Pages

Saturday, June 12, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).
**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan,


“ Saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi. ”


“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

“Winston from America?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk,
“ Mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“ Misalnya? ”

“ Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. ”

“Lagi?”

“ Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas! ”

“ Lagi? ”

“ Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood. ”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu. “Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.” sambung saya lagi.

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?

Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OH ISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

Bg ana tunjuk perasaan secara berlebihan bukan cara seorang Islam. Umat Islam tidak boleh cepat melatah. Bangunkan sahsiah dan keperibadian Islam dalam diri barulah musuh akan gentar. Bukannya menjerit, melolong dan membakar bendera musuh.

P/S : tulisan nie penulis dapat dari note dalam FB seseorang. Tak kenal pun tapi note dia memang menarik dan perlu di kongsi dengan semua orang. So, pandai - pandai la kita fikir k! (^__^)

Sunday, June 6, 2010

Kau Sahabat dan Kau Jualah Teman, Nuruljannah!

Petang 04 Jun 2010 yang kelmarin, penulis terima SMS dari sepupu. Sepupu penulis tanya something yang buat hati penulis jadi tersentak.


“ Salam Sarah, td sy nampak status FB Syitah ( Tengku Masyitah ) yang ada kawan dia meninggal nama Nurul Jannah..sapa tu??sy rasa bukan nurul sbb kalau nurul, sy pun kenal..”


Penulis memang tersentak sangat – sangat dan tanpa berfikir panjang, terus sms Tuyah ( Tengku Masturah ).


“ Salam. Tuyah, kazen ak cakap die nampak status FB Syitah kawan die Nurul Jannah meninggal dunia..N. Jannah yang mne wei??reply me A.S.A.P! “


Beberapa minit lepas tu, Tuyah pun reply. Dan penulis yang dalam keadaan tengah berdiri terus terduduk! Wajah yang pada mulanya ceria terus muram dan sedih.


“ Ya Allah. Aku lupe nak foward mesej kat ko. Jannah Sani meninggal semalam time lawatan kat langkawi. Time tengah main gokart, tudung die tersepit kat enjin. Pastu terjerut leher die. Allah lebih sayang die. Sekarang ni ngah kebumi. Tapi aku tak dapat nak pegi coz ada kelas pagi tadi. “


Perasaan penulis time tu bercampur baur. Antara percaya dan tidak. Dalam hati, betul ke Jannah Sani kawan aku yang satu kelas dulu tu??mustahil la. Then penulis baca lagi mesej yang Tuyah bagi buat kali kedua. Baru penulis sedar yang teman penulis benar – benar di jemput kembali oleh Allah buat selama – lamanya.


Then sepupu penulis telefon penulis. Ya la, die kan sms tanya Nurul Jannah yang mana, then penulis tak reply mesej die, mesti dia pun tertanya – tanya kan?


Elok penulis jawap panggilan dia, penulis tak dapat menahan air mata dari mengalir. Lepas penulis bagitaw Nuruljannah tu kawan penulis satu kelas, penulis tak dapat nak berkata papa dah. Hanya esakan jea yang kedengaran. Memang sedih sangat!


Time tu penulis masih dekat rumah kawan sebab baru balik dari lawatan ke Bank Indonesia anjuran mata kuliah Ekonomi. So kawan – kawan yang disekeliling panik sebab ingatkan penulis sakit lagi sebab penulis baru keluar dari hospital beberapa minggu yang lalu.


Then one of my friend terbaca mesej kat hp penulis, so baru dia tahu sebab apa penulis tetiba menangis. Diorang tenangkan penulis. Sungguh diorang memang sahabat yang memahami walaupun kami berlainan negara dan bangsa.


Penulis yang pada mulanya ceria sebab baru balik dari lawatan sambil belajar, terus tak mampu nak tersenyum dah. Kehilangan seorang teman yang baik membuatkan penulis benar – benar terkilan.


Penulis cuba untuk menerima tapi susah sangat. Biasalah perempuan. Memang perendam air mata. Hehe. Balik dari lawatan tu, penulis tak boleh nak sembang gelak tawa kat dalam bas dengan kawan – kawan yang lain sebab kepala dah pening akibat dari menangis dan kebetulan kesihatan penulis belum sembuh 100%.


