Pages

Wednesday, February 24, 2010

HAPPY!!!

Happy??? Haha. Sebab penulis rasa gembira ni maybe benda kecik bagi seluruh warga Malaysia yang duduk kat Malaysia sekarang ni. Tapi benda besar bagi pelajar yang diperantauan. Happy sebab dapat kiriman makanan Malaysia dari mama dan baba. Thank a lots mom, dad! Haha. Agak - agak barang pe yang penulis dapat sampai happy camni r???ngeh3. Penulis dapat 2 botol kicap cap KIPAS UDANG!!!! dan 3 bungkus besar mee tom yam, kari dan ayam. Haha. Happy sebab dua makanan tu memang penulis ngidam sangat nak makan sejak duduk dekat oversea nieh. Ish3. Ntah papa jea penulis nie. Hehe.



Nak cita tu jea pun. Happy sebab dapat kicap cap kipas udang ngan mee.. Xde keja tol penulis nie. Ngeee~~~

~mengharapkan doa kalian~

Monday, February 22, 2010

Siz. Asma Wedding's Photos

This post i made for those couldn't be present on Siz. Asma's wedding ceremony. Especially K. Sha.. Hehe


20 February 2010





19 February 2010



Friday, February 19, 2010

CONGRATULATIONS!!


En-3 kali ni penulis post khas buat pengantin baru kita K. Asma' Shamjuddin.. Hehe.. Akhirnya sampai juga hajat sahibah kita sorang ni. Moga ikatan yang terbina ni kekal hingga ke syurga.. Amin..

Erm, cakap pasal k. Asma ni, tempoh perkenalan penulis dengan dia teramat la singkat. Tapi alhamdulillah, dengan tempoh yang singkat tu kitaorang memang rapat seolah - olah macam dah kenal bertahun - tahun. (^__^)

Mula - mula jumpa k. Asma ni waktu penulis tingkatan 4 ( 2007 ). Waktu tu k. Asma datang MATRI dan terus cari penulis kat bilik. Penulis time tu baru bangun dari tidur nampak ada orang jenguk - jenguk dalam bilik. Penulis pun tanya r, " nak cari spe eh? ", pastu k. Asma jawab nak jumpa dengan Sarah Ali. Dalam hati, " Eh2, tu nama aku. Asal dia nak jumpa aku ni? Kenal pun tak ". So penulis pun keluar dari dorm n jumpa k. Asma kat luar.

Kat luar dia perkenalkan diri dia sebagai kakak k. Amnani. Then baru la penulis faham kenapa akak ni cari penulis. Kakak K. Amnani rupanya. Penulis dulu rapat dengan K. Amnani. Tak sangka pula yang k. Amnani cerita ngan kakak dia pasal diri penulis. Tu yang k. Asma ni cari penulis bila dah sampai MATRI. Dalam hati, terharu gak ada yang ingat penulis.. Hehe

Kitaorang sembang kejap jea time tu coz k. Asma baru sampai MATRI dan belum rehat lagi dari perjalanan dia yang jauh tu. So kitaorang janji malam nanti nak sembang lain. Bila tiba malamnya pula, mula la kitaorang sembang macam - macam*bukan mengumpat yea..hehe*. Dan tak sangka pula yang tarikh lahir penulis sama dengan k. Asma. Kitaorang pe lagi, makin rancak la berbual. Berbual macam dah kenal lama tu. Orang lain pun hairan gak sebab sebelum ni penulis memang tak kenal langsung dengan k. Asma ni, tapi boleh plak sembang gelak tawa macam kawan lama yang dah lama tak jumpa. Hehe.

Dengan tempoh perkenalan yang singkat tu, alhamdulillah sampai sekarang kitaorang still contact ag walaupun teramat jarang bersua. Ni lah yang di namakan ukhuwah fillah. Walau sekejap mana pun tempoh perkenalan seseorang tu dengan kawan dia, tapi kalau semua tu kerana Allah, sampai bila - bila diorang akan tetap akrab walaupun tidak bersua.

