Pages

Tuesday, September 27, 2011

Sekadar Berkongsi Ilmu

Motivasi bersama ^____^

Enjoy~~~!

kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Jadi...........

H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E = 12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini semua tak dapat markah penuh lagi,

tapi....

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Attitude paling penting

Kejayaan atau kegagalan berpunca dari ATTITUDE~~~!

Kebenaran Di Dalam Hati

Terdetik kata hati untuk membuka blog menulis entry, namun menjenguk blog orang menjadi rutin utama untuk menambah ilmu yang kurang di kepala. *smile*

Jalan - jalan di blog Bro Hamzah, akhirnya berhenti di blog Imam Muda Asyraf. Ketawa sorang - sorang, senyum berlebihan. Entry - entry yang sangat santai tapi penuh pengajaran. Sempat berfikir sejenak, kelakar pulak imam nie. Kelakar yang berisi.

Bila baca entry dan komen pembaca beliau, muncul fikiran di kepala, salah satu contoh sosok tubuh yang perlu lahirkan oleh para wanita untuk menjadi role model di zaman sekarang dan akan datang. Semuanya agar kerja DnT mudah dilaksanakan dan semakin luas melebar dengan adanya sosok yang dipercayai oleh masyarakat.

So, penulis sekarang menjadi penunggu Stokin Putih dan tak sabar menanti entry terbaru. *mengharap macam budak kecik nak ice-cream*

Berbalik kepada blog sendiri. Hokey, penulis macam dah lupa ingatan pada incik blog yang tersayang. Eh, sayang ke? *sengih sensorang*. Sekarang masa tak banyak. Nak lepak depan blog macam dulu - dulu memang tak sempat. Kerja di alam nyata lebih memerlukan. Jadi, hanya benar - benar terluang, baru blog di ceriakan *alasan paling chantek*.

Banyak peristiwa yang penulis alami sejak 2 bulan yang lepas. Manis, pahit, pedas, masam, dan masin semua ada. Pendek kata, semua perasa masuk la. Untuk di ceritakan satu persatu memang tak cukup satu hari.

Apa yang pasti, penulis belajar banyak dari sebalik kaca kehidupan yang berbeza. Dan terkadang pengalaman itu membawa penulis automatik menjadi pujangga yang madah berbicara. *jiwang*

Namun setiap kata - kata yang dilontarkan bukanlah berniat untuk menunjuk baik. Jauh sekali untuk bersifat riak. Tapi jelas untuk menjadi yang terbaik. Siapa yang tak nak jadi baik. Betul tak? *tak betul, ketuk kepala*

Dan memang setiap manusia seringkali tak lepas dari melakukan kesalahan. Termasuk penulis. PASTI! Namun, kita bukanlah sesiapa untuk menjadikan sesuatu yang haram menjadi halal setelah jelas mengetahui kebenarannya. Penulis juga memerlukan teguran, sekiranya diri ini tersilap langkah dalam pergaulan.

Buka mata, buka hati. Terimalah kebenaran, jauhilah kemungkaran. PASTI, yang di ATAS tidak menjauhi ketika kita bersendiri dalam mencari kebenaran yang hakiki. *peace*

p/s: mengharapkan doa kalian.

Friday, September 9, 2011

Balek Kampus

Erm, masa sembang dengan member kat FB, semua cerita pasal nak masuk kampus semula setelah berbulan lamanya bercuti. Aisey, semua takda mood termasuk la penulis. Kalau U kat Malaysia, ada la mood sket nak pergi sebab masih di tanah air seniri, tapi bila kena melintas negara nie, semacam jea rasa hati.

Esok flight pergi KL tapi satu barang pun tak packing lagi. Baju - baju baru cuci tapi xjemur lagi sebab hujan. Haha. Memang takda gaya nak balek kampus betul. Beg pun still tersadai elok macam mula - mula datang dari Indo dulu. Tak terusik sket pun. Ntah bila nak masuk baju dalam beg tu tak taw la. Malam nie nak beraya lagi. *moodrayatakhabislagi*

Member tanya, ' Apa persiapan ko nak masuk kampus nanti. Otak dah berkarat kena ready siap - siap woo. Kalau tak nanti tak sampai seminggu dah letih kat kampus. ' Penulis tercengang jea dengar words tu. Hati memberontak tak nak pergi means satu persiapan pun takda, so how la? Otak terbayang - bayang suasana kampus tapi sikit pun takda rasa nak balek sana. *yang buat penulis nak balek sana sebab nak jumpa abg yang ke-2 jea. hehe*

So Ara, awak kena buat persiapan mental dan fisikal la. Kalau tak nanti confirm ada masalah hati. Itu tak suka, ini tak suka. Last - last buat hal lari pergi mall tenangkan fikiran. *lariwindowshoppingsebabsayataksukashopping*

Penulis memang suka tengok gelagat orang pastu menganalisa sendiri. Sebab tu suka pergi tempat yang ramai orang tapi tak la crowded sangat. Yang pasti kena ada air cond. Baru selesa buat 'kerja'. Hehe.

So, selamat kembali pulang ke kampus masing - masing. Siapkan mental dan fisikal. Jangan nanti patah semangat di awal perkuliahan. *peringatan buat diri seniri*

p/s: mengharapkan doa kalian