenya. Farid yang suka request edit gambar dalam handphone penulis. Alfi yang sukarela pegang duit kutu (baca: arisan) kami yang beratus ribu rupiah setiap bulan. Keke. Sofie wanita anggun tapi kuat orangnya. Dan muisah yang ku sangka kakak ternyata lebih kanak - kanak dari penulis. Hehe.




soulmate

one MIA!


Dan di atas nie pulak insan terpilih menjadi soulmate penulis. Tanpa diorang, penulis tak mampu nak jalani perjalanan di Indonesia nie dengan baik. Diorang la paling banyak bantu penulis dalam susah dan sentiasa ada untuk kongsi kegembiraan. Kami tak kisah pun nak menegur sikap masing - masing dan pasti semua tu berhemah. Tak main la tengking macam tak ingat dunia. Sungguh mereka lah sahabat dunia akhirat. Sayang mereka lillahitaala. 

Bila kenangkan detik - detik tamat belajar semakin hampir, sebak jugak la. Tak sangka dah 4 tahun penulis buang masa kat Indonesia nieh. Eh? Hehe. Apa - apa pun, penulis doakan semuanya berjaya dengan pilihan masa depan masing - masing. Harapnya diorang tak lupa penulis yang jauh kat Malaysia nanti. Oh ya, harap jugak satu kelas tak lupa penulis dan sorang mamat yang berasal dari Malaysia jugak kalau kami dah balik Malaysia for good nanti.

Classmates, kalau nak datang Malaysia, just let us know :)

Friday, May 31, 2013

Err Err Err Karma?

Farisya :   Ya Allah budak nih! ( sambil melihat layar telefon genggam Blackberry )
Amira   :  Kenapa weh?

Farisya :  Ni ha classmate aku. Boleh dah bertunang tapi dok pasang lagi spare part sana sini. Pening aku dengan minah ni.
Dzafira :  La, kenapa pulak main siap ada spare part nieh? 

Farisya :  Aku tanya kenapa dia jawab saja nak pasang. Nanti dah kahwin tak boleh nak main - main dah. Aigooo ~~!
Dzafira :  Huish tak baik gila dia dok buat cemtu kat tunang dia. Silap hari bulan, tunang dia pulak tinggalkan dia. Aku paling pantang la orang macam tu. Nak - nak lagi perempuan pulak tu. Tak reti nak setia ke? Kalau ye pun nak main - main, baik tak payah tunang in the first place. Ni nak pasang spare part segala bagai. Karma kot nanti!

Farisya : Erk? Karma?
Dzafira : ( Angguk - angguk kepala dengan muka tak puas hati )

Farisya :  Haha, rileks la weh. Kau pulak lebih - lebih. Aku kawan dia ni cool jea.
Dzafira :  Kau tu tak setia kawan. Bawak - bawak la nasihat kawan kau tu.

........................................................

Setahun kemudian

Farisya : Tahniah housemateeeeeeeeeeeeeee!
Dzafira : Woit, agak - agak la. Sakit telinga aku dengar suara kau. Kat telefon pun nak jerit ke?

Farisya : Aku takut kau tak dengar suara aku. Maklum la kau kan tengah majlis besar. Mesti ramai orang.
Dzafira : Ceit, aku tunang jeala. Bukannya kahwin sampai nak buat majlis besar - besaran.

Farisya : Ala, but still your big day kan? Sure kecoh. Family kau kan ramai. Weh sooo sorry tak dapat nak datang. Mama aku tak bagi.
Dzafira : It's ok. Aku faham. Yang penting hadiah kena bagi! Haha

Farisya : Ceit, tunang jea pun. Balik habis cuti sem nanti kau tak boleh nak mengelat dah. Kena masak setiap hari kat rumah sewa. Bawak berlatih sikit.
Dzafira : Ala, lambat lagi kot nak kahwin. Sementara tu kau la yang masak okay? Kau kan pandai masak. Sehari tak makan masakan kau, aku rasa tak lengkap hidup.

Farisya : Ceiyttt!

..................................................

Lagu Everything I Need by Randy Pangalila berkumandang ....

Farisya : Dzafira, phone kau berbunyi. Cepat angkat!
Dzafira : Tolong angkat weh. Aku tengah cuci muka nih.

Farisya : Assalamualaikum.
Unknown : Sayang, rindu la!

Farisya : Erk? Encik, mohon jawab salam.
Unknown: Eh eh, garang nya. Waalaikumussalam sayang.

Farisya : Maaf, nie siapa eh?
Unknown : Aik, tak kenal abang dah ke sayang? Zaquan. Zaquan bin Adam. Ingat? Hehe

Farisya : ( Huish, Zaquan mana pulak nie? Bukan nama tunang si Dzafira tu Amir ke? Ke mamat ni salah call? )
Unknown : Sayang? Sayang? Kenapa senyap nieh?

Farisya : Err, awak nak cakap dengan siapa eh?
Unknown : Eh, nie number Dzafira right?

Farisya : Owh, kejap! Dzafiraaaaa!

Dzafira keluar dari bilik air sambil buat muka tertanya - tanya.

Farisya : Abang sayang kau telefon, Zaquan bin Adam ( sambil jeling tajam )
Dzafira : Erk!

Farisya : ( sambil berbisik ) Amir kau campak mana?
Dzafira : ( sambil jeling Farisya ) Hello, Zaquan. I busy sikit. I'll call you later ok? Sorry! Bye!

Farisya : Ehem, seingat aku dulu kau pernah cakap pasal karma. Well, aku tak percaya karma tapi aku percaya pada Qada' dan Qadar. Kita buat baik, Allah balas benda baik. Tak kat dunia, Dia balas kat akhirat. Sama la dengan sebaliknya. Kita buat jahat, Allah akan balas jugak setimpal dengan perbuatan kita. Tak kat dunia, Allah balas kat akhirat nanti. Ingat siapa diri kau! Dan oh ya, mohon ingat balik kata - kata kau yang pedas dok marah classmate aku dulu. Ok, selamat malam! Aku nak tidur. Assalamualaikum.
Dzafira: Waalaikumussalam ( jawab dalam hati )


Wednesday, December 12, 2012

Sensitiviti KITA

Assalamualaikum.

Apa khabar para pembaca sekalian? Uhuk. 

Sumpah skema pendahuluan ayat. Hehe. Skema sebab dah terlalu lama tangan tak di asah untuk menulis di ruangan Dunia Ara. Entah gelap entah terang Dunia Ara yang sebenarnya.

Kali ini, hari ini, 13.12.12 ( terlepas sudah tarikh cantik ), penulis tetiba tergerak hati untuk berkongsi rasa setelah beberapa bulan menyepi di dunia blogging. Kalau dulu, setiap perkara yang berlaku, pasti penulis akan kongsikan bersama. Namun entah kenapa minat menulis terkubur seketika. Sekarang nak pergi timbus balik :)

Sebenarnya bukanlah banyak cerita yang nak di nukilkan. Cuma tergerak hati nak kongsi satu video yang buat penulis rasa sayu, sedih, hiba dan pastinya bila semua perasaan tu bercampur, air mata pun tak segan silu tanpa izin, keluar menitis terjatuh ke bumi #hiperbola

Bukan menagih simpati para pembaca, namun penulis ingin menarik perhatian para pembaca untuk melihat video tersebut yang di mana mampu menunduk hati penulis yang *ehem - ehem* agak keras la jugak nak menangis sesuka hati tanpa sebab yang kukuh. Tapi untuk isu yang satu ini, penulis pasti ramai yang mengalami perasaan yang sama dan penulis yakin, pembaca turut akan mengalami pengalaman yang sama seperti penulis ketika melihat video tersebut. *tak tahu la kalau hati pembaca sekalian lagi keras dari penulis. hehe*

klik di sini

Satu perkongsian rasa yang sangat menarik. Menarik hingga membuat hati penulis sendiri tertarik untuk melakukan sesuatu terhadap mereka. Paling kurang pun tembakan doa dari hamba Allah yang lemah lagi alpa. Doa yang menjadi senjata utama orang mukmin terhadap mukmin yang lain. Insya Allah. 