Hari ni bersamaan dengan 19 Februari 2010, K. Asma yang spoting nie selamat di ijab kabulkan dengan zauj dia, Zaid. Taniah la penulis ucapkan. Bila dah jadi isteri orang ni, tak boleh la nak wat perangai macam dulu eh. Hehe. Jadi seorang isteri yang setia kepada suami dia dan bla bla bla. *penulis tak taw nak kata pe sebenarnya..hehe*

Doa penulis buat k. Asma,

Ya Allah,
Andai Engkau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang KAU jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al - Qubro
Yang KAU jadikan mata air kasih sayang Ali b Abi Talib dan Fatimah Azzahra
Yang KAU jadikan penghias keluarga Nabi - MU yang suci

Ya Allah,
Jadikanlah mereka suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka,
Dengan menjadikan perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepada-MU,
Dan bukti ketaatan mereka terhadap sunnah Rasul-Mu

Amin....(^__^)




Sunday, February 14, 2010

L.O.V.E

Post kali ni penulis cuba kongsi apa yang penulis baca dari blog seorang senior. Actualy, tujuan sebenar post kali nie coz terlalu ramai yang bukak tentang masalah nie. Iaitu COUPLE!. Masalah yang tak kan pernah habis bagi kaum Adam dan Hawa selagi hawa nafsu tu bermaharaja lela.Lagi - lagi la sekarang ni bulan Februari, bulan yang dimana terdapat Hari Kekasih di dalamnya. Hari Kekasih?Penulis tak nak ulas lebih - lebih pasal nie dan penulis rasa ramai yang dah taw kisah di sebalik cerita " Hari Kekasih " tu kan??


Baiklah, berbalik kepada tujuan sebenar, terlalu ramai yang cakap pasal COUPLE ni. Terutama dalam halaman Facebook. Jadi penulis teringin nak cari jawapan yang betul - betul berkesan buat diri penulis dan yang lain - lain. Penulis cuba mencari bahan bacaan di internet, dan Allah izin, penulis jumpa artikel tentang COUPLE ni, yang bagi diri penulis secara peribadi memang menjawab persoalan semua orang. Penulis nak kongsi artikel nie dengan pembaca biar ilmu tu tersebar luas dan penulis artikel yang sebenar pun dapat manfaat dari penulisan beliau.(^__^)


Bukan mengharamkan cinta


Persoalan-persoalan yang mencucuk mereka yang meninggalkan couple, mereka akan mengingat bahawa mereka ini mengharamkan cinta mereka. Ya, cinta mereka suci, ikhlas.

Di sini, ketahuilah bahawa, kita tidak mengharamkan cinta. Tidak salah menyukai lelaki atau perempuan. Cuma di sini, kita mahu jalan yang Allah redha. Bukannya kita break up. Kalau suka, betul-betul cinta, teruskan. Cuma teruskan di atas jalan yang Allah redha.

Sebenarnya, kalau betul-betul suka, cakap suka. Pergi confess pada mak ayahnya. Yang perempuan, minta lelakinya bergerak cepat sikit, bagitahu mak ayah. Tunang dulu ke kalau rasa lambat lagi nak kahwin. Tunjukkan keseriusan anda.

Selepas tu, nak dating, sila la dating dengan keluarga. Bukan tak boleh. Keluarga lelaki, keluarga perempuan, pergi keluar makan sama-sama. Kalau rindu, pergi ziarah rumah. Cakap kat keluarga perempuan, kata nak datang. Yang perempuan, kalau rindu sangat, cucuk-cucuk la mak ayah suruh ziarah.

Tak ada masalah. Cinta bukan diharamkan. Teruskan. Sila teruskan. Cuma sekarang ni, kita nak cinta kita diredhai Allah. Kalau nak Allah redha, takkan kita nak calarkan cinta kita dengan perkara yang Allah murka? Islam ada bagi cara, kita guna cara yang Islam bagi.


Rindu sangat


Ini satu lagi fenomena biasa terjadi. Ya la, dulu hari-hari jumpa, ada event apa-apa mesti bersama. Mesti la ada memori-memori indah.

Rindu ni lumrah orang berjauhan la. Lagi rindu, lagi bertambah sayang. Tahan sikit je kalau serius nak kahwin. Dan macam saya cakap tadi, bukan tak boleh jumpa langsung. Ajak la keluarga ziarah ke, ajak keluarga keluar makan ke, atur la elok-elok. Bukan haram jumpa langsung.