Sampai jea kat umah, penulis terus on9 coz nak tengok status syitah tu. Ternyata penulis terlambat tahu berita nie. Mula – mula agak terkilan, kenapa penulis lambat tahu. Tapi bila fikir keadaan kat Malaysia time tu mesti lagi kalut sangat, penulis abaikan perasaan yang ntah papa tu.


Kebetulan time tu sepupu penulis bukak blog Allahyarhamah Jannah Sani, penulis baca semua en- 3 yang penulis dah baca sebelum nie. Sekali lagi penulis tak mampu nak tahan air mata nie. Deras bagaikan air hujan yang membasahi bumi.


Penulis cuba tahan tapi tetap tak boleh. Lagi – lagi lepas baca en- 3 dia tentang kawan – kawan sekolah. Sungguh penulis juga rindukan semua tu.


Lepas baca blog dia, penulis call Tuyah, nak taw cerita sebenar. Tuyah cerita sikit jea dan penulis masih tak puas dengan cerita dia tu. Lastly penulis call Wardah, kazen Jannah yang juga satu kelas dengan penulis time kat Matri dulu. Time telefon Wardah tu, penulis tak dapat nak tahan air mata. Tapi penulis cuba kuatkan hati untuk dengar cerita Wardah.


Wardah cerita kisah yang berlaku kat Jannah. Cerita dia hampir sama dengan mesej Tuyah yang kat atas tu cuma ada tambahan sikit. Lepas kawan - kawan Jannah perasan yang Jannah minta tolong, diorang pun cepat - cepat bawak Jannah ke klinik. Tapi Allah izin, klinik tu takda doktor. So diorang rushing pergi Hospital. Tapi Allah dah susun semuanya yang Jannah akan meninggalkan kita semua hari tu jugak. Doktor sah kan Jannah dah meninggal time kat gokart lagi.


Wardah cerita gak yang masa dia nak cium dahi Jannah, dia sempat bagitaw pesanan dari kawan - kawan yang diorang semua sayangkan Jannah. Then wardah bagitaw wajah Jannah kelihatan tersenyum dan ada sumber lain cakap, Jannah senyum sampai menampakkan dua batang gigi depan dia. Dan time Wardah bagitaw pesanan kawan - kawan, dia perasan mata Jannah macam nak bergerak - gerak nak bukak. Sungguh penulis cemburu dengan Jannah. Dia meninggal dalam keadaan husnul katimah!


Penulis teringat kisah zaman persekolahan selama penulis bersama dengan Allahyarhamah Jannah Sani. Siapa kenal dengan Jannah Sani a.k.a Janas, mesti taw suara dia cne kan? Memang kuat! Hehe. Kalau dia cakap dengan Tuyah ( kawan baik Janas ), penulis boleh dengar sebijik – bijik kat hujung tu. Hehe.


Janas memang sahabat yang baik. Penulis kalau ada masalah dengan seseorang nie, Janas la selalu cuba untuk membantu menjernihkan balik. Kekadang penulis gunakan khidmat percuma dia tu dan kekadang penulis suruh dia abaikan jea sebab penulis malas nak fikir sangat. Tapi dia tetap bagi semangat dan tetap jugak nak bantu penulis. Sungguh dia memang sahabat yang baik!


Kalau ada kawan - kawan yang sakit, Janas mesti busy. Busy tolong jaga lah. Dia memang sahabat yang prihatin terhadap sahabatnya sendiri. Sungguh penulis sayangkan dia!


Kedudukan penulis dalam kelas tak jauh dengan kedudukan Janas dalam kelas. Selang 2 buah kerusi sebelah kanan jea. So kalau ada cikgu yang suruh buat group, memang selalu jugak la satu group ngan Janas nie. Memang tak dapat dinafikan, dia seorang pelajar yang pintar dan cerdas!


senarai nama mengikut kedudukan kelas yang dibuat oleh Allahyarhamah Janas!