Penulis cuba dan berusaha untuk mengumpul dana buat mereka. Kalau nak di harapkan gaji bulanan, memang sah la takda sebab penulis sendiri belum bekerja namun itu bukan penghalang. Penulis sudah mempunyai agenda yang biarlah rahsia #ala - ala Siti Nurhaliza

Moga Allah beri kekuatan kepada mereka dalam memperjuangkan TANAH AIR KITA, Palestin dan memberi kekuatan pada kita untuk melawan al - hawa yang sering menguasai diri. Tanpa Allah, kita tak mampu melakukannya. 

Jadi penulis mohon kepada yang sudi membaca, jom sama - sama kita menadah tangan ke atas berdoa buat mereka yang sangat memerlukan tembakan doa semangat dari jauh di bumi Malaysia, Indonesia dan seantero dunia. Wallahualam.

Tuesday, July 3, 2012

Cerita Pagi

" Kak ( bukan nama sebenar ), temankan adik ( juga bukan nama sebenar ) pergi tandas. Adik nak buang air kecil "
" Ala, pergilah sendiri "

" Adik takut. Adik tak pandai. Temanlah "
" Minta tolong kipas tu temankan adik " tiba - tiba keluar idea nakal  sang kakak untuk mengusik si adik yang berusia 3 tahun tika itu.

" Kipas tu tak boleh berjalan " bijak si adik menjawab kembali.
" Kalau macam tu, minta tolong katil ni temankan adik " sang kakak masih lagi mengusik tanpa menghiraukan si adik yang sedang menahan air kecil.

" Katil ni besar sangat. Tak muat nak masuk toilet " jawab si adik kecil dengan wajah yang tidak berdosa.
" Mintala mama temankan " sang kakak mulai bosan melayan karenah si adik kecil.

" Mama tengah solat, mana boleh ganggu. Akak temankanlah " merayu si adik dengan suara yang sayu.

Tiba - tiba mama yang tengah solat bertukar wajah dan berpaling.

" Kakak ! Temankanlah adik pergi tandas tu. Ada pulak suruh benda tak hidup pergi temankan. " sambil tangannya memukul si kakak. Lembut.

Sang kakak dengan hati yang geram menarik tangan si adik ke tandas. Tiba saja di depan toilet,

" Dah pergi masuk " arah sang kakak dengan nada yang marah.
" Temankanlah " si adik kecil berusia 3 tahun tetap minta ditemani sehingga ke dalam tandas.

" Ish mengada sungguh. Kakak depan tandas ni ha. Cepat masuk. " 
" Nanti siapa nak tolong basuhkan? "

" Basuh sendiri, kakak tak nak tolong. Sebab adik kakak kena marah taw ! Pergi belajar biar lepas ni tak perlu minta teman orang lain dah. "

Si adik masuk ke tandas dengan muka yang sedih. Lebih tepatnya lagi, menangis tersedu sedan. Tatkala mendengar esak kecil si adik, sang kakak mulai merasa marah. Bimbang di dengar oleh mama yang tengah solat di dalam bilik. Belum sempat sang kakak melimpahkan amarahnya, mama terlebih dahulu masuk ke tandas membantu si adik sehingga selesai. Tanpa membuka telekungnya terlebih dahulu.

______________________________________________________________

Itulah pengorbanan mama. Hatta tengah solat pun tak sanggup mendengar rayuan si adik kecil yang belum mengerti apa - apa namun di perbodohkan oleh sang kakak.

Sang kakak *geleng kepala*. Pada mulanya niat ingin bergurau namun kerana di marahi mama, sang kakak mulai merasa tak senang hati.

Si adik, kesian. Belum mengerti apa - apa. Terlalu kecil namun dipermainkan sedemikian rupa oleh sang kakak. Walhal dirinya dalam kesulitan menahan air kecil.

Kisah siapakah di atas? Adakah ianya kisah benar ataupun hanya coretan penulis semata - mata? Al maklum, lama dah tak update blog. Kalau blog ni macam almari, agaknya pasti banyak sarang labah - labah di dalam nya ^____^

Inilah kisah lucu yang mencuit hati kecil penulis. Namun terselit juga rasa menyesal yang teramat sangat. Lucu bila mengingatkan betapa nakalnya sang kakak mempermainkan si adik yang belum mengerti apa - apa. Menyesal kerana mengenangkan betapa kejamnya sang kakak memperlakukan si adik kecil sedemikian rupa.

Eh? *kantoi*

Maaf adik kecil ku. Kakak tak berniat pun. Maklum la kakak kamu ni kan memang nakal sungguh. Hehe. Apa - apa pun kakak tetap sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang kamu adik kecil kakak, Afiif bin Ali ^______^



Terima kasih mama atas kasih sayang mu yang tak terhingga. Maaf la sara ni nakal terlebih sangat. Hehe.

Tuesday, May 15, 2012

Enam Belas Mei Dua Ribu Dua Belas

16 Mei 2012. Penulis pasti sekarang heboh di laman sesawang Facebook pembaca terkait dengan tarikh ini. Malah penulis juga salah seorang yang menghebohkan tarikh ini ^____^



Selamat Hari Guru penulis ucapkan kepada semua guru yang ada di Malaysia. Khusus buat guru - guru penulis di SMK ( Agama ) Tun Ahmad Zaidi, SK ( Agama ) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, SK ( Agama ) Bintulu dan Tadika Hikmah Bintulu. Umum buat semua guru yang merasakan dirinya adalah guru ^_____^

Eh Ara, guru di MATRI takkan dah lupa?

Senyum. Penulis tidak pernah lupakan pendidik di MATRI. Malah sentiasa mendoakan mereka. Terutama pendidik yang sudah di jemput kembali oleh Sang Pencipta. Pendidik di MATRI mempunyai tempat tersendiri dalam hati penulis. Pendidik yang penulis maksudkan di sini bukan hanya guru di MATRI. Namun tukang kebun, kerani dan kaki tangan MATRI turut termasuk sebagai pendidik. Kerana itulah pendidik MATRI mempunyai tempat yang istimewa di hati penulis.

Berat sebelah!

Maaf jika penulis berat sebelah. Penulis sangat menghargai jasa semua guru yang pernah mengajar penulis. Tanpa mereka, penulis tak kan mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Dan pasti penulis turut mendoakan mereka. Cuma penulis khaskan untuk pendidik di MATRI kerana mereka bukan sahaja memberi ilmu pada penulis namun turut mengenalkan penulis pada dunia DnT. Di sebabkan itulah mereka istimewa di hati penulis.

Dan, paling amat sangat takkan pernah penulis lupakan adalah murabbi super mantap yang dari penulis kecil sampai la sekarang tak pernah jemu mendidik penulis menjadi insan membawa manfaat pada orang lain. Malah sangat penyabar sifatnya mendidik seorang yang degil seperti penulis. Jazakumullah khairan kasira. Sejujurnya ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk kalian. Hanya DOA yang mampu penulis iringkan bersama hati yang sangat menghargai. Terima kasih Mama Baba, Abang, Ahmad, Aya dan Ameek. 

Eh, apasal abang - abang dan adik - adik termasuk sekali?
 