“Rindu sangat ni, rindu sangat sampai nak jumpa dua-dua”

Aha… Best perasaan ni. Apa kata, kita tahan rindu kita dua tiga tahun, kemudian duduk la dua-dua sampai mati. Ah.. bukan sampai mati, maaf, sampai ke syurga, selama-lamanya. Ya la, bila kita bangunkan cinta kita atas apa yang Allah redha, pastinya kita akan mendorong diri kita dan pasangan kita ke syurga-Nya.

Susah-susah sangat, kahwin. Buat apa la tunggu lama-lama, main rindu-rindu jauh ni.

Kalau ada kekangan untuk berkahwin, sabar. Cuba selesaikan apa yang mengekang anda dari berkahwin itu. Sementara itu aturlah cara yang syara’ untuk berjumpa.

Tak ada masalah.


Ingat Allah


Ada orang, dia meluat kalau kita pesan kat dia supaya dia ingat Allah SWT.

Tapi saya nak kata apa? Kalau kita tinggalkan couple kerana Allah, nak dapat redha Allah, maka bila kita rasa nak kembali kepada couple, kita kena ingat Allah SWT yang menjadi matlamat kita meninggalkan couple tadi.

Allah ni, tak ada la zalim. Kita ni je yang zalim diri kita. Allah, Dia nak bagi kita sama-sama dengan pasangan kita sampai ke syurga, selama-lamanya bersama. Tapi, kita tak sabar, kita zalim pada diri kita, lantas kita dengan pasangan kita,paling lama pun sampai mati, kemudian di akhirat, terpisah-pisah. Apa best?

Allah halang kita dari dekati zina, bukan suka-suka. Kita dah nampak hari ini, lambakan anak luar nikah. Kita nak ke macam itu?

“Kami couple je bang, mana ada apa-apa”

Ya. Hari ini. Semalam. Esok siapa tahu? Kalau melintas jalan pun kena tengok kiri kanan takut dilanggar, berhati-hati, lagi la dalam hal masa hadapan dan kekeluargaan. Kena perhatikan semua benda. Tak kesian ke dengan baby? Ni bercinta betul ke, main-main?


Kena serius la


Nak istiqomah tinggal couple ni, selain melihat kembali niat kita, kita kena serius la tinggal tu. Nak serius tinggal, kita kena ada beberapa perkara lagi kita kena serius:

1. Serius nak dapat redha Allah.

2. Serius nak bercinta dengan betul.

3. Serius nak bina masa hadapan dengan baik.

4. Serius jaga maruah dan harga diri.

5. Serius segala perkara.

Saya rasa, kalau kita mendalami 1-5 ni, kita akan istiqomah untuk tidak bercouple, dan meninggalkan couple. Kalau serius la. Kalau tak serius, memang la kita nak buat.

Ya la, kalau serius nak dapat redha Allah, kenapa buat benda yang Allah tak suka?

Kalau serius nak cinta betul-betul, kenapa memurahkan cinta kita?

Kalau serius nak membina masa hadapan dengan baik, kenapa tak boleh berdisiplin dan bertahan sedikit?

Kalau serius nak menjaga maruah dan harga diri, kenapa kita pula macam promosi diri kita agar maruah dan harga diri kita tercalar?

Kalau lah kita ini serius dalam semua perkara, kita betul-betul nak hidup dengan baik, kenapa kita dedahkan diri kita dari kehancuran?

Jangan tunggu kita dah tersilap, baru kita nak cakap: “Aiseh, dulu ada dah orang tegur aku, kenapa aku tak dengar?”

Yang dah tinggal couple tu, tak payah kembali la. Fikir-fikir balik, anda sudah berjaya, kenapa anda hendak menggagalkan diri anda semula?

Kalau betul kita serius, kita akan usaha. Tak ada bagi alasan-alasan. Sebab itu, yang saya cakap dalam Bukan Mengharamkan Cinta, Rindu Sangat, dan Ingat Allah itu, hanya yang betul-betul serius sahaja yang boleh buat. Yang main-main, bye-bye la.


