Pages

Wednesday, October 20, 2010

Jalan - Jalan

Tetiba rasa macam nak luah sesuatu tapi lidah kelu untuk berkata dan tangan beku untuk menaip. haha. *ayat xbley blah*

Tadi kuar dating jup ngn my dear Anem. Saja nak bawak dia jalan - jalan tengok kedai yang jual dan tayang sign board " Malaysian Food ".

Tapi sedih pula yang bertandang coz sign board tu dah di cabut alias di buang. *dengki ngn malaysia punya makanan kot coz sedap sgt @_@*

Then isi perut sampai nak pecah jugak la! huhu. Thanks n sorry to Anem coz kena tunggu ur dear friend nie abeskan mknn dgn ayu lagi lemah lembut nie. haha. *makan ikut sunnah Rasul S.A.W sebenarnya; kunyah 40 kali*

Dalam makan - makan, banyak jgak la story yang keluar dan xsangka kami dulu banyak moment manis bersama. Kami satu sekolah dan batch time sekolah rendah (^__^). *jejak kasih bermula bila dear Anem sambung belajar kat Indo n jadi junior penulis*

Lepas abes makan, jalan - jalan lagi kat kedai yang jual Malaysian Food dan berpuas hati bila tengok banyak perencah yang penulis inginkan. *masak guna yang instant jea senang. -_-"*

Then, Balek dan Rehat! (^__^)

Lastly, Klik Di Sini

p/s: macam biasa, password minta kat penulis by emel or facebook. (^__^) TETAPI hanya orang - orang tertentu jea yang dpt pswrd tu. harap maklum!

r.e

Rahsia Saya!

Kalau nak taw cerita die sila klik kat tepi nie, Show encrypted text

pasword die sila minta dekat penulis yea. hehe

Friday, October 15, 2010

Saturday, October 9, 2010

Keluarga Kami (^__^)


Semalam penulis selongkar laptop nak tengok gambar - gambar yang ada. Then terjumpa la 2 gambar nie. Bila tengok gambar nie kedudukan kami sama so mcm menarik jea nk di cantumkan.

Gambar yang kat kiri tu di ambil masa keluarga penulis datang bercuti di Indonesia tahun lepas. Yang kat kanan pulak penulis dah xingat yang pasti zaman hingusan kami 5 beradik. Hehe

Bila tengok gambar keluarga, penulis jadi rindu nak duduk bersama. Tapi bila penulis kat rumah, suka jugak la memerap dalam bilik. Sampai kena marah. Hehe.

Mungkin salah satu faktor penulis suka memerap dalam bilik sebab dah terbiasa sejak kecil kot. Kalau rajin tu, macam - macam cerita penulis akan tulis. Kalau malas, baca novel la jawab nya. (^__^) Tapi cerita - cerita yang penulis buat tak pernah pun nak di tunjuk kan kat siapa2. Just buat untuk diri sendiri jea. Hehe.

Dulu pernah janji kat sorang kawan nie yang penulis nak buat satu cerita kat dia. Tapi sampai sekarang penulis tak bagi2 lagi kat dia. Hehe. Tak pa la, bukan penting sangat pun. Nanti kalau penulis rajin, buat kot satu blog khas untuk penulisan2 yang ada. *macam yea jea nak buat*

Erm, banyak cerita yang nak di ceritakan sebenarnya tapi bila dah mula menulis, macam hilang dah semua tu dalam kepala. Aiya!

Hah, sebelum nie kami para senior ada buat ospek untuk adek - adek junior. Dan yang bestnya kali nie, ketua pelajar M'sia di Surabaya orang yang ikut tarbiyah so dia mewajibkan semua adek - adek junior untuk ikut usrah.


Pada mulanya penulis memang gembira tapi bila dengar fedback dari adek - adek junior, rasa macam nak gelak pun ada, rasa macam risau pun ada. Ok, diorg datang dari golongan "biasa". Maksudnya golongan yang belum di sentuh apa itu tarbiyah. Jadi masing - masing blur. Siap ada yang tanya, usrah tu ada effect kat pointer ke? Kalau takda, malas la nak ikut. Erk? terkesima sementara bila dengar statement macam tu.