Pada dasar mata kasar memang tak terlihat seperti mereka murabbi super mantap. haha. terkondem kamu orang pulak.  Namun jauh di dasar lubuk hati penulis, mereka sedikit sebanyak telah banyak mengajar penulis. Turut bersama - sama membentuk peribadi penulis. Merekalah yang paling mengenal penulis dari kecil sehingga sekarang dan mereka lah yang tak pernah meninggalkan penulis dalam memproses diri ke arah yang lebih baik. Hatta belajar di peringkat pengajian tinggi pun kami tetap bersama. Tiadalah yang lebih mengenal penulis melainkan mereka. Jazakumullah khairan kasira buat abang - abang dan adik adik sara ^__________________^

Namun sering kali tiba tarikh tersebut, pasti kita berpusu - pusu mengewish Selamat Hari Guru kepada semua guru kita. Kalau bole, dari lecturer sampailah guru tadika, pasti kita takkan pernah lupa. penulis lettew.  Tanpa kita sedari ada guru yang kita lupa untuk di hargai. Padahal jasanya melebihi  dari guru - guru kita yang ada. 

Sang kekasih, sang murabbi, sang pemberi cahaya dan sang perindu syurga, itulah murabbi kita Rasulullah S.A.W. Tiada kata yang mampu penulis ungkapkan bagi menggambarkan jasa beliau pada diri penulis dan pasti pada diri para pembaca sekalian. Terlalu banyak. Banyak sehingga tidak mencukupi satu hari untuk penulis ceritakan.

Sang murabbi inilah yang penulis rindukan di setiap hembusan nafas. Moga penulis di beri kesempatan untuk bertemu dengan beliau kelak si Syurga sana. Amin Ya Rabb.

______________________________________________________________________________

Teringat zaman jadi teacher di Briliant Kindy 3 tahun dulu. I got soooooooooooooooo many present on Teacher's Day from my precious student. Huaaaa, really love and miss them badly. Now all of them already in primary school. Grown up already ^____^

some of them ^____________^

Saturday, May 12, 2012

s.e.m.b.a.n.g


Dia: Salam Ara :)
Ara: Wslm. Yup?

Dia: Ara, akak nak tanya pasal planning kita untuk adik - adik. Kan kita dah plan nak ajak adik - adik datang sana. Tapi diorang sekarang sibuk dengan persatuan. Setiap minggu ada acara. 
Ara: Usrah diorang jalan tak tiap minggu?

Dia: Alhamdulillah jalan.
Ara: Alhamdulillah. Mungkin mak usrah kena ingatkan selalu kot, dalam nak perbaiki diri, perlu ada pengorbanan yang insya Allah terbaik untuk diri masing - masing.

Dia: Hurm. Insya Allah akak cuba lagi. Mungkin akak terbawa emosi sedih sebab banyak kali plan nak bawak adik - adik pergi sana ramai - ramai tapi tak pernah jadi. Allah knows what's good for us.
Ara: Takpe kak, diorang masih baru lagi. Belum faham lagi makna DnT. Kita slow down dulu. Kalau susah sangat nak pergi sini, insya Allah ada yang sudi datang sana :)

Dia: Ara rasa bila nak buat planning kita untuk diorang? 

Ara: Adik - adik ni insya Allah kita boleh bentuk setiap saat dan ketika. Bukan hanya pada satu bahan sahaja. Ada banyak cara dan planning kita adalah satu - satunya. Alhamdulillah diorang dah nak ikut usrah. Setidaknya diorang dah merelakan diri untuk di tarbiyah. Cuma kefahaman untuk dakwah itu belum ada. Jadi sekarang nie, kena bina hubungan tsiqah adik - adik dengan mak usrah diorang. Tsiqah sampai bila mak usrah suruh terbang ke Jepun buat dakwah, diorang sanggup terbang. Hehe. *gurau* Jadi bila dah ada tsiqah yang tinggi, nak suruh buat apa pun senang. Mulai sekarang kita plan berapa lama nak bina tsiqah yang tinggi tu. Jangan lama sangat taw, sebab takut nanti jadi 'lemau'.

Dia: Ok, akak dah faham da sekarang. Insya Allah akan guna kesempatan yang ada dengan sebaiknya.
Ara: Yang penting sekarang, bina hubungan kita dengan Allah lebih kerap lagi. Bila hubungan dengan Allah kita settle, insya Allah hubungan kita dengan manusia pun kurang masalahnya. Kita serah semua pada Allah. Yang penting kita usaha. :)

_____________________________________________________________________

Then the rest is history. Takda manfaat pun nak di kongsi. Cukup sekadar perbualan di atas.

Jadi apa point utama yang ingin penulis nyatakan di sini?

Penulis tahu korang semua bijak pandai. Malah mungkin pentafsir yang hebat dari penulis. Maka, korang cari sendiri la eh point yang penulis ingin sampaikan. Perbualan di atas da cukup tersurat kot untuk di fahami. Da faham nanti boleh share :)

p/s: hakikatnya idea point utama tetiba hilang disebabkan banyak gangguan sekeliling. bila nak menulis semula, otak blank. :D. insya Allah da sampai idea tu kembali ke otak, penulis akan share ^_____^

Wednesday, May 9, 2012

Pekerjaan yang ideal?


Iwa: Ra, ni ada lowongan ( tawaran ) kerja buat kamu.
Ara: Eh? Emang aku pernah ngasi taw kamu yang aku maw cari kerja?

Iwa: Ya gak pernah Ra. Cuman siapa taw kamu berminat sama pekerjaannya. Kamu kan suka nulis - nulis gitu di blog.
Ara: Emang kerjanya apa sih?

Iwa: Salah satu majalah elektronik lagi mencari penulis untuk majalah mereka Ra. Dalam bahasa Inggris tapi.
Ara: Owh, syaratnya apa aja?

Iwa: Cukup hanya dengan kamu mengikuti audisi karangan bahasa Inggris. Kalo tulisan mu bagus, ya di terima deh!
Ara: Walah, tawarannya menarik tapi maaf ya Wa, aku gak berapa berminat. Soalnya blog bahasa Inggris ku aja jarang tak ( saya ) update Wa. Takut nanti aku gak bisa maksimal kerjanya.

Iwa: Kenapa gak di coba dulu Ra? Kamu kan banyak taw tentang barang elektronik kayak HP sama Laptop.
Ara: Heh, sejak kapan sih? Aku tu cuman taw barang Sony Ericsson aja. Lain dari itu, bukan gue kali :P

Iwa: Ya udah deh kalo gitu aku sendiri aja.
Ara: Eh, kamu ikut audisinya?

Iwa: Iya Ra. Selain dari nyari uang, aku bisa latihan terus nulis dalam bahasa Inggrisnya.
Ara: Owh. Kalo gitu, biar tak ( saya ) bantu kamu ya?

Iwa: Beneran ta Ra?
Ara: Iya Wa. 

Iwa: Makasih ya Ra.
Ara: ^_______^

__________________________________________________________________

Dah lama tak update blog, alih - alih update tentang perbualan dengan teman sekelas. Dalam bahasa Indonesia pulak tu kan? Hehe. Motif?

Kalau di lihat secara kasar, memang tak nampak pun pengajaran di atas untuk di kait dengan dunia Dakwah dan Tarbiyah. Namun setelah penulis duduk muhasabah diri memikirkan perkara di atas, penulis mendapat sesuatu pengajaran yang berharga buat diri. Benar kata orang ramai, sesuatu kejadian itu bukanlah kebetulan tapi ianya memang telah di susun atur oleh Allah untuk kita mencari hikmah di sebalik.

Haish, tak mula - mula lagi pengajarannya. ^____^

Masih terngiang - ngiang dialog yang penulis ucapkan sendiri yang membuat penulis duduk berfikir panjang.

Ara: Walah, tawarannya menarik tapi maaf ya Wa, aku gak berapa berminat. Soalnya blog bahasa Inggris ku aja jarang tak ( saya ) update Wa. Takut nanti aku gak bisa maksimal kerjanya.

Kata - kata yang penulis highlite kan itulah yang membuat pintu hati kecil penulis diketuk berkali - kali hingga terasa sakitnya.

