Pages

Monday, July 26, 2010

Kerana Hawa Milik ALLAH Sepenuhnya

Cuba renungkan sejenak wahai hawa dan juga hamba yang mengharap RedhaNya...


Kisah seorang wanita...


Suatu hari wanita itu berkata pada diri, “ Wahai hati, kenapa perlu kau nafi akan keadaan hatimu?”. Wanita itu mengakui kadangkala terasa rindu pada seorang jejaka yang telah mencuri hatinya sehingga hati asyik membicarakan tentang dirinya, mesej - mesejnya setia wanita itu tunggu, namun bila tiada yang muncul hatinya seolah-olah kecewa, persoalan tentang diri jejaka itu sering berlari-lari di dataran mindanya, apakah yang sedang dilakukannya? sihatkah dia?


Hari demi hari, hati wanita tersebut semakin hilang tenangnya, semakin hilang pertimbangannya, pabila rindu terasa dalam diri, anak matanya bergerak-gerak mencari si dia, mencari kelibatnya, tiada lagi 'tunduk pandangan di situ' dia seolah-olah lupa apa yang pernah dia tahu suatu ketika dahulu. Dia terus mencari, tetapi pabila dia tidak ditemui, dia seolah-olah hampa.


Dia jadi begini mungkin kerana dia pernah melayan kata-kata manis jejaka itu suatu ketika dahulu, menyebabkan hatinya telah terbuka hijab cinta, dia ingat dia kuat, tapi itulah lelaki dan inilah perempuan, diri yang umpama magnet yang cirinya saling menarik, apabila sudah bersatu, memerlukan daya untuk memisahkannya kembali.


Dulu, dia yakin dia mampu menjaga muamalat pada dasarnya di awal perkenalan, dia pun berpura-pura yang dia tidak suka melayan kata-katanya, tapi, hakikatnya dia gembira apabila mesej - mesejnya dia terima. Wanita tersebut tidak boleh menipu dirinya sendiri.


Dulu dia pernah katakan pada diri, “ Aku punyai prinsip sendiri, aku tidak mudah untuk menyerah”. Tapi itu dahulu, sekarang kehebatan warna prinsip itu semakin pudar. Dia ingat dia kuat, tapi dia juga manusia, penuh dengan kelemahan.


Bila wanita itu tersentak dan sedar akan keadaan hatinya yang kian menyepi dari cinta Ilahi, wanita itu sering menangis seusai sujud pada Tuhannya meminta hati yang suci, suci dari cinta duniawi semata. Hatinya terasa kosong, kosong dari cinta DIA yang sepatutnya mekar dalam jiwanya. Dia berdoa dalam sujud cinta pada Penciptanya. “ Ya Allah, ampunkan dosaku, luruskan hatiku, kuatkan aku, aku lemah tanpa bantuanmu, peliharalah cintaku, jadikanlah cinta ku hanya untuk Mu Ya Allah. Amin Ya Robbal Alamin! ”


Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

4 comments:

liyana said...

nice post~~
pmpuan kwn ngn laki salah x?
sje brtnyer pndpt?

safiamira said...

araaaaaaa
terima kasih sebab post pasal ni.. sangat terkesan di hati..huuu

pRincEssaLiE said...

liyana- perempuan kwn ngn laki xsalah...kita mmg boleh berkwn...tp klo boleh, sebaiknya kita jga btas pergaulan antara laki n perempuan...benda nie kekdg ssh nk buat klo tgk keadaan sekeliling..tp xsalah klo kita mencuba kan??? :)

safiamira- my pleasure....peringatan buat ara jugak tu...hehe

liyana said...

hmm...btul3..try yg terbaik utk mnjaga bts..thank u=)