Pages

Friday, February 13, 2009

~...Aktiviti Muslimah Harapan Rasulullah...~

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam syurga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:


1. Faqihah Lidiiniha


Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.


2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha


Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.


3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha


Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.


4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha


Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Hope dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktiviti Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin

Nak 'Couple' Boleh Tak??



Memang ramai r yg tanya soalan nie n jwpn dier plak byk sgt. Ader gak yg tak puas ati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. N seperti yg kta taw kenyataan ini mmg menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan remaja mcm sy sekarang nie.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

"Ya, npe?knpe kapel tu haram???lg pun ade gak yg kapel2 nie xberjumpa langsung n xbwat maksiat mcm pgg2 tgn cemtu r..juz msg n call jer..so, xkan haram kot???"...nie la persoalan yg slalu bermain d benak remaja skrg..kekdg sy pun terpikir gak..so sy try r kaji sket2..ha3..ye je..ye la kot..ngeh3..

Sekarang kta tengok kt persoalan utama. Kt sinilah timbulnya kontroversi di antara kta. Bagi yang ber ‘couple’, msti perasaan ingin tahu diorg tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta diorg itu..ceys..

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan nie, kta perlulah merujuk kembali kepada manual kta yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kta oleh junjungan besar kta Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kta.

Ader gak yg ckp, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, so npe tak bleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, dalam Surah Yasin(36) ayat 36:


“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Tp ayat-ayat nie tak menjelaskan yang kta bleh mengadakan hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:


“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat nie, jelas Allah telah memerintahkan kta supaya kta menjaga pandangan kta drpd memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kta menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Drpd ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,
“Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Cbe korg teliti firman Allah tadi. Dlm ayat ini, Allah melarang kta mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ ( jangan hampiri ) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ ( jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kta hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:



“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”



Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM! Wallahua’lam.

Tuesday, February 10, 2009

~...mEnGapA isLAm diPanDanG neGatiF???...~

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!


Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?


actually nie la masalah utama yang perlu dibetulkan dalam pemikiran umat Islam..persoalan yang timbul di fikiran sme org tu merupakan pandangan masing2. So mustahil r utk kita menghalang diorg untuk berfikir sme 2...tapi kita boleh mendorong orang untuk berfikir yang baik tentang Islam dengan mencontohkan akhlak yang terpuji..chewah, mcm r sy nie baik sgt tp xsalah kan mencuba…hehehe...so sy menyeru agar kita sma umat Islam sama-sama membaca dan memahami isi kandungan Quran...mudah-mudahan kita dapat kembali kepada era kegemilangan Islam!!insya-Allah …




Saturday, February 7, 2009

~...sjE nK bErkOnGsi LaGi pEnGaLamAn niE...~



nie la wajah org tgh kesibukan...well, lme da x create kt blog nie...maklum la, mkin bertambah ari, makin bertanbah la kerja...sebut pasal kerja nie, teringin la nk kongsi ngn sme pasal pengalaman bekerja sekali lagi...hehehe...

erm, tyme kt tadika org panggil teacher sarah...perasan tak, pangkat yg plg org xpernah lpe la pgkt cikgu...coz mne jer kte pergi, msti org pggl ngn pggilan teacher or cikgu even bkn kt kwsn skol atau kte da x jd cg da...hehe...tyme jumpa ngn student kt shoping complex poon diorg pggl teacher...mesra btol pekerjaan sbgi seorg cikgu nie...mesra ngn anak murid...

ok la, pengalaman plg seronok mengajar tyme tgh bengang...hahaha...taw x npe???coz ble kte marah, budak2 nie pandai pujuk...diorg akn gne words, "ktaorg sayang teacher"...pastu trus peluk...alahai, mne x sy cepat cair...haha...tp cair2 gak...kekdg tu kne marah supaya budak2 nie x ulang g kesilapan yang diorg bwat...mean, klo cikgu marah tu bkn sbb benci tp sbb sayang sgt kt anak murid dier...nk sgt ank murid dier jd org yg berguna...ble ingat benda nie, rse bersalah sangat kt cikgu2 sy dulu...yela, ble diorg marah, msti kte poon marah...msti kte ingat yg cikgu tu x suka kt kte...padahal sebalik nye...huhu...insaf btol ble dpt jd cg nie wlpn sementara jea...


erm...mcm biasa r, ble da jd cikgu nie, msti ader student yg plg kte ske or syg...bkn nk pilih kasih tp mmg da lumrah...hehe...so gmbr kt atas tu student plg yg rapat ngn sy...yg tu student laki la...nama dier muhd.nuqman...budak nie kan, sme cikgu susah nk marah dier coz watak dier yg lucu tue...sme cikgu geram kt budak nie tp sy la yg plg bertuah coz nuqman plg rapat ngn sy...hehehe...bangga la plak...haha...ish2, xbaek2...hehe...budak nie la penyeri kelas 4 years a.k.a my class...hehehe...klo budak nie xdtg tadika, sy poon xbrp semangat nk mengajar...aisey...kuat tol penangan nuqman kt teacher eh...hahaha...


diorg nie jgk la antara penyeri klas sy...klo diorg bwat salah, msti susah nk marah sbb diorg nie pandai bwat lawak...biasa la...telatah budak2 yg mencuit hati...bila mengajar diorg nie, ada satu kesan yg berlaku kat diri sy...yg mengubah sifat negatif sy ke positif...sifat pemarah sy berkurangan dan harap sgt ia berterusan wlpn sy da x mengajar kelak...

sy rsa nk sop sni dlu la...da blur da nie...xtaw nk citer pe da...tdi rse mcm byk sgt nk bgtaw...ble da taip, trus blank otak nie...hahaha...nnt2 klo ingat sy tulis r g...k...chaw!!!salam ukhuwah...