Kenapa? Kerana ianya tak jauh dengan situasi seorang Murabbi menawarkan Muttarabbi nya untuk menDF mad'u yang telah sedia ada. Namun kerana sering lalai dalam memperbaiki diri, si Mutarabbi menolak dengan alasan diri belum begitu sempurna. Bimbang diri termasuk dalam ciri - ciri orang yang telah dinyatakan dalam QS As - Saff: 2 - 3.

Bila di beri mad'u untuk di dekati, kita sering menolak dengan alasan diri belum cukup sempurna atau belum bersedia. Seperti situasi di atas, penulis menolak untuk bekerja secara penuh di sebuah majalah hanya kerana blog penulis sendiri jarang di update. Bimbang tak mampu melaksanakan kerja tersebut dengan baik kerana sedia maklum dengan diri yang malas mengupdate blog. Blog sendiri malas nak update, apatah lagi majalah yang akan di sebarkan kepada orang lain.

Namun jika di fikirkan semula, jika penulis mulai rutin untuk menulis dalam sebuah majalah, mahu tidak mahu pasti penulis akan menjadi 'terlebih rajin' untuk menulis. Secara tak langsung, idea yang mencurah - curah boleh penulis lontarkan di dalam blog sendiri. Kan? Paling tidak, penulis akan gunakan medium blog untuk memperbaiki tulisan penulis sebelum menulis di dalam sebuah majalah.

Berbalik kepada situasi DnT, pernahkah kita terfikir dengan adanya mad'u, kita pasti akan mulai berdisiplin untuk mentarbiyah diri sendiri dengan lebih kerap lagi?

Bayangkan kita dengan semangat mengajak mad'u kita untuk berinfaq, bangun malam solat tahajud, solat rawatib setiap waktu dan sebagainya. Pasti dalam masa yang sama, kita akan merasa malu jika tidak melakukan apa yang telah di sarankan kepada mad'u. Jadi kita pasti akan melakukannya supaya kita mempunyai kekuatan yang lebih untuk mengajak orang lain.

Secara tak langsung, mad'u kita adalah medium untuk kita mendidik diri kita ke arah yang lebih baik meskipun pada awalnya kita hanya memaksa diri. Lama - lama i.Allah keikhlasan itu akan datang sendiri.

Dakwah dan Tarbiyah itu berjalan seiring. Bukannya kita hanya sibuk mentarbiyah diri sendiri dan dalam masa yang sama, enggan turun ke medan dakwah. Dan bukan juga kita sibuk berdakwah pom pang pom pang tapi lupa untuk mentarbiyah diri sendiri. Seperti yang penulis katakan di awal perenggan, DnT berjalan seiring. 

Pesan penulis kepada pembaca, jangan pernah takut untuk terjun ke medan dakwah hanya kerana diri belum begitu sempurna. Jika kita menunggu untuk menjadi sempurna, maka tiadalah pendakwah di muka bumi kerana manusia itu jelas tiada yang sempurna. Justeru dengan berdakwah, secara sendirinya kita akan mentarbiyah diri kita ke arah yang lebih baik.

So apalagi, jom berdakwah~~!!!! ^_____^

p/s: tulisan khusus untuk diri sendiri dan 'anak - anak' di Malang. Manakala umum untuk semua yang merasakan dirinya adalah khalifah di bumi Allah.


Friday, March 23, 2012

Berhemah Dalam Menyampaikan Al - Haq

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah berbulan tidak mengupdate blog, hari ini Allah telah menggerakkan seluruh anggota tubuh milik-NYA ini untuk berkongsi rasa dan cerita ^_____^

Kalau dilihat bulan yang telah di tinggalkan kosong tanpa isi cerita, pasti banyak cerita yang harus di nukilkan sebagai cerita ceria :D Namun bagi penulis, biarlah ianya menjadi cerita rahsia ^___^

Biasanya petang - petang macam nie, penulis gemar berjalan - jalan di laman sesawang untuk mencari berita menambah ilmu di dada ^___^. Allah izin, terlintas suatu cerita yang membuat diri penulis keciwa seketika.

" Wahai orang - orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? " ( QS As Saff; 61: 02 )

Satu peristiwa yang penulis hanya mampu mencegah dengan membenci dengan hati. Atau mungkin mencegah dengan tangan? Wallahualam! Moga diri ini tidak tergolong dari orang yang lemah imannya.

Keciwanya penulis bukan kerana maksiat yang dilakukan ( keciwa jugak sebenarnya tapi ada yang lebih keciwa dari ini ) akan tetapi keciwa kerana dulu seorang hamba Allah nie adalah seorang yang mempunyai prinsip dengan mengatakan tidak atau HARAM kepada sesuatu hal kerana ianya memang di cegah oleh agama. Namun sekarang prinsipnya telah hancur berkecai hanya kerana kalah dengan godaan syaitannirrojim! Astagrfirullah! Moga Allah mencampak kan hidayah di dalam hati - hati kami untuk mecegahnya.

Pabila melihat situasi yang menimpa beliau, timbul rasa takut untuk berkata - kata untuk mengajak kepada kebaikan kerana bimbang ia akan di uji sekaligus kita kalah dengan ujian tersebut. Nauzubillah! 

Namun pabila memikirkan tanggungjawab kita untuk menyampaikan Al - Haq, diri ini terasa di panggil untuk menyampaikan kebenaran meskipun ianya pahit.

Akhirnya diri ini muhasabah diri kembali. Mungkin tindakan seseorang tersebut terdapat kekurangan yang kami terlepas pandang sehingga ianya jatuh tersungkur dengan bisikan jahat syaitannirrojim!

Seharusnya dalam ingin menyampaikan Al - Haq, pertama sekali kita hendaklah ikhlas kerana Allah. Kerana jika kita melakukan dengan niat selain Allah, maka takut timbul perasaan riak dan sombong diri. Akhirnya Allah menguji kita dengan perkara yang sama untuk melihat sejauh mana kita mampu berkata - kata dan ternyata kita gagal! 

Kedua, pastikan kita menegur dengan cara berhemah. Bukan kan dakwah itu  adalah dengan kasih sayang? Maka tegurlah dengan rasa cinta kita kepada mereka. Tegur dengan niat, kita tak nak teman kita melakukan maksiat yang di larang dalam agama.


Ketiga, berdoalah. Doa itukan senjata orang mukmin. Mohon pertolongan dari Allah agar membuka pintu hati orang yang kita sayangi supaya di beri hidayah oleh-NYA. Jangan kita hanya mampu menegur dengan kata - kata yang kasar. Sungguh itu bukan sunnah Nabi S.A.W.

Jadi inginlah penulis menyeru agar kita semua laksanakan al- Haq dengan sebaiknya. Berhemah dalam berkata - kata tanpa perlu ada mengguris hati sesiapa pun. Bimbang jika kita tidak melakukannya dengan cara yang baik, maka Allah menguji kita dan kita kalah dengan ujian-NYA. 

Doakan penulis kuat untuk mengajak seseorang tersebut untuk kembali ke pangkal jalan. Sekarang penulis hanya mampu melihat dan membenci dengan hati. Jika seseorang tersebut mengajak orang lain melakukan perkara yang pernah beliau 'benci', penulis hanya mampu mencegah dengan 'menghasut' mangsa tersebut dengan mengikuti aktiviti penulis. Moga Allah redha dengan usaha yang sekecil cuma ini. Wallahualam.

~mengharapkan doa kalian~
 


Thursday, November 17, 2011

Bola.Malaysia.Indonesia.Penulis?

BOLA. Sukan yang sedang hangat di perkatakan di antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Malam ini sukan tersebut sedang berlangsung di stadium Bung Karno, Jakarta dan keputusan juga sudah di perolehi.

