Pages

Tuesday, March 29, 2011

~DIARI~

Off kejap untuk post cerita - cerita baru. Tengah busy memanjang dengan assignment yang tinggi setinggi KLCC. Tengah sedaya upaya untuk meruntuhkan satu persatu. Biar lepas nie boleh tumpu dekat notes plak. :D

*gambar contoh*

Ngee. Bila dah runtuh, baru ada masa nak update blog. Hehe. Cerita memang banyak tapi nak menaip tu memakan masa. Hidup kena utamakan yang lebih utama.

*gambar contoh*

Assignment di atas lebih utama dari blog. So, blog nie bercuti sementara dari meng- update. hehe.

Walaupun tengah busy, tapi still menyempatkan diri untuk makan bersama abang dan adik terchenta. Plus kazen sekali. Hehe. Dah berapa hari tertangguh, akhirnya dapat gak makan kat kedai seafood nie. Sedap makan malam hari nie sebab ada yang belanja. *Walaupun termakan sayur abang yang ada perisa tambahan. Sabor jeala* Lepas nie boleh plak Kautsar yang belanja makan yea. Hehe.

thanks to muti'ah ( kazen ) as a camerawoman. ^__^

Btw, abang dan adek beli cincin baru. Satu tabiat lepas makan bersama. Mesti beli cincin. Ntah kemana la cincin yang lama. Cincin adek sangat jiwang. Ada tulisan Love. Haha. So sweet.

Tiah dan penulis pergi usha kasut dan jam. Konon nak beli la. Alih - alih, laki plak yang shopping. Rembat satu jam dan kasut. Gurls balik dengan tangan kosong. Laki kalau shopping, boleh tahan jugak! Hehe.

Apa - apa pun, penulis sangat happy keluar dengan mereka bertiga. Terubat sikit rindu nak lepak bersama semua family. Betul cakap baba, indahnya kebersamaan. Kalau dah duduk bersama, semua cerita nak keluar. Sampai rasa malas nak berpisah. Chewah. Haha.

K la, nak sambung misi meruntuhkan menara assingment berkembar. :D

p/s: mengharapkan doa kalian

Wednesday, March 9, 2011

Muhasabah Diri


gambar yang sangat simple tapi mengambil masa yang agak lama melihatnya.
duduk terpaku di hadapan laptop sambil berfikir,
" sudah kah aku??? erm "
anda pula bagaimana? sudahkah?
tepuk dada tanya iman. ^__^
sekali sekala kena la banyak muhasabah diri walaupun cuma seketika.

p/s: mengharapkan doa kalian

Tentatif Program ISK

picture credit to MSOdesign

Session 1

11 March 2011

19: 00 - Assemble at Aminah's House
20: 00 - Ice breaking
21: 00 - Video Sharing

12 March 2011

04: 00 - Hot Call ( 24434 )
05: 00 - IMA
07: 00 - Slot 1 ( First Move )
09: 00 - Video and Games
10: 00 - Slot 2 ( World Order )
12: 00 - Hot Call ( 24434 ) + IMA
13: 00 - Slot 3 ( Here We Are )
14: 30 - Hot Call ( 24434 )
15: 00 - Games ( Outdoors )
17: 00 - Hot Call ( 24434 )
18: 30 - Sharing Moment
19: 00 - End for 1st session .


Session 2

12 March 2011

19: 30 - Ice breaking
20: 30 - Video Sharing

13 March 2011

04: 00 - Hot Call ( 24434 )
05: 00 - IMA

07: 00 - Slot 1 ( First Move )

09: 00 - Video and Games

10: 00 - Slot 2 ( World Order )

12: 00 - Hot Call ( 2
4434 ) + IMA
13: 00 - Slot 3 ( Here We Are )

14: 30 - Hot Call ( 24
434 )
15: 00 - End for ISK


p/s: for girls only.

Wednesday, March 2, 2011

jangan baca kalau malas. ^__^


Entry kali nie terkeluar berlegar - legar dalam kepala masa tengah hari tadi. Tengah tunggu housemate siap - siap nak ke kampus, tetiba penulis ter 'ada' idea nak menulis. Tapi laptop tengah off so tulis kat buku jeala. Nie nak menaip semula. hehe

Tetiba terfikir nak menulis post nie lepas tengok beberapa situasi. Ok nak start dengan pertanyaan dulu. Kalau ada orang berjanji atau bagi harapan yang menggunung dekat kita, lepas tu tetiba tak jadi dengan alasan yang kurang jelas dan taw2 janji atau harapan tu dia buat dekat orang lain. Andai ini yang berlaku dekat diri pembaca, apa yang kalian rasakan? dan macam mana nak handle masalah nie?

Ok, penulis bagi situasi sebagai contoh supaya benda nie lebih jelas. Contoh, murabbi nie cakap kat mad'u dia yang si murabbi janji nak bawak jalan - jalan ke tempat yang best plus belanja makan. Yang si mad'u pulak dah happy bukan main tup tup murabbi cakap tak jadi. Elok beberapa hari o minggu o bulan macam tu, si mad'u nampak murabbi keluar pergi tempat yang best plus belanja makan dengan orang lain. Agak - agak apa yang terjadi kat mad'u tersebut?

