Pages

Thursday, January 27, 2011

Saya Bukan Penulis Tersohor

Erm, bila tengok blog kawan - kawan, terdetik dalam hati, " Pandai juga diorang nie menulis. Kalau aku? " Erk! Soalan yang tak mampu untuk penulis jawab dengan sendiri. Kalau di ikutkan zaman sekolah dulu, penulis memang lemah dalam bab2 penulisan nie*membuka pekung di dada*. Selalu jugak la kena leter dengan Arwah Ummi dulu. hoho. Tapi apakan daya, otak nie lebih kepada kira mengira. Untuk mengarang memang penulis berdiri di barisan paling belakang. *klo bley duduk terus supaya orang tak pilih penulis untuk mengarang cerita. lalala.*

" aku pun nak belajar menulis la "

Dan sebab tu jugak la penulis suka gelar diri penulis as a " PENULIS " dalam blog nie. Dengan harapan satu masa nanti penulis boleh menulis dengan baik dan membawa manfaat bagi orang yang membacanya. *agak - agak bila la benda tu nak jadi eh???*

Dulu masa kecik2 sampai sekarang kot, suka tulis diari. Masih simpan dengan utuh! hehe. Kalau baca balik, alamak! Malu dengan tulisan sendiri. Tapi boleh nampak tulisan tu semakin lama semakin nampak kematangan. Dan itu juga salah satu latihan bagi penulis untuk menulis dengan baik. Insya Allah kalau penulis sentiasa melatihkan diri dari semasa ke semasa, siapa tahu Allah akan bagi idea yang baek untuk penulis coretkan dan di kongsi bersama rakan pembaca. Penulis pernah terjumpa satu kata - kata, " siapa ada diari tapi belum ada blog, teruslah menulis diari kerana menulis bermanfaat untuk kesihatan mental kita. "

Cakap pasal latihan, macam tu jugak la kalau nak jadi apa pun. Semuanya perlukan latihan. Tak kan menjadi la kalau tak da latihan yang baek. Hatta untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pun kita perlu melakukan latihan akedemik yang baik.

Kalau tengok ahli sukan yang tersohor di dunia, apa diorang boleh bermain dengan baik hanya dengan duduk manis bersimpuh di hadapan tv? Jawapannya penulis rasa pembaca boleh jawab sendiri.

Jadi kalau nak menjadi pakar dalam sesuatu bidang, kenalah ada latihan yang istiqomah. Barulah ianya menjadi. Samala dengan penulis. Disebabkan penulis nie lemah dalam bidang penulisan, penulis cuba untuk membuat latihan dengan menulis diari. *tapi tetap jugak xreti*. hoho

Opps, tetiba terblur. See, penulis memang lemah dalam menulis. Suka tergantung di tengah cerita. Adui! Apa2 pun, yang nak di highlite kan kat sini, setiap bidang yang kita ingin menjadi seorang yang pakar, perlulah ada latihan supaya dapat mendidik diri kita untuk terus maju dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Siapa tak nak jadi pakar dalam sesuatu bidang kan? Tepuk dada tanya iman. (^__^)

p/s: moga Allah permudahkan urusan dakwah kami semua. amin ya rabb!

6 comments:

Hilal Asyraf said...

Sekurang-kurangnya, sarah dah tulis banyak di blog ini. Itukan tandanya sarah juga ada bakat.

Gambaremasho neh?
:-)

Ara Ali Fath said...

i.Allah akan cuba sebaik mungkin.
ganbaru!

Unknown said...

mana ada penulis yang hebat mengaku dia penulis hebat.

Teruskan perjuangan dalam penulisan..

Anonymous said...

Teruskan je dgn coret-coretan km,meskipun dgn ceta-ceta 'diari'km lama2 akn dpt hasilkn tulisan b'Q'n yg plg ptg msg dakwah smpai n ada pgajarn d sblk tulisan trsbt.erm..mama rs 'kemahiran' n 'kepetahan'berckp km tu convertkn je kpd tulisan hehe...

Unknown said...

hehe the cutest part is tetibe blur..hehe tahts is just normal dik, karya kita, suke hatilah nk wat ape..ngeh3 org xnk baca sudah! =p

berusaha ya penulis hebat!
akk pgglmu hebat, dgn sbb yg sama, one day u'll be one!

salam menulis.hehe

Ara Ali Fath said...

izzat- ye x ye jgak. apa2 pun, org mmg xhebat pun dlm menulis. ye2, sama2 la teruskan perjuangan dlm penulisan.

mama- haha, kemahiran n kepetahan berckp xsama dengan kemahiran menulis. bercakap main cakap apa yang terlintas di kepala tapi kalau menulis, ada skema dia. tu yg payah. ngee

k.ummu- hehe, bley plak part blur tu jd cute. org yg blur tu cute lg kot. kihkihkih. penulis hebat? amin i.Allah. :)