Malaysia dan Indonesia. Kedua negara tersebut sudah mempunyai tempat di hati penulis. Mungkin secara nakal penulis kelihatan seperti warganegara Malaysia yang amat sangat bangga dengan negara penulis. Namun secara peribadi, penulis juga bangga dengan negara Indonesia.

Malaysia dan Indonesia. Tempat dimana penulis membesar dan mempelajari apa erti kehidupan. Tempat di mana penulis memperoleh ilmu pengetahuan dan yang paling penting, tempat yang dimana penulis memperoleh DnT bagi menambahkan iman.

Penulis membesar di 2 buah negara ini. Tapi lebih dominan membesar di negara Malaysia kerana penulis kelahiran Malaysia. Membesar di Indonesia ketika mula menjejakkan kaki untuk menimba ilmu di peringkat Universiti. Sepanjang penulis berada di Indonesia, banyak ilmu dan pengalaman yang tiada penulis perolehi di negara sendiri. Kerana itulah penulis tetap berbangga dengan Indonesia.

Malaysia tempat di mana penulis mengenal DnT. Tempat di mana penulis memproses diri agar menjadi lebih baik dari semasa ke semasa meskipun terkadang jatuh di tengah perjalanan.

Begitu juga Indonesia. Tempat di mana penulis belajar dan memproses diri dalam DnT. Membesar dengan lebih matang dengan melihat persekitaran yang penuh dengan hikmah di sebalik kaca mata kehidupan.

Maka, kedua negara tersebut tidak dapat penulis membanding - bandingkan. Apatah lagi kedua negara ini mempunyai penduduk yang majoritinya menganut agama Islam. Secara tak langsung, mereka adalah saudara penulis sendiri.

Sebagai orang islam yang meletakkan agama yang menjadi nombor satu dalam pegangan, maka menang atau kalah kedua buah negara ini tidak perlu kita perdebatkan.

Jujur penulis melihat perlawanan bola sebentar tadi. Dan tahniah penulis ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya ^___^. Dan bagi TimNas, kekalahan kalian bukanlah kerana kalian lemah tetapi mungkin kurang latihan dan pengawalan emosi.

Tetap kedua negara bermain dengan hebat. Syabas untuk kedua buah negara. Penulis melihat dengan mata kepala penulis sendiri, keduanya bermain dengan bersungguh - sungguh. Cuma mungkin Allah ingin memberi kemenangan yang bersifat sementara kepada Malaysia untuk memberi semangat kepada pemain Malaysia untuk terus dan terus berusaha. Bagi pemain Indonesia pula, kemenangan Malaysia ini mungkin Allah inginkan supaya kalian lebih gigih lagi dalam latihan di bahagian penyerangan. *memandai jea penulis bagi cadangan, padahal tengok bola dari awal sampai habis baru pertama kali nie*

Buat pemain Malaysia, tahniah sekali lagi. Tapi kemenangan ini bukan lah kemenangan yang selamanya. Boleh saja Allah menarik kemenangan tersebut dan memberikannya kepada Indonesia jika terdapat perasaan bangga dan sombong diri. Namun penulis tahu korang bukanlah pemain yang biasa - biasa. Tapi pemain yang sangat luar biasa. Maka pertahankan lah kemenangan tersebut. Penulis tahu korang telah berlatih bersungguh - sungguh bagi mengharumkan nama negara. Sekaligus memberi rasa senang hati untuk penulis keluar dari rumah sewa dengan berjalan menghadapi jiran tetangga dan rakan sekelas seperti biasa. Tahniah sekali lagi.*bajet macam pemain kedua negara baca blog ak jea.hehe*

Rasanya tak perlu kot kita nak gaduh - gaduh terutamanya bab bola. Serius macam budak kecil yang berebut nak main robot. Kan lagi baik jika kedua buah negara main dalam keadaan enjoy dalam padang tu. Menang atau kalah belakang kira. Jadikan perlawanan tersebut sebagai medan untuk melihat kelebihan dan kekurangan dalam pasukan masing - masing.

Malaysia dan Indonesia, bagi penulis ibarat abang dan adik. Bahasanya lebih kurang sama jea. Bahkan makanan dan cara hidup pun lebih kurang sama. Bahasanya sangat mudah di pahami berbanding negara Asia yang lainnya. Tetapi kenapa sering terdengarkan di telinga kecil kita Malaysia vs Indonesia?? Aneh~~!!

Itulah serangan pemikiran yang sedang menular dalam diri kita tanpa di sedari. Maka molek sangatlah kita bangun dari mimpi yang indah dan terus bekerjasama antara kedua buah negara untuk menyebarkan islam di seantero dunia. Bukan kah itu lagi osem?? *bak kata inche gabanna.hehe.*

Dan yang membuat penulis meletakkan kedua buah negara tersebut di dalam hati penulis tidak lain dan tidak bukan kerana terdapat 2 orang dari 2 negara tersebut telah melangsungkan pernikahan 25 tahun yang lalu sehingga melahirkan penulis untuk melihat dunia yang penuh pancaroba. So, sangat takda point la nak banding - banding dua negara nie sebab dalam badan penulis mengalir darah keturunan dari kedua buah negara tersebut. *tapi banyak darah Malaysia kot sebab banyak makan makanan Malaysia.haha.apakah?*

Jadi, Malaysia dan Indonesia tetap mempunyai tempat di hati penulis ^____^

p/s: kepada my Adila, sila kurangkan mempengaruhi saya untuk melihat bola yea. sangat erk?? kalau tak menjerit sangat tak sah kan? naseb baek aku bawak siap - siap bantal untuk tutup mulut. hati jiran sebelah perlu di jaga ^__^ but thanks, aku belajar something masa tengok bola tadi. pelajaran apa yang aku dapat, next time aku cerita di post yang lain. tapi sangat innocent la aku tadi bila tengok orang bersalaman. serius blur tak tahu kata perlawanan dah habis dan malaysia yang menang. ngeh3. suka la tu bola kita yang menang ^___^

Sunday, November 13, 2011

14. 11. 11.

Tadi sedang duduk bersahaja depan laptop, terpandang tarikh di layar kaca. 13.11.11. Eh, esok bukannya my lil brother SPM ke? Heh, terus hantar mesej bertanya khabar.

Macam biasa, kalau dah nama mesej dengan adik kecil, takda lain yang kami bicarakan, mesti ada sesi 'gaduh' kecil berlaku. Tapi gaduh yang merapatkan ukhuwah. Hehe.

Penulis tak banyak bertanya tentang persediaan SPM kerana penulis sedia maklum adik kecil seorang yang bijak. Jadi penulis mengambil langkah untuk bertanya mengenai hal yang lain supaya adik kecil tidak merasa gugup untuk menghadapi hari esok.

SPM, peperiksaan yang paling di geruni bagi budak sekolah menengah. Percaya atau tidak, bagi yang ingin menduduki peperiksaan SPM, pasti merasa bahwa itulah peperiksaan terakhir mereka. Pemikiran sempit budak - budak sekolah. Hehe. Bagi merek

a jika gagal di SPM, maka gagal lah selamanya. Penulis juga turut berfikir demikian satu tika dahulu. DAHULU.

Baiklah, lupakan hal SPM penulis. Itu sudah menjadi antara sejarah yang terbesar dalam hidup. Apa yang besar, biarlah menjadi rahsia antara penulis dan........ rasanya ramai kot yang dah tahu. Hehe.

Erm, buat adik kecil kakak yang di sayangi, selamat berjuang di medan peperiksaan. SPM bukanlah ukuran yang besar namun sedikit sebanyak ianya membawa impak yang besar buat diri. Kakak tahu adik kecil telah melakukan persediaan yang baik, jadi buatlah sehabis baik untuk esok dan seterusnya. Kakak hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik kecil. Ingat, kejayaan adik kecil adalah kejayaan Islam jua. Maka raihlah kejayaan tersebut dengan sebaiknya. Jaga hubungan dengan Allah dan mintalah pertolongan DIA jika adik kecil menemukan kesulitan di medan peperiksaan.

