Pages

Thursday, June 25, 2009

rAhsiA kusYuk dALaM sOLaT


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

So bagaimanakah solat kita??adakah sekhusyuk solat Hatim yang ternyata memang tiada cacat celanya...moga2 kita tergolong dalam org yg khusyuk solatnya...aminnn...


~mangharapkan doa kalian~

Tuesday, June 23, 2009

sELokA tUTupLah AurAt!!!

Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau keras hati gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payah pun 'make up'.


Berbaju kurung bukanlah mengurung

Lebih elok jubah jika direnung,

Kaki pula eloklah bersarung,

Agar syaitan susah nak bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakai pun nampak pusat.


Berseluar ketat baju pun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai memanglah di pandang jahat,

Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi juga fikirkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol - tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.


Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.


Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Apa yang baik hendaklah ikuti,

kalau boleh seikhlas hati


Firman Allah : "Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( QS Al Ahzab :59)


Firman Allah : "Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya" ( QS An Nuur : 31)


fikir2kan lah..utk rnungan brsama... =)



~mengharapkan doa kalian~

Thursday, June 18, 2009

kEhiDupAn sELepAs di dUniA iNi

ALAM barzakh adalah satu alam lain yang pasti akan ditempuh dan dihuni manusia selepas kehidupan dunia ini. Manusia tetap berada di alam barzakh sehinggalah kedatangan hari kiamat sebagai tanda berakhirnya dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya).”

(Surah al-A’raf, ayat 34)

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah tidak Kami panjangkan sudah umur kamu, dalam waktu di mana kamu boleh mengingat bagi mereka yang mahu ingat. Dan sudah datang kepadamu yang memberikan teguran dan perhatian.”

(Surah Fatir, ayat 37)

Rasulullah SAW bersabda:

“Yang akan mengikuti mayat (semasa dihantar ke tanah perkuburan) tiga perkara (iaitu): kaum keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara akan pulang (kembali ke rumah) iaitu keluarga dan harta. Satu (saja) yang tinggal (yang ikut bersamanya ke alam barzakh) iaitu amalannya.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Merenung sabda Baginda SAW itu menjadikan kita insaf bahawa nikmat kehidupan ini terlalu mahal harganya. Manusia hanya bernilai di sisi Allah jika keseluruhan kehidupannya diisi ibadah dan amal soleh kerana hanya amal soleh bekalan terbaik menghadap Allah nanti.

Setiap detik dan masa berlalu itu sebenarnya adalah umur kita. Bermakna dari hari ke hari, umur semakin berkurang dan ajal semakin mendekat, sedangkan kematian itu berlaku tepat pada masanya, tidak kira tua atau muda, tidak kira dalam keadaan sihat atau sakit.

Saidina Ali pernah mengungkapkan (bermaksud):

“Dunia ialah pasar akhirat yang mana orang mukmin adalah saudagarnya, amal soleh keuntungannya, dosa kerugian, manakala panjang usia modalnya.”

Rasulullah SAW bersabda:

“(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat. Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Luqmanul Hakim pernah berpesan kepada puteranya:

“Wahai anakku, bersegeralah kamu bertaubat, kerana maut itu datang secara tiba-tiba, dan apabila malaikat maut datang, dia tidak memberitahumu terlebih dulu.”

Selagi umur kita masih ada dan Allah SWT memberi waktu hidup, bersegeralah rujuk kepada Allah SWT dan bertaubat jika terlanjur berbuat dosa, patuhi perintah, jauhi tegahan-Nya serta jadikan takwa sebaik-baik bekalan. Andainya maut datang secara mengejut, kita sudah mempunyai persiapan untuk pulang ke pangkuan Ilahi.

Sunday, June 14, 2009

Perkongsiaan Ilmu Bersama

Setiap Muslim hendaklah yakin dengan sepenuhnya bahawa pemberiaan Allah yang terbesar di dunia ini adalah agama Islam. Seorang Muslim akan sentiasa bersyukur kepada Allah, akan sentiasa bersama-sama menegakkan deen Allah. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai pemberiaan-Nya yang terbesar yang diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, sepertimana yang disebutkan dalam al-Qura’n yang bermaksud:

...Pada hari ini, telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu agama bagimu...