Satu trademark janas kalau nak masuk kelas time pagi – pagi, sampai jea dia kat muka pintu, mesti ucap “ Ohaiyo “. Maksud dia selamat pagi dalam bahasa Jepun. Kekadang tegur jugak dia, “ Ada pulak Ohaiyo. Sepatutnya Assalamualaikum la.” Tapi macam biasa, janas akan bagi senyuman innocent dia yang kiut tu. Sungguh penulis rindukan dia!


Janas nie memang minat sangat kat Jepun. Banyak impian dia kat negara matahari terbit tu. Pernah satu hari tu penulis dengar dia sembang dengan Tuyah.


Janas : Tuyah, nanti kita gi Jepun sama – sama nak?

Tuyah: Boleh – boleh! ( dengan semangat tuyah menjawab..hehe )..tapi kita kena kumpul duit dulu.

Janas : Ok! Kita kumpul duit banyak – banyak selama 5 tahun, then lepas tu kita g Jepun k?

Tuyah : Ok gak tu..tapi kat Jepun kite xde sape2..susah sikit r..kite g korea la..kat sne kan ada abang kite..nanti boleh mintak tolong die bawak kita jalan – jalan..tapi, time tu abang kite ade lagi tak r kat Korea??

Janas : Pape jeala..janji kita kumpul duit 5 tahun dari sekarang.


Dan sejak dari tu jugak la, Janas mula berjimat macam si Tuyah. Hari – hari die belanja 20 sen jea untuk beli ais krim malaysia yang jual kat koperasi Matri. Sungguh penulis ingat lagi saat itu. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan Allahyarhamah Jannah Sani. Tak sempat dia dengan Tuyah nak pergi Jepun, Allah dah jemput dia dan Insya – Allah tempat yang dia tuju nie lebih baik dan best lagi dari Jepun, iaitu al- Jannah, sesuai dengan namanya.


Penulis pernah menginap di rumah Janas kat Baling. Rumah dia best sangat! Sejuk dan damai jea dan ada kebun kat belakang rumah dia. Time pergi rumah dia, masa tu banyak jemputan kahwin dari kenalan keluarga Janas. So penulis pun ikut la pergi majlis perkahwinan kenalan keluarga Janas. Ingat lagi time tu Ummi Janas semangat nak bawak penulis tengok orang Kedah kahwin cne coz penulis dari Sarawak, secara tak langsung adalah perbezaan sikit. Yang lawak nya, penulis pulak yang pergi teman Ummi Jannah, dia dok rileks kat rumah jea. Jannah2, awak nie memang lawak r! (^__^)


Penulis last jumpa Allahyarhamah, time HIMEGA 09. Lama sangat dah tak jumpa dia. Sebab tu penulis rindu sangat dan terkilan tak dapat tengok dia buat kali terakhir. Dan yang lebih terkilan lagi, setiap kali penulis nampak dia on9, penulis nak tegur. Tapi bila nak tekan BUZZ, penulis selalu cakap dalam hati, “ Nantilah aku chat ngan Jannah, banyak masa lagi ”. Ternyata Allah nak tegur penulis dengan pemergian Jannah bahwa kematian itu boleh datang bila – bila pun. Sebab tu la ada pepatah cakap, gunakan peluang hari ini sebaik nya kerana hari esok, belum tentu ada! Dush! Sekali lagi penulis terkilan yang teramat sangat!


" Jannah sayang, kita tahu awak dah tak boleh nak baca blog kita, tapi kita tetap nak bagitaw yang kita sayang awak sangat – sangat. Awak memang sahabat yang baik. Kita seronok dan syukur dapat kenal dengan awak dan kawan – kawan yang lain. Awak memang anugerah yang terbaik yang Allah bagi kat kita. Banyak kenangan kita ngan awak dan semua tu kita akan simpan dalam kotak memori dengan sebaiknya. Semoga awak di tempatkan di tempat orang – orang yang beriman. Nanti kita bertemu di taman syurga k Jannah! Sayang awak sangat2! "


Janas n me time graduasi..sekarang hanya tinggal kenangan yang manis untuk di ingati selalu..


Sekali lagi air mata ini tumpah! Ya Allah, KAU kuatkanlah hamba- Mu yang lemah lagi tidak berdaya ini. Hanya ENGKAU saja yang mampu ak minta pertolongan!


~mengharapkan doa kalian~