Kami sentiasa doakan untuk kamu adik kecik

Ok, ayat kat atas sangat skema kan Ameek? Kakak pun tak larat nak tulis ayat skema. Haha. Good luck ok? Kakak tahu kamu boleh. Senang jak kot SPM tu. Haha. Ingat, jangan nak buat sejarah tergempak macam kakak pulak. Cukup la kakak yang popular dalam keluarga kita. Kamu tak yah nak rampas takhta kakak. Haha. Ala, kamu kan PENAUK, for sure la semua subjek dah berada di tangan kamu kan? Fizik tu jawab jak dengan yakin walaupun kamu rasa tak bole. +math pun. Kira jak. Serius senang apa. Haha. Tapi kalau Biologi kakak no komen. Tapi kakak tahu kamu master :) Mama dan Baba ada kat sana kan? Untung la kamu. Kami dulu manada peluang best macam kamu. Mama mungkin ada tapi Baba takda pun. So kamu sangat beruntung sebab ada keduanya untuk bagi semangat secara live. Jadi result kamu kenak gempak segempaknya dari kami la ^___^ Kakak bagi semangat dari jauh jak. OK?

Kakak tunggu kamu datang bercuti di sini. Mana kamu pergi kakak bawak. Cakap jak nak pergi mana. Makan pun no hal punya la. Tapi baba la yang support duit. Hehe. All the best si bontot :P

Friday, November 11, 2011

Calling - calling Orang Terchenta

Sedang duduk temenung seusai solat isya', Dzafira teringat akan adik kesayangannya yang berada di rumah sekaligus mad'unya sepenuh masa. Dzafira mula mencapai telefon genggam Sony Ericsson di atas meja belajarnya.

Kring.. kring.. kring.. ( telefon zaman purba )

Dzafira : Assalamualaikum. Adik apa khabar?
Dzasyira: Waalaikumussalam. Akak! Adek alhamdulillah sihat walafiat kat rumah ni. Makin tembam adala. ( Sambil menjelirkan lidah meskipun tidak terlihat oleh Dzafira ) Akak sihat? Bila nak balik rumah ni? Sibuk sangat ke kat kampus tu?

Dzafira : Alhamdulillah sihat dik. Balik? Sekarang ni akak sibuk dengan peperiksaan la sayang. Mungkin tak sempat kot nak balik. Adik study semua ok tak?
Dzasyira: Ok jea kot. Hehe. Rindu la dengan akak. Rindu nak sembang pot pet pot pet dengan akak.

Dzafira : Akak pun rindu adik jugak. Tu yang telefon nie. Nak pot pet pot pet dengan adik kesayangan ^___^. Sekarang apa cerita? Mana la tahu ada berita meletop tapi bunyi tak sampai telinga akak.
Dzasyira: Cerita apa eh? Jap nak fikir.. Hah~~! Akak, sekarang nie rasa macam something goes wrong la.

Dzafira : Ada masalah apa nie? Meh cerita meh.
Dzasyira: Tak tahu la kak. Sejak dua menjak nie macam ada masalah hati pulak. Tak tahu nak cerita dari mana. Apa yang pasti, adik rasa hati nie macam kosong jea. Kekadang tu macam nak buat benda yang entah papa.

Dzafira : *monolog dalaman( Astargfirullah. Silap aku terlalu sibuk dengan hal dunia sehingga lupa untuk sering berbual tarbawi dengan adik sendiri, mad'u sepenuh masa )
Dzasyira: Kekadang kan hati rasa macam nak marah jea. Kenapa eh akak?

Dzafira : Adik, hati nie terkait rapat dengan iman kita. Dan iman nie pulak ibarat roda.
Dzasyira: Roda? Maksud akak?

Dzafira : A'ah roda. Roda nie sering berputar. Terkadang ianya berada di atas, dan terkadang ianya berada di bawah. Sama la dengan iman. Ada masa dia berada di tempat yang tinggi. Ada masa juga dia berada di tempat yang rendah. Tergantung kepada tubuh manusia untuk meletak kan iman mereka di mana.
Dzasyira: Lepas tu, apa kaitan iman dengan masalah adik? Tak faham la akak.

Dzafira : Adik, iman nie bila mana dia berada di atas, hati kita insya Allah akan tenang jea. Semua benda yang kita buat pun baik - baik belaka. Sikit pun tak rasa susah. Lapang jea sepanjang masa. Tapi bila iman kita berada di tempat yang rendah, kita akan mula rasa susah. Buat ini tak kena, buat itu pun tak betul. Ada jea silap di pandangan mata. Terkadang kita tak rasa seronok. Dan akhirnya tanpa sedar kita mula melakukan perkara yang kurang berfaedah bagi memuaskan hati yang tengah resah. Jadi kita perlu sentiasa menjaga kesihatan hati agar iman kita sentiasa berada di tempat yang teratas.
Dzasyira: Kesihatan hati? Maksud akak?

Dzafira : Macam nie, kalau hati kita mula sakit, maka segala amalan baik akan terasa payah untuk dilakukan. Macam orang sakit la. Bila demam atau sakit kepala, semua kerja yang ada jadi tergendala. Kita rasa lemah nak buat semua tu. Sebab tu kita di anjurkan untuk menjaga kesihatan. Sama la dengan hati, kalau tak di jaga dengan baik, semua benda tak kena. Jika hati kita baik, insya Allah semua benda yang negatif - negatif senang jea nak tapis.
Dzasyira: Macam mana nak jaga kesihatan hati eh kak?

Dzafira : Biasanya kalau orang sakit, kita bagi apa?
Dzasyira: Kalau adik sakit, mak bagi ubat. Kalau akak sakit, mak pening nak bagi apa. Haha.

Dzafira : Haha. Sempat lagi erk? Erm, betul la tu. Macam tu jugak la dengan hati. Kalau hati kita tenat/sakit, kita kena bagi ubat cepat - cepat. Kalau terlambat, takutnya nanti jadi makin parah.
Dzasyira: Ubat untuk orang yang berpenyakit hati nie apa eh akak?

Dzafira : Mudah jea sayang. Pertama sekali kena jaga hubungan dengan Allah. Kalau hubungan dengan Pencipta kita longgar, confirm sangat la hati kita mula menjauh dari landasan syarak. Lepas tu banyak kan membaca Al - Quran serta fahamilah maknanya. Sebab Al - Quran tu adalah panduan utama kita. Kalau kita betul - betul memahami, insya Allah kita tak kan pernah sesat. Dan yang paling penting, banyak kan solat malam. Kerna solat malam tu adalah sumber kekuatan kita. Doa banyak - banyak kat Allah semoga hati kita sentiasa dalam peliharanya sepanjang masa.
Dzasyira: Waaaa, terima kasih akak~~!! Insya Allah adik akan cuba merawat hati adik dengan tips - tips akak tu.

Dzafira : Jangan lupa doakan untuk mak, ayah, akak dan yang lain - lain taw ^___^
Dzasyira: Insya Allah kak. Akak jaga diri elok - elok taw kat sana.

Dzafira : Insya Allah. Oklah dik, got to go. Ada kerja sedang memanggil untuk di ajak bercerekarama. Kirimsalam dengan mak dan ayah taw.
Dzasyira: Haha. Selamat bercerekarama la akak eh. Insya Allah nanti adik sampaikan.

Dzafira : Assalamualaikum.
Dzasyira: Waalaikumussalam.

Thursday, November 10, 2011

Takda Tajuk Kot

Minggu memecahkan otak dan minda. Mendarahkan tangan dengan tinta. Senyum yang kelat lagi berganda. Serta hiperbola yang berlebihan tak cukup gula. Penulis dah tak tahu nak cerita dari mana. Haha.

