Pages

Sunday, August 28, 2011

Pesan Ramadhan Kepada Kita

Andai Ramadhan dapat berbicara kepada kita, maka inilah yang mungkin akan disampaikannya:

Pesan pertama: Setelah aku pergi, jangan kau lupakan aku (puasa) karena aku akan datang kembali menghampirimu selama 6 hari di bulan Syawal itu tiada lain agar aku dan kamu sentiasa dekat, aku akan lebih dekat lagi ketika kau melaksanakan puasa Senin dan Kamis, atau puasa ayyâmul baidh (tarikh 13, 14, dan 15 setiap bulan qamariyah), puasa Arafah, puasa Asyura, bahkan Rasulullah SAW menganjurkan untuk melaksanakan puasa Daud (sehari berpuasa sehari berbuka). Itu semua tiada lain agar kau selalu mengingatiku, sehingga aku pasti menunggumu di pintu ar Rayyân (syurga).

Pesan kedua: Setelah aku pergi, jangan kau biarkan kitab suci Al - Quran bersampulkan debu, buatlah jadual agar kamu dapat tetap membacanya seperti sediakala ketika aku ada bersamamu.

Ketahuilah bahwa Al - Quran itu salah satu penyubur hatimu, dan Al - Quran merupakan salah satu yang dapat memberimu syafaat kelak. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Puasa dan Al - Quran itu akan memberikan syafa’at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Sedangkan Alquran akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Maka Allah SWT memperkenankan keduanya memberikan syafa’at (pembelaan).” (HR Imam Ahmad dan Ath-Thabrani).

Pesan ketiga: Setelah aku pergi, jangan kau tinggalkan solat malam walaupun kamu sanggup hanya melakukan beberapa rakaat saja, sungguh solat malam mampu mendekatkanmu dengan Tuhan-ku.

Pesan keempat: Setelah aku pergi, jangan kau tinggalkan kebaikan-kebaikan yang sudah kamu lakukan di saat aku ada di sisimu, ketahuilah bahwasanya Tuhan-ku sentiasa mencintai satu amalan kebaikan yang dilakukan tanpa henti walaupun itu sedikit. Sebagaimana sebuah hadis dari ’Aisyah RA, beliau mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:

" Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan meskipun ianya sedikit. " (HR Muslim).

Pesan kelima: Saat aku pergi, duhai kasihku Muslimah jangan kau lepaskan kembali penutup auratmu, kerana di situ kehormatan dan kemuliaanmu terjaga, jangan kau memakainya kerana aku, tapi pakailah ia kerana Rabb ku.

Pesan terakhir: Kun Rabbâniyyan walâ takun Ramadhâniyyan, jadilah kau insan yang senantiasa beribadah kepada Allah, jangan kau beribadah hanya dibulan Ramadhan saja, karena sungguh Allah itu Tuhan di seluruh waktu.

(Sumber Pesan Akhir Ramadhan Oleh : P Imron Nurtsani Lc, Republika, Senin, 29 Agustus 2011 06:04 WIB)

2 R ( Ramadhan & Raya )

Uhuk! Tak taw nak starting macam mana. Dah lama tak menulis rasa macam kekok la pulak. Hehe. Sebulan dah tinggal blog nie. Excited balek rumah punya pasal la nie. Terus lupa kat blog yang banyak berjasa nie.

Erm, sekarang pembaca mesti sibuk dengan dua benda kan? Sibuk nak mengejar Ramadhan yang dah semakin hampir di garisan penamat atau sibuk buat persiapan raya. Serius keluarga penulis tak beberapa sibuk buat persiapan raya. Masing - masing berlumba untuk mengejar 10 malam yang terakhir nie. Alhamdulillah semua dah besar dan dah faham tanggungjawab masing - masing.

Raya? Dulu kecik - kecik memang excited tahap tak ingat dunia la. Kalau baba bagitaw kena balek pagi raya, mula la nak buat muka masam mengalahkan asam jawa tapi sekarang, " malam raya? oh, ok. " Perbualan terus berhenti di situ.

Tadi usha calender, erk? lagi 2 hari dah nak raya ke? serius tak sedar sebab ingat Ramadhan lama lagi. Hehe.

Cakap pasal Ramadhan, mesti masing - masing ada effort yang terbaik untuk menyambut bulan Ramadhan tu seniri kan? Alhamdulillah Ramadhan kali nie banyak meninggalkan kesan buat diri penulis. Kesan apa, biar penulis dan DIA sahaja yang tahu. So bagi yang belum merasai sesuatu dalam bulan yang mulia nie, cepat - cepat la cari sementara masih ada waktu walaupun hanya tinggal sehari. Jangan kelak kita menyesal dan takut tak sempat nak jumpa Ramadhan yang akan datang.



Raya? Bagi yang dah faham apa erti Ramadhan, memang banyak la buat status kat FB o TWITTER yang diorang nie alergi lagu raya. Alhamdulillah penulis jarang keluar rumah, i mean shopping kat mall. So telinga berjaya tidak mendengar lagu - lagu raya. *tak da mood nak shopping sebab saya tak suka shopping*

Eh? Tiba - tiba di ganggu terus blur. Ok fine, penulis off kejap. Ada idea sambung lain. Hee. Selamat Mengejar 10 malam terakhir semua! Ikhlas kan niat hanya kerana Allah ^____^