Pages

Tuesday, June 23, 2009

sELokA tUTupLah AurAt!!!

Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau keras hati gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payah pun 'make up'.


Berbaju kurung bukanlah mengurung

Lebih elok jubah jika direnung,

Kaki pula eloklah bersarung,

Agar syaitan susah nak bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakai pun nampak pusat.


Berseluar ketat baju pun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai memanglah di pandang jahat,

Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata memandang ketiak seperti ikan lolong


Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi juga fikirkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol - tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.


Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.


Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Apa yang baik hendaklah ikuti,

kalau boleh seikhlas hati


Firman Allah : "Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( QS Al Ahzab :59)


Firman Allah : "Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya" ( QS An Nuur : 31)


fikir2kan lah..utk rnungan brsama... =)



~mengharapkan doa kalian~

1 comment:

Norain Ishak said...

pu3 ker yang buat sajak nie?..i mena seloka ni lar..btw,thanks for sharing..