Gaya dah macam manusia putus fius punya ayat kat atas tu. Tapi serius memang otak sekarang tengah &^%%$^ tak taw nak terangkan macam mana. Minggu peperiksaan tapi takda la berat sangat. Soalan Insya Allah memang jawab dengan penuh keyakinan sebab persediaan yang cukup telah dilakukan untuk di bawa ke dalam dewan peperiksaan.

Tapi otak penuh dengan pemikiran yang tak putus sehingga migrain telah berlaku. *Ok, penulis mula mengarut*

Banyak benda yang penulis perhatikan sekarang. Bermula dari dalam diri penulis sendiri hingga orang di sekeliling. Terkadang sempat terfikir, cukupkah bekalan kami?
Terkadang lebih banyak mengadu dari bertindak. Terkadang lebih banyak berkomentar dari bekerja. Terkadang terlalu memerhatikan masalah dunia yang remeh daripada melakukan kerja - kerja yang besar. ( mode: muhasabah diri )

Dan itulah manusia. Jika tidak di ingatkan selalu, maka wujudlah segala terkadang di atas. Sehingga akhirat di abaikan, dunia di capaikan. ( faham ke? )

Post kali nie mungkin terlalu berselirat atau mungkin memang tersurat bagi yang bijak pandai. Apa yang pasti, penulis tak mampu untuk menulis panjang lebar dengan menjelaskan maksud fikiran penulis. Sebab di atas hanyalah ayat - ayat yang keluar dari otak dan bukan dari hati. Heh?

Baik, penulis berhenti di sini sebelum semakin banyak ayat - ayat stress yang terkeluar. Bagi yang tak faham, sila faham - faham la sendiri :P

Tuesday, October 25, 2011

Kahwin Awal

Haha. Tajuk mengancam dan boleh menimbulkan kontraversi. Banyak yang berlaku di sekeliling penulis yang terkait dengan tajuk di atas. Sehingga ada perbualan yang tercetus antara penulis dan teman akrab;

Kawan : Sara, ko bila nak kahwin?
Penulis : Eh, ko demam apa tetiba cakap pasal nieh? * sambil baca nota di tangan *

Kawan : Aisey, itu pun salah ke? Bukan zaman kita nie orang dok sembang pasal nie ke?
Penulis : Ada aku kesah? Haha. * Gelak jahat *

Kawan : Ok serius, ko bila lagi?
Penulis : Huish ko. Jap2, sebelum ko tanya aku, aku nak taw tujuan ko tanya benda nie.

Kawan : Ntah, random kot. Topik hangat kot di kalangan member kita sekarang.
Penulis : Hekelleh, cakap jeala ko yang tak sabar nak kahwin. Dok cover kata topik hangat pulak.

Kawan : Senyap la engkau~~!
Penulis : See, ko ingat tru skype aku tak boleh nak baca muka ko tuh. Haha. *gelak tak ingat dunia* Bila - bila? Dengan siapa? Hish ko nie, tak boleh tunggu aku balek dulu ke?

Kawan : Ko mengarut apa. Aku random la mak cik. Dok indon ko belajar apa jadi gelabah tak soal siasat dulu?
Penulis : Ko sembang riak dengan aku gaya macam ko tak pernah nak gelabah kat sana.

Kawan : Apa pendapat ko pasal benda nieh?
Penulis : Erm, ko nak aku bagi pendapat apa? Ak kahwin pun tak lagi. Pengalaman sah takda, ini kan nak cakap pasal kahwin. Salah orang ko nak minta pendapat. Tapi aku boleh bagi nasihat.

Kawan : Hah, tu gunanya kawan. Cepat3.
Penulis : Amboi, tak sabar2. Nasihat aku, pandai2 la masak. Haha.

Kawan : Woit, serius la.
Penulis : Tak nampak muka aku tengah serius nieh? * sumpah memang tengah buat muka serius *

Kawan : Bajet la ko. Ingat aku nak percaya.
Penulis : Fine! Haha. Ok, apa yang pasti, jaga hubungan ko dengan Allah. I. Allah segala urusan ko nanti akan berjalan dengan lancar. Ko memang, nak kahwin tak sabar - sabar tunggu aku pulang.

Kawan : Hoit, bukan aku la yang nak kahwin. Kan dah kata random tadi. Ko memang dah lama tak rasa aku punya cubit ketam kan.
Penulis : Hekelleh, yeala2. Aku percaya * percaya sebab tak nak kena cubit bila jumpa dia balek Malaysia nanti. Serius pedih~~! *

Lawak seketika bila teringat perbualan kami bersama. Gaya macam penulis dah kahwin lama nak tanya pendapat pasal kahwin nieh. Tidak tidak tidak. Patut yang di tanya parent dia la. Penulis memang tak mampu nak bagi pendapat dan tak berani bagi pendapat. Maw silap, susah anak orang.


Weh kawan, ko malu eh nak bagitaw aku yang ko nak kahwin? Haha. *jangan emo yea* Erm, bagi aku kalau ko nak kahwin dalam usia yang muda, tak salah pun. Asalkan ko dah siap dari segi mental dan fizikal. Tapi ingat, ko jangan ingat bab kahwin nie senang. Yang ko nak bina adalah masjid. Ko ingat senang ke nak bina masjid kat kampung ko tu ha. Hehe. Susah kan? Macam tu la perkahwinan. Perlu ada persiapan yang mantap. Tapi once ko betul - betul dah bersedia, minta pertolongan DIA untuk permudahkan segala urusan. I.Allah, DIA adalah sebaik - baik tempat untuk meminta pertolongan. Dan satu lagi nasihat aku, jangan dok membazir sangat kalau nak kahwin nanti. Aku dok kat indo nie belajar banyak benda kot pasal nieh. Perkahwinan tu sebenarnya mudah tapi mentality orang melayu yang menyusahkan. Nak tunggu duit berpuluh ribu baru boleh kahwin. Bagi aku cukup la sekadar yang wajib jea. Kalau ko permudahkan pasangan ko nanti, i.Allah perjalanan rumah tangga ko pun akan jadi mudah nanti. Peduli la kalau orang kampung ko nak kata apa, yang pasti jangan sampai DIA yang berkata - kata di atas bila tengok kita membazir. Mahar ko tak yah la tinggi2 sangat. Bak kata ayah aku, mahar hafal 30juz'. Hah tu kan cantek. Selamat dunia akhirat dapat bakal suami Hafiz. Haha. Duit tu simpan untuk rumah tangga korang, bukan untuk di bazirkan dalam masa satu hari. All the best untuk ko :)


p/s: dialoq diatas adalah benar belaka dan TIADA tokok tambah untuk menyedapkan perisa cerita :)

Thursday, October 13, 2011

Blog Ke - 2

Pertama kali penulis nak minta maaf dengan Aqilah Ali sebab dah janji nak post cerita tapi sampai sekarang tak post - post. Banyak yang berlaku sejak 2hari yang lalu yang buat penulis terpaksa menunda cerita dan lebih kepada entry berkait dengan diri. Maaf sekali lagi.

Entry nie takda cerita atau berita yang terkait dengan diri tapi lebih kepada pemberitahuan. ( Eh, bukan sama jea ke? )Hehe. Jika sudi, sila lah datang ke blog saya yang ke - 2. Dah lama wujud tapi tak pernah nak tunjuk kat orang. Mana yang jumpa, nasib la. Hehe.