( Surah al-Ma idah: Ayat 3 )

Suatu kewajipan bagi kita untuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah, kerana nikmat yang telah diberikan-Nya kepada kita. Seseorang yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada orang lain, adalah seorang yang tidak tahu berterima kasih. Dan orang yang tidak melaksanakan kewajipannya kepada Tuhan adalah orang yang paling tidak tahu berterima kasih.

Sekarang, mungkin korg akan bertanya: Apakah kewajipan yang harus kita laksanakan kepada Allah yang telah memberikan kurnianya kepada kita? Jawapannya, jeng..jeng..jeng…(haha) ‘bukti terima kasih yang paling baik yang dapat kita persembahkan kepada Allah atas pemberiaan-Nya yang besar itu, adalah dengan cara menunjukkan sikap dan tingkah laku kita sebagai pengikut-pengikut Rasulullah SAW yang taat dan setia. Oleh sebab kita dipilih oleh Allah yang telah memilih kita ke dalam kelompok masyarakat Muslim, jadi satu-satunya cara untuk memperlihatkan rasa terima kasih kita kepada-Nya adalah dengan menjadi orang Muslim yang sebenar. Tidak ada cara lain bagi kita untuk menyatakan terima kasih kepada Allah atas pemberiaan-Nya yang sangat besar itu. Apabila kita tidak menyatakan rasa syukur kita dengan cara demikian, maka hukuman terhadap sikap kita yang tidak tahu berterima kasih itu, akan sama besarnya dengan kurniaan yang diberikan-Nya kepada kita. Semoga Allah menghindarkan kita dari hukuman itu! Amin…

Marilah kita fikirkan apa sebenarnya erti kata Muslim yang kita pakai setiap waktu jam dan saat, dengan memikirkan persoalan-persoalan berikut. Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu dia dilahirkan? Apakah seseorang disebut Muslim kerana ibu bapanya atau datuknya adalah Muslim? Apakah seorang Muslim terlahir begitu sahaja sebagai seorang Muslim, sebagaimana halnya seorang anak raja lahir sebagai keturunan diraja? Atau, apakah Muslim itu nama suatu bangsa seperti Melayu? Dan apakah seorang Muslim disebut Muslim kerana dia lahir di tengah-tengah masyarakat muslim, seperti seorang warganegara Malaysia disebut rakyat Malaysia kerana lahir di tengah-tengah masyarakat Malaysia di Malaysia? So apa jawapan kita terhadap pertanyaan-pertanyaan di atas ini? Saya rasa yakin, ramai yg akan jawab: “Tidak”. Seseorang tidak boleh dinyatakan Muslim kerana alasan-alasan di atas. Seseorang tidak disebut seorang Muslim kerana dia tergolong dalam suatu kelompok bangsa tertentu. Tetapi, seseorang dikatakan Muslim apabila dia menerima Islam sbagai agamanya dan mengamalkannya dalam hidup seharian. Kalau dia melepaskan agama Islam, maka secara automatik, dia berhenti menjadi Muslim. Seorang yang berbangsa India, atau seorang kerabat diraja, atau seorang hamba, atau seorang Melayu akan termasuk dalam kelompok masyarakat Muslim kalau dia menerima Islam sebagai agamanya. Sebaliknya, seorang yang lahir di tengah-tengah keluarga Muslim akan dikeluarkan dari masyarakat Muslim kalau dia melepaskan Islam sebagai agamanya, walaupun dia anak seorang imam atau ulama’.

