Pages

Tuesday, October 25, 2011

Kahwin Awal

Haha. Tajuk mengancam dan boleh menimbulkan kontraversi. Banyak yang berlaku di sekeliling penulis yang terkait dengan tajuk di atas. Sehingga ada perbualan yang tercetus antara penulis dan teman akrab;

Kawan : Sara, ko bila nak kahwin?
Penulis : Eh, ko demam apa tetiba cakap pasal nieh? * sambil baca nota di tangan *

Kawan : Aisey, itu pun salah ke? Bukan zaman kita nie orang dok sembang pasal nie ke?
Penulis : Ada aku kesah? Haha. * Gelak jahat *

Kawan : Ok serius, ko bila lagi?
Penulis : Huish ko. Jap2, sebelum ko tanya aku, aku nak taw tujuan ko tanya benda nie.

Kawan : Ntah, random kot. Topik hangat kot di kalangan member kita sekarang.
Penulis : Hekelleh, cakap jeala ko yang tak sabar nak kahwin. Dok cover kata topik hangat pulak.

Kawan : Senyap la engkau~~!
Penulis : See, ko ingat tru skype aku tak boleh nak baca muka ko tuh. Haha. *gelak tak ingat dunia* Bila - bila? Dengan siapa? Hish ko nie, tak boleh tunggu aku balek dulu ke?

Kawan : Ko mengarut apa. Aku random la mak cik. Dok indon ko belajar apa jadi gelabah tak soal siasat dulu?
Penulis : Ko sembang riak dengan aku gaya macam ko tak pernah nak gelabah kat sana.

Kawan : Apa pendapat ko pasal benda nieh?
Penulis : Erm, ko nak aku bagi pendapat apa? Ak kahwin pun tak lagi. Pengalaman sah takda, ini kan nak cakap pasal kahwin. Salah orang ko nak minta pendapat. Tapi aku boleh bagi nasihat.

Kawan : Hah, tu gunanya kawan. Cepat3.
Penulis : Amboi, tak sabar2. Nasihat aku, pandai2 la masak. Haha.

Kawan : Woit, serius la.
Penulis : Tak nampak muka aku tengah serius nieh? * sumpah memang tengah buat muka serius *

Kawan : Bajet la ko. Ingat aku nak percaya.
Penulis : Fine! Haha. Ok, apa yang pasti, jaga hubungan ko dengan Allah. I. Allah segala urusan ko nanti akan berjalan dengan lancar. Ko memang, nak kahwin tak sabar - sabar tunggu aku pulang.

Kawan : Hoit, bukan aku la yang nak kahwin. Kan dah kata random tadi. Ko memang dah lama tak rasa aku punya cubit ketam kan.
Penulis : Hekelleh, yeala2. Aku percaya * percaya sebab tak nak kena cubit bila jumpa dia balek Malaysia nanti. Serius pedih~~! *

Lawak seketika bila teringat perbualan kami bersama. Gaya macam penulis dah kahwin lama nak tanya pendapat pasal kahwin nieh. Tidak tidak tidak. Patut yang di tanya parent dia la. Penulis memang tak mampu nak bagi pendapat dan tak berani bagi pendapat. Maw silap, susah anak orang.


Weh kawan, ko malu eh nak bagitaw aku yang ko nak kahwin? Haha. *jangan emo yea* Erm, bagi aku kalau ko nak kahwin dalam usia yang muda, tak salah pun. Asalkan ko dah siap dari segi mental dan fizikal. Tapi ingat, ko jangan ingat bab kahwin nie senang. Yang ko nak bina adalah masjid. Ko ingat senang ke nak bina masjid kat kampung ko tu ha. Hehe. Susah kan? Macam tu la perkahwinan. Perlu ada persiapan yang mantap. Tapi once ko betul - betul dah bersedia, minta pertolongan DIA untuk permudahkan segala urusan. I.Allah, DIA adalah sebaik - baik tempat untuk meminta pertolongan. Dan satu lagi nasihat aku, jangan dok membazir sangat kalau nak kahwin nanti. Aku dok kat indo nie belajar banyak benda kot pasal nieh. Perkahwinan tu sebenarnya mudah tapi mentality orang melayu yang menyusahkan. Nak tunggu duit berpuluh ribu baru boleh kahwin. Bagi aku cukup la sekadar yang wajib jea. Kalau ko permudahkan pasangan ko nanti, i.Allah perjalanan rumah tangga ko pun akan jadi mudah nanti. Peduli la kalau orang kampung ko nak kata apa, yang pasti jangan sampai DIA yang berkata - kata di atas bila tengok kita membazir. Mahar ko tak yah la tinggi2 sangat. Bak kata ayah aku, mahar hafal 30juz'. Hah tu kan cantek. Selamat dunia akhirat dapat bakal suami Hafiz. Haha. Duit tu simpan untuk rumah tangga korang, bukan untuk di bazirkan dalam masa satu hari. All the best untuk ko :)