Penutup: Teruskan kejayaan anda


Bagi yang tak bercouple, atau dah tinggal couple, teruskan kejayaan anda. Bagi yang masih bercouple, tak mengapa, perlahan-lahan usaha tinggal. Jangan risau. Saya tidak menyisihkan anda. Cuma saya mengingatkan sahaja. Kita ni manusia, mana tahu apa nak jadi pada kita. Sebab itu orang pandai kata: Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah, penyakit tu tak kena pada kita. Mengubati, penyakit tu dah kena pada kita. Ada bezanya ya.

Fikir-fikir la. Couple ni asasnya apa? Cinta? Ya ke cinta? Ke lebih kepada seronok-seronok nak happy-happykan diri sendiri sahaja?

Bukan la tak couple maksudnya tak cinta. Cinta anda, tidak gagal dengan tidak bercouple.

Jangan susah hati. Kata nak redha Allah. Tahu tak bahawa, cinta tu, Allah yang cipta?

Aha…

Teruskan kejayaan anda. Kejar redha Allah dalam semua lapangan. Belajar, kerja, hatta cinta.

Kita nak, cinta kita ini pun Allah kira.


~ Hilal Asyraf ~


Jadi kat sini penulis nak bagitaw, berhenti atau cegah lah dari terjebak dalam masalah couple ni. Memang kita tak dapat nafikan perasaan suka terhadap sesorang sebab itu fitrah manusia. Tapi ingatlah, Allah dah bagi jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah ni. Jadi kita sebagai hamba- Nya hanya perlu menjalankan sahaja. Kan senang tu. Tak perlu nak fikir – fikir dah. Cuma ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Allah ni Maha Mengetahui jadi kalau DIA larang tu, mesti la ada sebab – sebab tertentu.


Lagi pun, apa faedah nya couple tu? Kalau betul ada faedah dia, boleh tolong nyatakan dan buktikan dengan penulis tak? Selalunya orang kata, couple ni sebab nak kenal hati budi masing – masing. Biar nanti bila dah kawin takda lah nak cerai berai sebab berlaku ketidaksefahaman dan kesesuaian. Nah! Macam yang penulis bagitaw kat atas tadi, Allah dah bagi jalan untuk kita. Nak taw jalan penyelesaian dia apa? TUNANG! Dalam tempoh masa bertunang tu, cubalah dekati keluarga pasangan. Kenali mereka tu macam mana. Kalau nak tahu lebih tentang pasangan kita, tanya jea dengan mak ayah dia. Insya – Allah mak ayah dia membantu. Tak perlu malu sebab apa yang kita buat ni memang mengikut jalan yang telah di tetap kan oleh Islam. Malah dengan apa yang kita lakukan ni, kita gak boleh mengeratkan silaturrahim dengan keluarga pasangan. Tak ke best tu! 2 in 1 terus. Hehe.


Bila rasa dah mampu dan yakin, apa lagi, kahwin la. Tak perlu tunggu lama – lama, nanti lama – lama dikebas orang. Haha. Gurau jea. Kalau dah rasa mampu dalam segala hal, kahwin la sebab kita takut nanti kalau lama sangat bertunang, berlaku perkara yang tidak di ingini. Bukan meminta ianya berlaku tapi baiklah kita mencegah. Sebab syaitan tu tak kan pernah berhenti untuk menggoda keturunan Nabi Adam ni.


Tapi macam mana pula dengan remaja eh? Tak kan nak kawin dalam usia yang muda? Hehe. Di sini, apa yang penulis mampu katakan, tengok balik niat kita sebenarnya. Untuk apa kita couple tu? Sekadar suka – suka atau sebaliknya? Kalau sekadar suka – suka, nasihat baik tak usah teruskan. Sebab pe? Sebab MEMBAZIR! Membazir dari segi waktu dan yang paling utama, wang ringgit. Yalah, kalau dah couple mestilah bertelefon dan sms, tak ke membazir tu. Baik simpan duit tu untuk masa depan. Simpan duit tu untuk kenduri kawin nanti ke. Tak la nanti terkial – kial nak cari duit. Hehe.


Membazir dari segi masa pulak, Allah dah bagi setiap hamba dia 24 jam setiap seorang. Kalau nak di ikutkan, tak cukup masa tu untuk kita beribadah, berdakwah, menuntut ilmu dan sebagainya. Memang tak cukup! Lepas tu, dah la tak cukup, kita nak bazirkan pulak dengan aktiviti yang tak berfaedah, tak ke rugi tu. Daripada kita luang masa dengan pasangan yang bukan mahram tu, baik kita pergi jumpa kengkawan dan sembang tentang Islam atau perkara – perkara yang boleh menambah ilmu ( jangan mengumpat plak..he3 ) atau pun mengulang kaji pelajaran. Kita kan masih seorang pelajar yang memburu cita – cita, baik kita laksanakan dulu cita – cita kita ni dulu dari buru cinta. Ilmu ni sampai bila pun sentiasa bersama dengan kita sampai kita mati. Kalau cinta yang tak diredhai? Tak kemana pun. Cukup hanya sekadar di dunia dan di akhirat pula kita mendapat balasan yang tak di ingini. Nauzubillah..


Apa pun buat remaja termasuk penulis, mari kita buru perkara utama terlebih dahulu. Penulis yakin matlamat setiap orang adalah berjaya di dalam kehidupan dia mahupun di dunia ataupun di akhirat. Kita gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknya. Tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin agar satu hari nanti kita boleh menggegarkan dunia dalam menegakkan panji – panji Islam. Dan tuntutlah ilmu tentang baitul muslim sekali eh, biar nanti bekalan untuk tu bertambah banyak. Haha. Dan satu lagi, kembali kepada Al – Quran dan As – Sunnah, kerana di situlah panduan hidup muslim yang sebenar. >__<


Penulis doakan semoga semua remaja – remaja di bumi Allah ni terpelihara dari melakukan maksiat yang paling sering di lakukan oleh remaja zaman sekarang. Mari kita semua menjadi seorang remaja yang hebat seperti remaja di zaman Rasulullah!(^__^). Insya – Allah. Kat sini gak penulis nak kongsi satu cerpen tentang perasaan antara lelaki dan perempuan ni. Penulis suka cerpen ni dan ingin berkongsi dengan pembaca supaya kita sama – sama merasa betapa indahnya jika kita mampu mengatasi masalah hati yang satu ni. (^__^). CERPEN : VALENTINE


p/s: bila la abang - abang penulis nak kawin r??haha..opps, sori abg sori deq!daku ni bukan pa, tak sabar nak dapat kakak. Teringin nak rasa kasih sayang dari sesoang kakak. Hehe. Cepat - cepat la kabulkan permintaan adek perempuan kamu yang satu - satunya ni k! Haha


~mengaharapkan doa kalian~

Monday, February 8, 2010

Hold My Hand Please..(^__^)

today one of my friends gave me a poem about "hold my hand"..i like dat poem and i'll post in dis blog so you all can read that too...enjoy your reading!!(^__^)..



I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

~really need your pray~

Sunday, February 7, 2010

One Word....



B
e Happy!!!*smile (^__^)*



Rainbow Like Our Life!!


Rainbow like our life
Rainbow, rainbow, rainbow is in the sky.
Children were clapping & jumping with joy.
I also heard the roar and saw
the wonder of seven colour’s rainbow in the sky.
It was glowing & was giving coolness to our eyes.
Suddenly it was disappeared from the sky and
then I realize that the rainbow is like
the life of a human-being.
It’s colours are like the colours of our life.
Colours of life as joy, sadness,
Kindness, honesty, attraction, haterdness & love
are as the seven colours of a rainbow
And I realize that rainbow is just
like the life of a human being.


p/s-actually i made this en-3 just because i want to improve my english..i noe my english is not good enough but i wish some day i will...practice make perfect rite??he3...chaiyok2 sarah!!gambate!

Smile With Happiness!!!



just forget about the past...
start your day with a smile!!!
spend your time with a new story...
remember that ALLAH always there with us...(^_^)
Love ALLAH S.W.T, Rasul S.A.W, my beloved parent, my beloved brothers, my beloved uncle and aunty, my beloved cousins..so many beloved maa...just say my beloved family suda..he3..
and also love my beloved friends!!!!
please pray for me!!
cheer up sarah!!!i noe you can do that!!!chaiyok2!!gambate!!


My Mind Wants To Shout!!

please go away from my life forever...and i don't want to see you anymore!!!