Sy yakin, jawapan inilah yang akan anda berikan, atau yang anda setujui, bagi persoalan-persoalan di atas. Dari jawapan tu, kita dapat simpulkan bahawa anugerah Allah yang terbesar, yakni sebutan sebagai seorang Muslim, yang anda nikmati itu, bukanlah suatu harta kepunyaan bangsa atau kesukuan yang kita warisi dari orang tua kita dan terus melekat pada diri kita seumur hidup, baik anda sedar atau tidak, tetapi adalah suatu harta yang harus kita perolehi dengan usaha. Kalau kita melakukan usaha untuk memperolehnya, maka kita akan memperolehnya; sebaliknya apabila kita tidak memperdulikannya, walaupun kita sudah memperolehnya, maka title as a Muslim itu akan dicabut dari diri kita. Na’udzu billahi min dzalik.

to be continued…banyak lagi nak di baca…bacaan yg sy dapat nie dlm bahsa indonesia…so mmg kne faham betul-betul baru boleh kongsi kat sini…hehehe…klo xfaham, mna boleh sembarangan kongsi...btol x???hehe...hope kita sama-sama dapat manfaatnya….


~mengharapkan doa kalian~

Friday, June 12, 2009

Nilai Tudung Seorang Wanita



Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.


Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.


Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.


Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.


Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.


Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.


Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.


Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?


Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.


Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.


Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.


Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).


Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.


Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.


Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib kita sebagai seorang wanita.


Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.


Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, kita mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian..cyaiyok2!!hehe



~mengharapkan doa kalian~

Thursday, June 11, 2009

peringatan yg tiada henti

berehat sebentar dr mengarang cerita baru...kesihatan x mengizinkan ak nk taip cerita panjang2...huhu...erm, yg mampu di kongsi buat masa nie, bru tdi dpt berita abg senior sekolah ak, akhi ammar zulkifli( http://kalam-puncak.blogspot.com/ ) telah kembali ke rahmatullah...moga roh beliau dicucuri rahmat dan moga beliau bersama org2 yg beriman...al-fatihah...

kematian...terlalu ramai sudah org di sekeliling pergi meninggalkan bumi tanpa kembali lagi...peringatan yg tiada henti ALLAH berikan kpd hamba-NYA yg sentiasa lalai dengan arus duniawi...moga peringatan ini sentiasa di ambil berat dan bersiap sedialah kita...sapa tahu nanti kita yg akn di pggl selepas ini...wallahualam...

~mengaharapkan doa kalian~

Wednesday, June 3, 2009

~ miz all my frenz a lots~

erm, rindu sgt2 kt kawan2 matri...terkenang semua segala suka duka, pahit manis n semua lah yg berkaitan...hehe...juz nk share gambar yg pernah di snap tyme zaman skola dlu...

..::my classmate...love n miz them so much!!::..

classmate ak...5 Sc Fatimah 09...rindu sgt2...dlm kelas kami ada byk kenangan yg xleh nk lupa...gelak tawa...sedu sedan...waaa...teringin nk kembali ke zaman sekolah menengah...

..::the next class n should be my classmate 2..hehe::..

class sebelah...yg dikenali sbgi 5 Sumaiyah...klass yg plg rmai manusia!!hehe...most of them classmate ak time form 3...so ak pun ada byk kenangan manis n pahit ngn diorg nie...

..::when we r so young..haha..f.3 06::..

nie tyme jamuan akhir tahun f.3...bru nk berjinak-jinak dgn diorg...al-maklum, budak baru lg tyme 2...hehe...tp pape poon, diorg mmg bez!!!syg korg krn ALLAH!!!

..::telatah kami jika ada yg sudi dtg melawat..=)::..

time nie bebudak sekolah tok jiring( btol ke x nme 2?? ) dtg melawat matri...sekolah yg sunyi sepi tu terus jadi meriah sebab ada org dtg melawat...yela, org dtg sekolah, msti kta seronok... =)

..::~kem~perkara wajib semua form pd setiap tahun =)::..

KEM!!!waaaa...rindu nk kem...klo dlu slalu ikut kem yg di sediakan oleh MATRI...sekarang nie, ak plak yg sediakan KEM utk adik2 sekolah menengah kt swak...ngeh3...kem yg sentiasa memberi kesedaran tatkala kami semua alpa...kem yg juga sentiasa mengeratkan hubungan silaturrahim kami...rindu nk kem bersama!!!huhu

..::gua kelam dlm kenangan =) ::..

gua kelam...org perlis yg xkenal gua kelam mmg r...hehe...tmpt nie adlah destinasi wajib klo MATRI ada buat kem...dulu berangan jea nk pegi & sekarang, xlarat nk p dh!hehehe

..::nametag yg byk berbakti pd tuan nya =)::..

nie di ambil time kwn2 yg lain ada klas EST...borink2 so ak mintak name tag kwn2 yg xambil EST n kwn2 yg dlm klas utk ak ambil gmbr buat kenangan...hehe...byk jasa name tag kitaorg nie...wlpn jarang di semat kt tudung(ak slalu r..org len x..hehe),nametag ttp berguna time SPM!

..::geng meja belakang!!rindu gile kt korg!!!::..

nie geng meja belakang...tp yaya xda plak...tu la, liat sgt nk wat nametag...haish!...erm, dr kiri tmpt duduk hajar+ak+yaya+tuyah+janas+naja...tp jup jea hajar join coz hajar terpaksa pindah ke dpn...sedey gak time 2...smpai menangis!hahahahaha...lucu r klo ingat blek peristiwa 2!

..::detik2 perpisahan telah terasa..huhu::..

graduasi!!!!wah, lawa2 baju!hehe...nie last program ktaorg kt matri...sedey2...time nie ak tgh bengang amek gmbr...haha...ntah la...emo kot...maklum, nk tggl kan kwn2 dh...tp sme2 nmpk comey!ngeh3...

..::msing2 happy dpt hadiah..hehe::..

so, ktaorg masing2 dpt hadiah tyme graduasi...bekas serbaguna...hehe..xtaw nk pggl pe...tp benda 2 pkai ak letak segala pin2 tudung yg melambak kt umah nie r...hehehe...

..::kembar sekolah aku::..

nie plak kembar form ak...ada lg sepasang tp sorg laki sorg pempuan...so xleh nk bergambr...hahaha...erm, klo ak g KL, mmg xsah kot klo xkuar ngn kembar adek a.k.a tuyah...budak nie kaki jalan so memang sesuai la jln ngn ak yg xreti dok umah...hehehe...erm, agak2 la kan, ble r ak bley kuar ngn korg ag eh???ish2, mcm xde jea...huhuhu...

..::kami bertemu semula!!!!!HIMEGA pertemuan yg bermakna =) ::..

yg nie paling bez!!!!bln 3 kitaorg bertemu semula!!!3 sekolah bergabung( MATRI+SMSKL+SMIK ) memeriahkan program HIMEGA yg diadakan d KUIS....waaa, bez gile time nie...mcm reunion ade gak...dh r 3 bulan xbersua, so tyme nie mmg pakat melepaskan rindu yg ada r...hehehe...

..::hari last!!ak ditgglkan keseorangan..huhu::..

yg nie plak ari last HIMEGA...ak d tgglkan keseorangan...yela, sme dah balik....tggl ak sorg2 sebab ak balik ngn abg ak...dia urusetia so confirm2 balik akhir...dekat nk marghib gak r bru ak balik...2 pun balik ngn kakak senior sebab ak sorg jea perempuan yg tggl...nk solat kt masjid 2 sorg2, ak takut...huhu...so abg ak amek ak kt kampus kakak senior ak 2 d UPM bila kerja dia semua dh selesai...

..::mereka teruskan perjuangan d IPT::..

at last!diorg melanjutkan pelajaran d IPT...masing2 dh sibuk nk blaja...ada yg masuk matrik, asasi, diploma n persediaan luar negara(termasuk ak..haha)...so friends, good luck eh!hope kita semua x lost cntct wlpn tercampak kt mana2 benua...hehe...blaja smpai dpt segulung phD klo bley!(impian ak)...u all always in my heart!ukhuwahfillah!

~mengharapkan doa kalian~