p/s: dialoq diatas adalah benar belaka dan TIADA tokok tambah untuk menyedapkan perisa cerita :)

Thursday, October 13, 2011

Blog Ke - 2

Pertama kali penulis nak minta maaf dengan Aqilah Ali sebab dah janji nak post cerita tapi sampai sekarang tak post - post. Banyak yang berlaku sejak 2hari yang lalu yang buat penulis terpaksa menunda cerita dan lebih kepada entry berkait dengan diri. Maaf sekali lagi.

Entry nie takda cerita atau berita yang terkait dengan diri tapi lebih kepada pemberitahuan. ( Eh, bukan sama jea ke? )Hehe. Jika sudi, sila lah datang ke blog saya yang ke - 2. Dah lama wujud tapi tak pernah nak tunjuk kat orang. Mana yang jumpa, nasib la. Hehe.


Wujud blog ke - 2 nie lebih kepada cerita sejarah antara penulis dengan Aisyah Zaki. Ya, ada cerita di sebalik blog tersebut. Tapi tak perlu kot di kongsi di sini. Cukup sekadar rahsia kami berdua. ( Tisya: tak yah nak gedik cerita pasaipa na. haha )

Blog ke - 2 nie lebih kepada entry berbahasa English. Maaf jika terdapat banyak ' broken English ' di dalamnya. Penulis hanyalah insan biasa yang masih lagi belajar untuk menuntut ilmu dalam bidang penulisan bahasa Melayu mahupun dalam bahasa English. ( menuntut dengan membaca, bukan menghadiri kelas bahasa. hehe ) Jika terdapat kesalahan, harap tolong di perbaiki. ( agak - agak bila nak buat blog dalam bahasa Arab pulak? huahuahua ) :)

So, enjoy your reading. Kalau nak follow, sila. Saya tak melarang dan tak juga meminta. Lagi pula, banyak lagi suruhan Allah yang perlu kita follow kan? ^____^

Wednesday, October 12, 2011

Kepada DIA kita datang, Kepada DIA jualah kita kembali

Innalillahiwainnailaihirojiun. Kepada DIA kita datang dan kepada DIA jualah kita kembali.

Almarhum P. Cik Wahab @ Aman, 2 dari kanan. Moga beliau ditempatkan bersama - sama orang yang soleh.

Berita pemergian seorang ikhwah masjid Asy - syakirin yang telah banyak berjasa kepada masyarakat sangat menyentap diri ini. Sms yang di hantar oleh mama sekitar jam 3.30 pagi telah membuat ngantuk penulis hilang pergi. Pada mulanya fikiran penulis masih bercelaru. Sms di baca berulang - ulang. Pabila info yang di terima dapat di cerna sebaiknya, sms lansung di sebarkan ke adik - beradik yang lain kerana keluarga penulis kenal akrab dengan keluarga Almarhum.

Mama penulis menghantar sms dari masa ke semasa bagi menceritakan suasana yang berlaku di sana. Sebak di hati bertandang pabila terkenangkan wajah anak - anak kecil almarhum. Terbayang satu persatu wajah anak almarhum. Si Haikal yang sering menjerit ' K. Sarah! ' setiap kali melihat kelibat penulis muncul di depan mata nya dia. Wajah si Syafiqah atau nama manjanya baby terbayang dengan mulutnya yang petah bercerita. Dan wajah si Mira yang tersipu malu pada awal perkenalan.

Mereka telah penulis anggap seperti adik sendiri. Terutama Haikal yang sering memanggil penulis tak kira di mana atau apa pun situasi ketika itu. Melihat penulis saja, langsung di sapa dengan suara yang kuat. Alhamdulillah khabar yang diterima Haikal kelihatan bersahaja. Meskipun menangis di awalnya. Namun hati tetap sebak tatkala menerima sms yang mengatakan Haikal mengusap kepala Almarhum ayahnya.