BATCH-14!!

batch-14 of MATRI

erm, ntah kenapa arini penulis terkenang kisah - kisah dulu…kisah penulis masa masih di zaman sekolah menengah dulu..rindu dengan suasana sekolah yang banyak kenangan pahit manis nya..ntah bila la penulis boleh duduk bersembang dengan kawan – kawan sebatch dengan penulis macam dulu…sungguh penulis rindukan saat manis itu..hu3…lepak dekat lapangan asrama puteri malam – malam dengan HAJAR!!!!rindu nak rebut makanan kat dewan makan..n macam - macam lagi r...waa, rindu nya dengan HAJAR…ntah pe la khabar die kat UKM tu..hu3…HAJAR nie antara teman akrab penulis...orangnya cool jea..he3..yang pasti penulis bersyukur sangat – sangat dapat menjadi sebahagian teman akrab die…uhibbukifillah ya HAJAR!!!

with hajar a.k.a my bestfriend


dulu penulis ngan hajar nie selalu lepak kat atas Musolla MATRI waktu subjek English for Science and Technology..ktaorg tak ambil subjek nie untuk SPM so asal kelas nie jea lepak kat atas Musolla dan wat la macam - macam kat atas tu..penulis selalu nya ska bergmbr ngn sembang - sembang jeala..ha3..bukan nak guna masa yang ada untuk belajar..ish3...he3..

antara kerja penulis atas musolla..he3


erm,ingat lagi masa penulis xda kerja dan boring sangat..penulis pergi kumpul semua nametag budak - budak kelas penulis..he3..then amek gambar dan tak sangka pulak budak tu ske tengok gambar nieh..he3..ada gak yang jeles coz nametag diorg takda dalam nieh...siap suruh penulis amek g skali pic nie..ho3..time tu penulis malas r nak wat kali ke-2 coz bukan senang nak kumpul nametag nie..comfirm ramai yang banyak tanya..he3..buat yang xda dlm pic nie sorilah yea..sape sruh tak bawak nametag pergi sekolah..benda tu kan wajib pakai..he3..


cerita bab nametag nieh, penulis ingat lagi betapa liat nya pelajar MATRI nak guna nametag nie atas alasan nametag nie besar sangat..betul gak tu..tapi pape pun penulis memang ske pakai nametag..ha3..memang dari kecik penulis ska sangat pakai nametag..nanti mana kita pergi xdala orang sibuk2 tanya nama..just tengok jea nametag 2..ha3...pe la yang penulis mengarut nieh!


pape pun penulis memang rindukan batch-14 sahibah...lagi2 r classmate penulis...dengan bermacam ragam semua tu..masih jelas dalam ingatan penulis, timah ketua kelas yang sentiasa busy dan selalu bawak syitah kalau ada urusan pape sampai penulis sebagai penolong kelas pun macam takda kerja da except amek kedatangan kelas pelajar hari2..he3..tuyah yang selalu bising pasal korea die..yaya dengan kisah kasut2 dia yang melambak kat umah..janas yang tergilakan mamat jepun..ha3..naja yang selalu lepak ngan adek angkat die..he3..fatin,safwa n maryam yang selalu wat hal diorg bertiga..zu yang senyap di hujung kelas..tiqah yang sibuk dengan nota2 die yang comey..9nah yang berlajar smpai tak ingat dunia..fifa n adila yang senyap tanpa suara..tikah yang busy bersama wardah uruskan pertandingan wakil sekolah..mira yang duduk tanpa gerak..timahani dengan senyum kambing die..he3..sarasab yang makin hari makin pandai melawak..seha yang comey..tisya dengan madah pujangga die..dan hajar yang sibuk makan kuaci dengan penulis time cikgu tengah mengajar kat depan..ha3...


with m.usu ( cg. chemistry )


macam - macam ragam ada..belum lagi kisah yang nangis dalam kelas sebab tak nak tukar tempat duduk..haha...memang banyak ragam btol kelas 5 Sc Fatimah nie...kalau bukak kisah nie dengan ketua kelas, memang tak leh nak tahan gelak r..lucu pun ade..macam2...tapi itulah yang penulis rindukan sekarang..