*Ini hanya contoh situasi yang umum, mungkin tak berapa nampak kepentingan dia. Just nak bagitaw situasi orang janji then bagi harapan yang menggunung tinggi lepas tu tak jadi dengan alasan yang kurang jelas taw2 dia boleh buat benda tu dengan orang lain. Dan satu lagi, situasi di atas tak ada kaitan dengan sesiapa mahupun hidup atau yang sudah meninggal dunia. Harap maklum.*

Boleh jadi kalau iman dia tak kuat, dia akan lari dari tarbiyah. Al maklum kena tipu. Nauzubillah. Rasanya murabbi semua baik - baik sahaja kot. *bersangka baik*

Nie baru satu situasi. Kalau ikutkan, banyak lagi situasi yang macam nie berlaku kat dunia nie. Janji. Bagi harapan. Tak tertunai. Bagi alasan yang tak kukuh. Taw2 harapan atau janji tu terlaksana dengan orang lain.

So, bagi yang pernah mengalami situasi macam nie, kena bijak untuk mengawal emosi. Memang benda tu pahit tapi sedaya upaya untuk ambil dampak yang positif. Jangan hanya satu kesalahan, kita terus cop kawan tu jahat. Tidak sama sekali. Siapa tahu dia memang ada masalah yang tak dapat di elakkan.

Ada satu janji atau harapan yang kita kena ingat dan yakin ianya pasti terlaksana iaitu janji - janji Allah atau harapan - harapan DIA untuk hamba- NYA yang benar - benar beriman kepada- NYA. Janji yang bukanlah hanya tinggal janji / harapan. Ianya pasti terlaksana di akhirat nanti jika kita benar - benar yakin dengan janji - janji Allah dan melaksanakan perintah- NYA dengan baik.

Dan bagi yang pernah menabur janji dan memberi harapan tapi tak pernah tak mampu atau sebagainya untuk dilaksanakan, muhasabah diri balik. Kalau benda tu berlaku dekat diri kita, agak - agak macam mana perasaan kita masa tu? Mesti sakit kan? Dan kena ingat setiap orang ada masa penyembuhan masing - masing. Dapat dekat orang yang pendendam, abis la..... Takutnya dia benci kita pulak kan?

So beringatlah sebelum melakukan sesuatu. Kalau benda tu betul - betul belum pasti untuk terlaksana, jangan sesekali pernah untuk menabur janji atau memberi harapan palsu. Boleh berjanji tapi jangan lah sampai memberi harapan yang tinggi melangit. Kang tak jadi, kesian orang yang menunggu.

Cukuplah sekadar menjadi perancangan kita dan berusahalah sebaik mungkin untuk melaksanakannya.

Diri ini memohon maaf sekiranya pernah berjanji tetapi tidak tertunaikan. Pernah memberi harapan tapi tidak terlaksanakan. Penulis hanyalah hamba Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan. Maaf sekali lagi.

p/s: mengharapkan doa kalian.

sila baca kalau rajin

alhamdulillah kali nie dapat jugak penulis nak bukak blog. line internet sangat tak memberi kerjasama pulak. adoi! post yang sepatutnya dpost semalam terpaksa tunda hari nie. hoho. habis semua idea terkubur. aigoo.

ok, semalam ada 3 kejadian yang berlaku. eh2, kejadian? bunyi pelik semacam jea. ok2, 3 cerita la senang.

1st and 2nd, birthday my beloved mom n cousin. kalau sampai jea tarikh 1 Mac, comfirm muka diorang nie yang bermain kat dalam fikiran. hehe. selalunya penulis suka berebut nak wish terawal. tapi Allah izin penulis tertido pulak malam tu. tengah - tengah malam terjaga secara tak sengaja then terus teringat wish mama! so terkapai - kapai la cari hp dalam gelap. hoho. dah wish, ok lega. hope jadi orang 1st. ngeh3

hadiah? mintak kat baba la eh mama. ngeh3. yang mampu sara bagi hanyalah doa. tapi time birthday sara t kena bagi hadiah la eh. haha. demand!

3rd pulak, kelas telah bermula. adoi, penat sebab jadual semua tengah hari. time matahari tegak atas kepala. ambik! hari tu suka sangat sebab takda kelas pagi, alih2 dah masuk kuliah, lemah semangat pulak tengok matahari terang menyala kat luar tu. ngee.

lepas tu, sampai2 kampus, lecturer tak datang pulak. aigoo, memang menguji kesabaran la. masa terbuang macam tu. tak terfikir nak bawa buku bacaan. so end up, sembang kosong dengan kawan - kawan sambil usha gelagat budak - budak junior tengok result intensif kelas arab n english. serius buang masa.

so hari nie amik pengajan dari semalam, bawak buku bacaan pergi kelas. lecturer tak datang lagi*sabar*, so bukak buku baca. tapi, satu apa pun tak lekat sebab kelas bising. last2 ajak member lepak cafe. tenang sket. makan sampai tunggu kelas berikutnya.

ok, dah makan kerut kenyang. kelas petang lecturer perempuan. conclusion dia, ngantok. sangat menguji diri la. berkali - kali jugak la picit tangan sampai merah gara - gara nak tahan ngantok. alhamdulillah just sesi pengenalan n pengantar sistem ekonomi islam. so takda la ketinggalan subjek. hope lepas nie takda masalah. amin!

ok blur sebab blur la. dan line internet yang sangat sakit tenat. baik stop sebelum semuanya lesap. hoho. ok, berundur dulu.*ayat skema*. k.

p/s: mengharapkan doa kalian.