Wujud blog ke - 2 nie lebih kepada cerita sejarah antara penulis dengan Aisyah Zaki. Ya, ada cerita di sebalik blog tersebut. Tapi tak perlu kot di kongsi di sini. Cukup sekadar rahsia kami berdua. ( Tisya: tak yah nak gedik cerita pasaipa na. haha )

Blog ke - 2 nie lebih kepada entry berbahasa English. Maaf jika terdapat banyak ' broken English ' di dalamnya. Penulis hanyalah insan biasa yang masih lagi belajar untuk menuntut ilmu dalam bidang penulisan bahasa Melayu mahupun dalam bahasa English. ( menuntut dengan membaca, bukan menghadiri kelas bahasa. hehe ) Jika terdapat kesalahan, harap tolong di perbaiki. ( agak - agak bila nak buat blog dalam bahasa Arab pulak? huahuahua ) :)

So, enjoy your reading. Kalau nak follow, sila. Saya tak melarang dan tak juga meminta. Lagi pula, banyak lagi suruhan Allah yang perlu kita follow kan? ^____^

Wednesday, October 12, 2011

Kepada DIA kita datang, Kepada DIA jualah kita kembali

Innalillahiwainnailaihirojiun. Kepada DIA kita datang dan kepada DIA jualah kita kembali.

Almarhum P. Cik Wahab @ Aman, 2 dari kanan. Moga beliau ditempatkan bersama - sama orang yang soleh.

Berita pemergian seorang ikhwah masjid Asy - syakirin yang telah banyak berjasa kepada masyarakat sangat menyentap diri ini. Sms yang di hantar oleh mama sekitar jam 3.30 pagi telah membuat ngantuk penulis hilang pergi. Pada mulanya fikiran penulis masih bercelaru. Sms di baca berulang - ulang. Pabila info yang di terima dapat di cerna sebaiknya, sms lansung di sebarkan ke adik - beradik yang lain kerana keluarga penulis kenal akrab dengan keluarga Almarhum.

Mama penulis menghantar sms dari masa ke semasa bagi menceritakan suasana yang berlaku di sana. Sebak di hati bertandang pabila terkenangkan wajah anak - anak kecil almarhum. Terbayang satu persatu wajah anak almarhum. Si Haikal yang sering menjerit ' K. Sarah! ' setiap kali melihat kelibat penulis muncul di depan mata nya dia. Wajah si Syafiqah atau nama manjanya baby terbayang dengan mulutnya yang petah bercerita. Dan wajah si Mira yang tersipu malu pada awal perkenalan.

Mereka telah penulis anggap seperti adik sendiri. Terutama Haikal yang sering memanggil penulis tak kira di mana atau apa pun situasi ketika itu. Melihat penulis saja, langsung di sapa dengan suara yang kuat. Alhamdulillah khabar yang diterima Haikal kelihatan bersahaja. Meskipun menangis di awalnya. Namun hati tetap sebak tatkala menerima sms yang mengatakan Haikal mengusap kepala Almarhum ayahnya.

Paling sebak bila baca sms tentang Syafiqah. Si kecil tidak percaya bahwa ayahnya telah pergi buat selamanya. Kuat mengatakan bahwa Almarhum tengah tidur nyenyak dan Syafiqah turut sama - sama tidur di bantal bersama - sama Almarhum. Air mata akhirnya menitis bila terbayang situasi yang berlaku di sana.

Ya Allah, KAU berikanlah kekuatan kepada mereka sekeluarga dan juga para ikhwah masjid Asy - Syakirin. Kehilangan seseorang yang banyak menabur jasa pasti di rasakan di setiap hati masing - masing. Moga pemergiannya menjadi pendorong untuk kita meningkat kan amal ibadah kita sehari - hari.

Kematian, datangnya tak di jemput, perginya tak kan pernah kembali namun janjinya pasti. Membawa kita ke alam yang kekal abadi. Bersediakah kita?

Saturday, October 8, 2011

Kerepek Ubi Yang Woww~~!

( Di kedai runcit ) Fida dan Dzafira memilih makanan ringan buat bekalan di masa lepak di dalam dorm. Setelah selesai, mereka berdua pulang ke dorm untuk melepaskan penat setelah mengerah otak selama 3 jam di dewan kuliah.

Dalam perjalanan pulang, Fida terbayang kerepek ubi yang di belinya sebentar tadi. Oleh kerana tidak tahan melihat kesedapan kerepek tersebut, Fida terus mengoyak plastik kerepek ubi dan terus ngap~~!

Fida: Kau nak?

Dzafira: Tak. Thanks. Sedap ke?

Fida: Mestilah sedap. Kalau tak, takda nya nak buang - buang duit beli kerepek nie.

Dzafira: ( tersenyum )

Perjalan ke dorm sepi tanpa perbualan mereka berdua. Yang ada hanyalah bunyi kriuk kriuk hasil daripada kunyahan kerepek ubi di mulut Fida.

Tiba - tiba..

Fida: Eh, Ahmad la. Kau pegang nie. ( sambil memberikan bungkusan kerepek ubi kepada Dzafira )

Dzafira: Yang kau kalut tak tentu arah nampak Ahmad nie kenapa?

Fida: Ish, kan aku tengah makan tadi. Hilang la keayuan aku depan mata Ahmad bila tengok aku makan berdiri.

Dzafira: Owh. Hilang keayuan depan mata Allah kau tak kisah pulak.

Fida: -__-"

p/s: Kenapa kita perlu hidup di bawah pandangan mata manusia? Bukan kah pandangan mata Allah itu lebih penting. Jadilah diri yang sentiasa menunjuk kan yang terbaik buat si DIA meskipun tiada siapa yang melihatnya.

Dialog dan watak - watak di atas hanyalah rekaan semata - mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali pulang. *peace*

Saya Innocent~~!


Dzafira dan Nurul berjalan - jalan di taman mengisi waktu lapang yang ada. Sambil melihat gelagat manusia yang beragam tanpa mempedulikan pandangan mata yang ada.

Nurul: Eh, macam kenal jea mamat yang duduk sebelah minah saleh tu.

Dzafira: Mamat mana pulak yang kau sembat jadi pandangan mata ni?

Nurul: Yang duduk kat bawah cendawan batu tu ha.

Dzafira: Owh. Kalau tak silap aku dia budak Malaysia batch bawah kita. Apasal, kau kenal ke?

Nurul: Kenal masa program suai kenal je. Ish, tak suka la aku tengok mamat tu. Menyampah~~!

Dzafira: Uish, apasal pulak kau nak hangin. Dia ada cari pasal dengan kau?

Nurul: Takda pun. Tapi tak suka la. Yang dok berkepit dengan minah saleh tu kenapa. Tak malu ke dengan pelajar Malaysia yang lain? Faham - faham jeala.

Dzafira: Kenapa nak malu? Sorry, tak berapa nak faham la otak kau.

Nurul: Ish, cuba tengok tu. Dok berkepit pegang tangan. Tu kan haram. Kita nie orang melayu, ada adat budaya yang perlu di jaga. Nak nak kita nie orang Islam. Malu la kalau orang lain tengok mamat tu buat hal. Rosak kan nama Islam jea. Dah la couple dengan orang kristian. Bawa fitnah tahu tak~~!

Dzafira: Owh. Faham. ( sambil tersenyum )

Mereka bedua akhirnya meninggalkan taman untuk mencari minuman bagi membasahkan tengkorak. Eh?

Tiba - tiba handphone Nurul berdering...

Nurul: Waalaikumussalam. Eh B... Kat taman.. Bla bla bla.. Nak balik la ni.. Bla bla bla.. Minum kejap.. Bla bla bla.. Yea2.. Waalaikumussalam.

Dzafira: Siapa tu?

Nurul: Macam biasa. Pakwe aku, Syamil. ( sambil tersengih )

Dzafira: Owh. Tak taw pulak aku kalau couple dengan melayu tu halal.

Nurul: Eh?? Erk!! Jom balik.

p/s: Usah menunding jari ke orang lain jika kita melakukan hal yang sama. Perbaiki diri terlebih dahulu dan ajak lah orang lain. Itu yang terbaik

Dialog dan watak - watak di atas hanyalah rekaan semata - mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali pulang. *peace*