pape pun, (seha+naja+sarasab+tuyah+syitah+safwa+wardah= UIA) (maryam+mira= USIM (timahani+fifamail= KTD) (hajar+tisya= UKM) (timah= UPM) (yaya= UNIKL Ipoh) (dila= MATRIK Perlis) (tiqah= Matktab Perguruan Perlis) (zu = STAM) (9nah= INTEC [ Australia ]) (janas= KMB [ IRELAND ]) (fatin= KMS [ New Zealand ]) (tikah= Mesir), all da best untuk korang semua..ingatlah meskipun kita berjauhan, ukhuwah kita tetap terjalin erat atas dasar persahabatan kerana ALLAH..(^__^)


lagu tema batch-14!!!love u all friends!


nie lagu tema batch ktaorng..asal dengar lagu nie jea, msti kenangan lalu bermain kat minda nie..hu3...k r...actually penulis pun xtaw nak cerita pe sebenarnya...hati lagi dalam suasana yang tak baik..hu3...in bad mood!


~mengharapkan doa kalian~

Monday, February 1, 2010

Jemputan Walimatul Urus Saya?!

uish??jemputan kawin penulis ke??ha3..gurauan semata - mata..penulis lambat lagi kot..tunggu abang - abang penulis kawin dulu..he3..tapi ada gak yang tertipu dan ingat memang betul - betul penulis yang kawin..hish, kawin pe plak sekarang nieh..jauh di Indonesia pulak tu..tak cukup syarat agi nak kawin penulis nie coz penulis masih tak matang lagi dalam urusan semua tu dan calon pun takda lagi..he3

kad tak asli coz penulis yang buat sendiri atas permintaan bakal pengantin..(^__^)

kad yang asli masih dalam proses..oleh kerana teman penulis nie mintak tolong penulis sebarkan ke teman - teman yang lain, penulis minta la izin dia untuk buat satu kad kawin yang sederhana bagi senang nak umumkan dengan teman - teman yang ada kat Facebook coz kat situ jea tempat yang sesuai penulis nak bagitaw kat semua teman - teman yang ada..

Alhamdulillah, sampai gak hajat teman penulis yang satu nieh..dulu Zukhruful Ainaa' atau lebih dikenali sebagai Zu nie duduk sebelah penulis dalam kelas..orangnya agak pendiam tapi kalau di ajak bicara, boleh tahan..he3..tapi dari pandangan penulis sendiri, dia memang dah cukup syarat nak mendirikan rumah tangga dengan sifat kematangan yang dia ada..sekali pandang dia nie nampak macam mak orang pun ade..he3..semoga berbahgia hingga hujung nyawa dengan penuh berkah dan rahmat dari Allah..amin..

so buat teman - teman yang mengenali Zukhruful Ainaa', di jemputlah datang eh..memeriahkan lagi majlis nie nanti dengan telatah korang yang bermacam - macam ragam tu..he3..wakilkan penulis yang memang sah - sah tak dapat datang coz time tu cuti dah abis dan baru jea nak start kelas untuk semester yang baru..hu3..sedeh la plak tak dapat datang coz dulu Zu memang nak sangat - sangat penulis datang walimah dia..Zu siap nak sponsor tiket pergi Kedah ag kalau penulis takda bajet nak pergi sana..he3..pape pun, thanks a lot r Zu coz sudi jemput penulis dan sanggup nak sponsor tiket ag tu..bangga gak nie coz penulis orang pertama yang taw dan di beri kepercayaan untuk sebarkan ke teman - teman yang lain..[eh2, itu pun nk bangga ke?he3]

nampaknya Zu dah pecah rekod 14-generation of MATRI..he3..orang yang pertama mendirikan masjid..xpe2, yang pasti kami satu batch akan doakan Zu bahgia sampai ke syurga..Insya-Allah amin...doakan kami semua juga ya Zu!ha3..nak ambil berkat orang kawin plak penulis nieh..hi3..ok la..cukup setakat nie jea dlu..kalau ade pertanyaan tentang majlis nieh, boleh ym dengan penulis o tinggalkan pesanan dekat komen o box mesej..

p/s-pandai jugak penulis edit gambar eh!ha3..ish2, puji diri sendiri pulak..astarfirullah...pujian itu hanya layak untuk Allah..he3

~mengharapkan doa kalian~