Paling sebak bila baca sms tentang Syafiqah. Si kecil tidak percaya bahwa ayahnya telah pergi buat selamanya. Kuat mengatakan bahwa Almarhum tengah tidur nyenyak dan Syafiqah turut sama - sama tidur di bantal bersama - sama Almarhum. Air mata akhirnya menitis bila terbayang situasi yang berlaku di sana.

Ya Allah, KAU berikanlah kekuatan kepada mereka sekeluarga dan juga para ikhwah masjid Asy - Syakirin. Kehilangan seseorang yang banyak menabur jasa pasti di rasakan di setiap hati masing - masing. Moga pemergiannya menjadi pendorong untuk kita meningkat kan amal ibadah kita sehari - hari.

Kematian, datangnya tak di jemput, perginya tak kan pernah kembali namun janjinya pasti. Membawa kita ke alam yang kekal abadi. Bersediakah kita?

Saturday, October 8, 2011

Kerepek Ubi Yang Woww~~!

( Di kedai runcit ) Fida dan Dzafira memilih makanan ringan buat bekalan di masa lepak di dalam dorm. Setelah selesai, mereka berdua pulang ke dorm untuk melepaskan penat setelah mengerah otak selama 3 jam di dewan kuliah.

Dalam perjalanan pulang, Fida terbayang kerepek ubi yang di belinya sebentar tadi. Oleh kerana tidak tahan melihat kesedapan kerepek tersebut, Fida terus mengoyak plastik kerepek ubi dan terus ngap~~!

Fida: Kau nak?

Dzafira: Tak. Thanks. Sedap ke?

Fida: Mestilah sedap. Kalau tak, takda nya nak buang - buang duit beli kerepek nie.

Dzafira: ( tersenyum )

Perjalan ke dorm sepi tanpa perbualan mereka berdua. Yang ada hanyalah bunyi kriuk kriuk hasil daripada kunyahan kerepek ubi di mulut Fida.

Tiba - tiba..

Fida: Eh, Ahmad la. Kau pegang nie. ( sambil memberikan bungkusan kerepek ubi kepada Dzafira )

Dzafira: Yang kau kalut tak tentu arah nampak Ahmad nie kenapa?

Fida: Ish, kan aku tengah makan tadi. Hilang la keayuan aku depan mata Ahmad bila tengok aku makan berdiri.

Dzafira: Owh. Hilang keayuan depan mata Allah kau tak kisah pulak.

Fida: -__-"

p/s: Kenapa kita perlu hidup di bawah pandangan mata manusia? Bukan kah pandangan mata Allah itu lebih penting. Jadilah diri yang sentiasa menunjuk kan yang terbaik buat si DIA meskipun tiada siapa yang melihatnya.

Dialog dan watak - watak di atas hanyalah rekaan semata - mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali pulang. *peace*

Saya Innocent~~!


Dzafira dan Nurul berjalan - jalan di taman mengisi waktu lapang yang ada. Sambil melihat gelagat manusia yang beragam tanpa mempedulikan pandangan mata yang ada.

Nurul: Eh, macam kenal jea mamat yang duduk sebelah minah saleh tu.

Dzafira: Mamat mana pulak yang kau sembat jadi pandangan mata ni?

Nurul: Yang duduk kat bawah cendawan batu tu ha.

Dzafira: Owh. Kalau tak silap aku dia budak Malaysia batch bawah kita. Apasal, kau kenal ke?

Nurul: Kenal masa program suai kenal je. Ish, tak suka la aku tengok mamat tu. Menyampah~~!

Dzafira: Uish, apasal pulak kau nak hangin. Dia ada cari pasal dengan kau?

Nurul: Takda pun. Tapi tak suka la. Yang dok berkepit dengan minah saleh tu kenapa. Tak malu ke dengan pelajar Malaysia yang lain? Faham - faham jeala.

Dzafira: Kenapa nak malu? Sorry, tak berapa nak faham la otak kau.

Nurul: Ish, cuba tengok tu. Dok berkepit pegang tangan. Tu kan haram. Kita nie orang melayu, ada adat budaya yang perlu di jaga. Nak nak kita nie orang Islam. Malu la kalau orang lain tengok mamat tu buat hal. Rosak kan nama Islam jea. Dah la couple dengan orang kristian. Bawa fitnah tahu tak~~!

