Pages

Sunday, August 28, 2011

2 R ( Ramadhan & Raya )

Uhuk! Tak taw nak starting macam mana. Dah lama tak menulis rasa macam kekok la pulak. Hehe. Sebulan dah tinggal blog nie. Excited balek rumah punya pasal la nie. Terus lupa kat blog yang banyak berjasa nie.

Erm, sekarang pembaca mesti sibuk dengan dua benda kan? Sibuk nak mengejar Ramadhan yang dah semakin hampir di garisan penamat atau sibuk buat persiapan raya. Serius keluarga penulis tak beberapa sibuk buat persiapan raya. Masing - masing berlumba untuk mengejar 10 malam yang terakhir nie. Alhamdulillah semua dah besar dan dah faham tanggungjawab masing - masing.

Raya? Dulu kecik - kecik memang excited tahap tak ingat dunia la. Kalau baba bagitaw kena balek pagi raya, mula la nak buat muka masam mengalahkan asam jawa tapi sekarang, " malam raya? oh, ok. " Perbualan terus berhenti di situ.

Tadi usha calender, erk? lagi 2 hari dah nak raya ke? serius tak sedar sebab ingat Ramadhan lama lagi. Hehe.

Cakap pasal Ramadhan, mesti masing - masing ada effort yang terbaik untuk menyambut bulan Ramadhan tu seniri kan? Alhamdulillah Ramadhan kali nie banyak meninggalkan kesan buat diri penulis. Kesan apa, biar penulis dan DIA sahaja yang tahu. So bagi yang belum merasai sesuatu dalam bulan yang mulia nie, cepat - cepat la cari sementara masih ada waktu walaupun hanya tinggal sehari. Jangan kelak kita menyesal dan takut tak sempat nak jumpa Ramadhan yang akan datang.



Raya? Bagi yang dah faham apa erti Ramadhan, memang banyak la buat status kat FB o TWITTER yang diorang nie alergi lagu raya. Alhamdulillah penulis jarang keluar rumah, i mean shopping kat mall. So telinga berjaya tidak mendengar lagu - lagu raya. *tak da mood nak shopping sebab saya tak suka shopping*

Eh? Tiba - tiba di ganggu terus blur. Ok fine, penulis off kejap. Ada idea sambung lain. Hee. Selamat Mengejar 10 malam terakhir semua! Ikhlas kan niat hanya kerana Allah ^____^

No comments: