Pages

Sunday, May 30, 2010

Sihat Itu Nikmat Yang Tiada Nilai

Assalamualaikum!

Agak lama gak penulis berhenti menulis buat sementara waktu. Bukan sengaja atau sibuk tapi baru - baru nie penulis di tahan di Hospital Islam Surabaya. Penulis di sahkan demam denggi berdarah!

Penulis duduk hospital selama seminggu. Memang dah macam rumah kedua penulis dah kot hospital tu. Huhu. Sungguh sepanjang sakit tu, penulis di uji sungguh. Di uji dengan kesabaran yang paling utama. Sering penulis berasa putus asa dengan apa yang menimpa diri. Alhamdulillah ada teman yang sentiasa di sisi tak putus - putus memberi semangat terhadap penulis. Sungguh kalian semua memang teman yang baik!

Penulis nak ucap bebanyak terima kasih dekat semua yang banyak membantu penulis baik dari segi tenaga, masa, wang rupiah ( rupiah k bukan ringgit..hehe ) dan sebagainya. Special thanks to my first bro, Muhammad Noor coz sudi melayan karenah adek mu yang malas nak makan nasi n ubat. Hehe. Walaupun geram sebab dipaksa makan nasi, tapi penulis taw itu semua demi kebaikan diri penulis juga. Nasib baik ada abang di sisi, so tak la terfikir - fikir nak suruh parent datang Indonesia kan. Hehe.

Thanks to my murobbi and mas'ul too. Ukhti Yani dan Akhi Ervan! Diorang orang Indonesia yang banyak membantu penulis dan sanggup korbankan masa diorang demi menjaga penulis walaupun Akhi Ervan hanya tunggu di luar. (^__^). Jasa baik kalian hanya Allah jea yang mampu membalasnya.

Tak lupa juga my housemate yang sangat amat banyak membantu penulis. Sampai sekarang diorang still lag jaga penulis walaupun dah kuar hospital lama dah. (^__^). Dan teman - teman malaysia yang lainnya. :)

Sekarang penulis dah sihat tapi belum sepenuhnya. Badan masih lemah dan tak boleh nak jalan - jalan jauh ag. Asal buat keja sikit jea, penat dan pening! Mengadap laptop nie pun xboleh berterusan. Kepala masih xkuat lagi. Cepat pening! Huhu. Sungguh ak betul - betul di uji!

Act banyak rahsia yang penulis simpan sendiri pasal kejadian kat hospital tu. Nak cerita tapi takut kena bebel dengan orang yang berkenaan. Haha. Bagi klu, UBAT! Haha. Siapa tahu penulis nie cne orangnya, cepat la paham dengan klu yang di beri.

Ok lah, update tu jea dulu. Rasa macam cerita nie xda kaitan langsung dengan tajuk kat atas. Hehe. Tapi rasa - rasanya ramai yang boleh fikir sendiri kan??

Sihat itu nikmat yang betul - betul tiada nilai harganya. Sihat teramat mahal sehinggakan tak mampu di beli dengan wang ringgit maupun rupiah. Bila kita sakit, baru rasa betapa nikmatnya sihat tu. Penulis memang betul - betul muhasabah diri masa kat hospital tu.

Satu lagi yang bukti sihat itu nikmat, bila nak bayar kos perubatan. Mahal sangat! 4 Juta Rupiah! Sebab tu la sihat itu nikmat dan mahal. Nak sihat jea kne keluar duit yang banyak tapi itu belum tentu sihat sepenuhnya kalau bukan dengan izin- Nya. Nikmat sebab bila kita sihat, xperlu nak fikir pasal duit yang harus dikeluarkan. Thanks a lot to my parent coz berkorban wang ringgit = rupiah buat anak perempuan mu satu - satu nya nie. Huhu.

Lepas nie memang penulis nak jaga kesihatan nie baik2! Tak nak sakit - sakit da coz sakit tu memang sakit! Hehe. Ayat penulis pun dah macam xbole blah. Huhu. K r, kne stop sekarang gak. Kepala dah macam nak pecah dah! Huhu

~mengharapkan doa kalian~

2 comments:

ZiErWa zAiNaL said...

semoga cept sembuh

kalau sudi komen la entry saya..
rumah sewa

amirfazwan said...

insyaAllah..
smuanya baik-baik aja..
=)