Dzafira: Owh. Faham. ( sambil tersenyum )

Mereka bedua akhirnya meninggalkan taman untuk mencari minuman bagi membasahkan tengkorak. Eh?

Tiba - tiba handphone Nurul berdering...

Nurul: Waalaikumussalam. Eh B... Kat taman.. Bla bla bla.. Nak balik la ni.. Bla bla bla.. Minum kejap.. Bla bla bla.. Yea2.. Waalaikumussalam.

Dzafira: Siapa tu?

Nurul: Macam biasa. Pakwe aku, Syamil. ( sambil tersengih )

Dzafira: Owh. Tak taw pulak aku kalau couple dengan melayu tu halal.

Nurul: Eh?? Erk!! Jom balik.

p/s: Usah menunding jari ke orang lain jika kita melakukan hal yang sama. Perbaiki diri terlebih dahulu dan ajak lah orang lain. Itu yang terbaik

Dialog dan watak - watak di atas hanyalah rekaan semata - mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali pulang. *peace*

Friday, October 7, 2011

Jom Dengar Lagu Korea


Di Asrama Puteri Kolej Angsana.
.....

Dzafira dan Tasya sedang melakukan hal masing - masing. Dzafira dengan mp4 sony dan buku di tangan manakala Tasya dengan laptop vaionya sambil headphone menutupi telinga.

Tiba - tiba.....

Tasya: Fulamak, gempak la lagu Girl Generation yang terbaru. Best giler kot! Dzafira, kau nak dengar?

Dzafira: Eh, kau tanya apa tadi? Sorry aku tak dengar.

Tasya: Ish kau nie. Buang kejap earphone kau tuh. Ni ha, lagu Girl Generation terbaru, best giler. Masyuk~~! Nak dengar?

Dzafira: Owh. Girl Generation kumpulan korea tu ke? Terima kasih la. Lagu aku lagi best. Walaupun dah lama, sampai sekarang tak pernah busan. Lagi masyuk berganda.

Tasya: Eh eh, yeke? Tak percayalah. Meh sikit aku nak dengar.

Mp4 sony Dzafira akhirnya bertukar tangan. Tatkala Tasya memasukkan earphone di telinganya, wajahnya serta merta berubah. Lalu tersengih.

Tasya: Memang best lagu Surah Ar- Rahman kau nie. Thanks bagi aku dengar. Nah, nanti aku tukar lagu. ( sambil mengembalikan mp4 sony kepada Dzafira )

Suasana bilik kembali sepi seperti biasa.
......
Tasya: ( dalam hati ) Sumpah lepas nie tak nak ajak Dzafira dengar lagu korea T_T. Lepas nie berazam nak ubah lagu ke ayat Al - Quran la pulak. Insaf. T_T

Dzafira: ( dalam hati ) Moga Allah membuka hati mu untuk meninggalkan karat - karat jahiliyah wahai saudaraku.

p/s: Sentiasalah mendoakan perubahan teman sekeliling ke arah yang lebih baik. Bukannya memarahi sehingga mereka terasa hati. Ingat, perubahan itu memerlukan masa, jangan kita memaksa tapi haruslah sentiasa di ingatkan dengan cara yang lebih halus. ^_____^

Secara jujur, penulis pun tak tahu lagu terbaru kumpulan Girl Generation. Dialog dan watak - watak di atas hanyalah rekaan semata - mata. Tak da kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah kembali pulang. *peace*

Monday, October 3, 2011

Tiada Sihat. Tiada Ais Krim, Coklat dan Kek XD

Berbanding umat Nabi Adam atau Nabi Noh yang mampu hidup sehingga ratusan tahun, umat Nabi Muhammad ialah umat yang paling singkat usianya. Nabi Muhammad sendiri usia baginda sekitar 63 tahun sahaja.


Hari ini, kita tidak terkejut apabila mendengar anak muda seusia 20 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung. Malah orang yang aktif bersukan dan bermain bola, tiba-tiba saja boleh tumbang dan beberapa jam kemudian disahkan meninggal dunia. Betul, muda tidak bermakna tidak akan mati dahulu dan tua tidak bererti akan mati cepat.

Tidak bermakna juga orang yang amat mementingkan penjagaan kesihatan akan dapat bertahan panjang usianya. Hidup dan mati manusia semuanya di tangan Allah dan bila-bila masa saja Dia boleh menarik kita kembali pada-Nya.