Jadi penulis bincang dengan sepupu macam mana nak atasi masalah nie. Diorg nie xboleh trus di bawa untuk ikut usrah sebab nanti takutnya diorg tak boleh nak terima. So kami fikir kami perlu untuk buka minda diorang sikit demi sedikit tentang tujuan hidup kat dunia nie.

Bila diorang dah faham, baru lah dapat membentuk satu usrah. So kami ingat nak buat mengikut metod yang di gunakan masa kami kat bintulu dulu. SOS! Yup, itu yang terbaik yang kami rasakan sekarang nie. Cuma masalah nya, nak buat kat mana???

Oho, kena bincang balik benda nie dengan orang atasan. Mana boleh main aci redah jea kan? Tapi sekarang diorang tengah busy dengan Bandung Games yang diadakan di Bandung. ngee~ Kami kena cepat sebab dah ada " virus - virus " mula menyerang fikiran mereka untuk tidak join " keluarga kami".

Uhuk, terbatuk penulis baca balik ayat - ayat kat atas. What de skema punya ayat la penulis dah taip. Hehe. Penulis masih dalam mood assignment nie. Tu yang ayat skema mengikut aturan. Ngeee~ Penin suda!

" Ya Allah, KAU permudahkan lah semua urusan kami untuk berjuang di jalan MU. KAU berilah kami kekuatan agar kami tidak gugur dalam menegakkan syariat MU. KAU lindungilah kami agar kami berasa selamat dalam pengawasan MU. Dan KAU kuatkan lah ikatan hati - hati kami agar kami sentiasa bersama - sama dalam menyebarkan Islam di serata dunia. Amin Ya Rabb Alamin! "

Stuck In The Moment

Friday, October 8, 2010

Update Sejenak. Hehe

Hoho. Nak update cerita baru tapi sekarang memang busy. Aci tak sempat jea nak on-9. Status kat fb mmg sentiasa update tp lepas update tutup sign out balik. Penulis tak da masa sangat nak on-9.

Sibuk dengan assignment yang sekarang nie bertambah banyak dan semuanya nak hantar minggu depan. Terkejut jugak la sebab sebelum nie masa nak hantar assignment agak panjang jugak la tapi sekarang semuanya nak cepat. Express yang mengalahkan KLIA Express kot. Adui.

Mula - mula terasa terbeban jugak la tapi bila mama n kazen dah bagi semangat, penulis naik semula dan try my best to finish all of them! hehe

Sekarang nie musim Bandung Games kat Indonesia. Games yang diadakan oleh pelajar - pelajar malaysia di seluruh Indonesia. Games tu diadakan kat Bandung. Kalau di ikutkan penulis pun kena pergi tapi last minute penulis tarik diri atas hal - hal tertentu. Ok gak la, xyah nk kuarkan duit banyak2. Hehe

Ok, act xtaw nak tulis apa tp bila fikir lama dah xupdate, taip la jgak sikit. Hehe. Sampai sini dlu kot. (^__^)

p/s: Penulis nak ajak semua pembaca renung sejenak terjemahan surah An - Nur ayat 30 - 31. Sekejap jea. Xsampai 1 minit kot. Hehe. Semoga dapat ilmu dan hikmah di sebalik ayat suci al - Quran tu. (^__^)

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.

p/s : bagi perempuan , selagi perempuan ada didunia ini mnta tlglah pada perempuan kecualilah semua prempuan dah mati..(malu tu penting bg perempuan... sabda nabi : jika tiada malu, lakukan semahumu)sy harap smua mmpu fhm dan aplikasikannya dlm kehidupan. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akanlebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

Wednesday, October 6, 2010

Hantaran Al - QURAN

Kepada mereka - mereka yang nak menghantar dan menerima hantaran, jom kita baca dulu cerita di bawah nie. Moga dapat manfaat buat semua.

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil.

Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

Apa benda nih ” detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! " Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. " SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'