Agak lama tak menaip di laman blog nie nie. Bukan kerana kekeringan idea tapi kekurangan masa. Balik - balik masa kan? Jangan - jangan alasan pe? Hehe. Biasanya kalau dah bukak blog nie, penulis memang tak boleh nak buat kerja lain. Sebab tu fikir 2 3 kali dulu sebelum bukak blog. Penulis akan "lepak" depan blog berjam - jam membaca entry - entry yang ada dari blog - blog yang penulis folow.
Erm, semalam tepat jatuhnya tarikh " Ulang Tahun PKS Yang Ke - 13 ". Macam biasa, mesti ada acara - acara yang diadakan dan macam biasa jugak, kami serumah memang tak pernah nak melepaskan peluang yang best nie. Hehe. Awal pagi sekitar jam 5.30 WIB ( 6.30 di Malaysia ) dah keluar rumah coz sekitar jam 7.00 WIB ( 8.00 di Malaysia ) ada jogging bersama semua kader PKS sepanjang 2 Kilometer.
Berbaris memang belakang sekali sebab datang lambat tapi bila dah start, kami mula potong/pecut/tinggal *tak taw nak guna istilah pe* mana yang jalan lambat. Lebih cepat sampai ke garisan penamat lebih bagus sebab nak rebut tempat duduk yang strategik dalam dewan.
Akhirnya, kami antara kader yang terawal sampai ke garisan penamat. Para ikhwah Malaysia yang jalan dulu pun tanpa disedari dah di potong/pecut/tinggal kami. Taw2 sms adek tanya posisi diorang di mana, dia balas masih di jalan. Kami yang akhwat dah siap duduk dalam dewan menanti acara di mula. Memang nampak la semangat kami kat situ. Hehe.
Macam biasa kalau dah nama PKS, mestila ada konsert mini yang buat kita automatik semangat semacam selain dari ucapan - ucapan dari barisan VIP. Macam biasa jugak la ada adegan - adegan melompat - lompat sebab konsert dia memang buat kaki automatik nak melompat. Akhwat Indonesia yang duduk depan kami pun siap berdiri lompat - lompat *lompat- lompat ala ayu la.hehe*
Kami yang student Malaysia semangat - semangat jugak tapi semangat ambik video jea. Hehe. Nak lompat - lompat tu kena fikir 2 3 kali dulu. Segan kot. (^__^).
Banyak lagi la acara yang diadakan. Termasuk persembahan adat - adat jawa. Kami yang Malaysia nie memang senyap jeala tatkala orang di sekeliling gelak sakan dengan persembahan adat jawa yang kat atas pentas tu. Serius tak berapa nak paham. Bila muraobbiyah jelaskan, baru kita orang nak gelak padahal masa tu semua dah senyap. *baiklah, memang macam orang yang lambat pick up. huhu* Tapi so far memang kelakar even tak faham diorang cakap pe. Hehe.
Bila semuanya selesai, semua bersurai. Sampai rumah jea, bila dah laksanakan tanggungjawab dekat Allah atas panggilannya yang ke- 2, kami semua "pengsan" tak sedar diri sebab kepenatan sampai Asar terlajak satu jam. Hoho. Memang penat la. Al - Mathurat pun semua baca dalam keadaan tersengguk - sengguk patuh. Haha.
Apa - apa pun memang pengalaman yang cukup menarik la sebab tak semua pelajar di Malaysia yang kenal baik apa tu PKS untuk rasa semua nie kan? :P So jangan jeles yea! Setakat SH datang Malaysia, perasaan dia tak sama dengan program PKS yang ada kat sini. Bahkan bukan setakat SH jea, banyak lagi penasyid - penasyid yang tak kurang hebatnya. Semua guna music yang kreatif. Ala - ala music buatan sendiri dengan bunyi mulut jea. Menarik!
So, kalau nak rasa "kebestsannya", meh la datang sini, Indonesia. Hehe.