Namun kita sebagai manusia, tetap juga digalakkan mengambil berat aspek kesihatan agar terhindar daripada penyakit dan dapat menikmati kehidupan dalam keadaan sihat dan bertenaga. Sihat ialah anugerah berharga daripada Allah.

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari) 'Hak' itu termasuklah menjaga tubuh badan sendiri agar sihat dan terhindar daripada penyakit. Malangnya 'hak tubuh' itulah yang selalu kita abaikan, sama ada kita sedari atau tidak.

Kesihatan ialah nikmat termulia selepas nikmat iman.


Agama Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Sudah tentu kerana kesihatan yang baik membolehkan kita membuat amalan, membanyakkan kebaikan dan sekali gus dapat menyumbang kepada saham akhirat.

Malah dengan kesihatan yang baik, dapat kita pergunakan untuk berjihad, bekerja dengan lebih baik, menjana pendapatan yang kemudian digunakan semula untuk kebaikan. Malah kita juga digalakkan untuk menggunakan kesempatan yang terbaik sebelum datangnya kesempatan yang buruk. Dengan kata lain, elakkan amalan bertangguh membuat kebaikan kerana kata Ibnu Ataillah, "Menunda amalan kebaikan kerana (kononnya) mahu menanti kesempatan yang lebih baik ialah tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa."

Rasulullah juga menegaskan dalam sabda baginda, "Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati." (Hadis Riwayat Al-Hakim) Juga pesanan baginda lagi, "Ambil peluang daripada kesihatan kamu untuk masa sakit kamu dan kehidupan kamu untuk masa kematian kamu." (Hadis Riwayat Bukhari).
Hadis ini juga mengingatkan kita supaya mengamalkan prinsip berhati-hati dan berjaga-jaga sebelum kita didatangi kesukaran yang lebih memeritkan.

Islam memberi kelebihan kepada orang yang kuat (sihat).


Rasulullah sendiri menegaskan dalam hadis, "Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah." (Sunan An-Nasai) Umat Islam yang sihat sekali gus memberikan imej yang baik mengenai Islam. Malah jika kita himbau zaman Rasulullah dan siri peperangan pada zaman perkembangan Islam, bayangkanlah jika mereka pergi berperang tanpa tubuh badan yang sihat, sudah tentulah kemenangan tidak akan berpihak kepada mereka.

Bukan tiada orang yang tidak sihat pada zaman Rasulullah. Namun Allah sendiri memberikan keutamaan kepada orang yang sihat saja untuk menyertai barisan pejuang. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah dalam surah al-Fath: 17 yang bermaksud, "… Tiada dosa bagi orang buta, atau orang yang pincang, atau orang yang sakit (apabila mereka tidak ikut ke medan perang)." Ayat ini memberikan pengecualian kepada orang yang sakit dan tidak sempurna kesihatannya untuk keluar berjihad.

Islam menggariskan kaedah penjagaan kesihatan.
Dalam Islam terdapat prinsip "pencegahan lebih baik daripada rawatan" dan prinsip "menutup pintu kerosakan". Hal ini bermakna, kita harus berusaha mengelak penyakit sebelum ia datang menghampiri. Antara kaedah penjagaan kesihatan yang diajarkan Islam termasuk:

1 Jauhkan diri daripada sumber penyakit.


Sebelum dijangkiti penyakit, kita digalakkan untuk lari daripada sumber penyakit itu sendiri.

2 Laksanakan proses tazkiah (penyucian jiwa).


Antaranya dengan membanyakkan ibadat, solat, zikir dan mengingati Allah dalam apa-apa jua keadaan, kerana kesemua ini ada kena-mengena dengan kesihatan fizikal.

Proses tazkiah akan memberikan ketenangan kepada jiwa dan ketenangan jiwa akan mempengaruhi kesihatan fizikal. Allah sendiri mengingatkan melalui surah ar-Ra'd: 28 yang bermaksud, "Tidakkah dengan mengingat Allah, akan menenangkan hati?" Begitu juga sabda Rasulullah, "Puasa ialah perisai." (Hadis Riwayat Muslim), juga merupakan galakan ke arah proses penyucian jiwa.

Dan apa yang pasti, tanpa nikmat sihat, ais krim, coklat dan kek yang sedap lagi menggiurkan pun tiada makna ;)