Pages

Sunday, November 7, 2010

Erti Persahabatan

Tengah borink - borink aku bukak la folder music.
Then tekan folder nasyid and play all.
Lagu first keluar lagu " Erti Persahabatan".

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama

Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal dan abadi

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan

Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dengan rahmat tuhan yang ESA
Bahagia selamanya


Argh! Hati ku di gamit rindu sekali lagi.
Wajah - wajah sahibah MATRI Gen- 14 satu - satu terbayang.
Bila agaknya kami boleh berkumpul semula...?
Persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kami semua.

Sungguh aku sangat rindu kan mereka semua.
Mereka adalah teman dunia dan akhirat ku.
Meskipun terkadang ada masalah, tetap kami akan selesaikan dengan cara berhemah.
Walaupun terkadang ada berbalah kata, tetap mereka sentiasa di hati aku.

Meskipun 3 tahun saja masa aku bersama mereka, ukhuwah yang terbina benar - benar utuh dan sulit untuk aku melupakan.
Apakah ini dinamakan persahabatan yang sebenar???
Moga ALLAH redha persahabatan kami.

Sungguh aku sangat menyayangi kalian kerana ALLAH.
Tiada yang bisa memisahkan tali persahabtan kita melainkan mati.

Terkenang dengan Arwah Jannah Sani.
Seorang yang sangat ceria dalam batch kami.
Bila agaknya aku dapat jumpa dengan Jannah eh?
Sungguh aku rindukan dia. T_T

Buat semua sahibah - sahibah ku, dimana pun kita berada, sematkanlah ALLAH dihati - hati kita. Semaikan lah ayat - ayat amaran dari NYA di hati kita agar kita sentiasa berwaspada. Jadilah mawar berduri yang tidak mudah disentuh oleh siapa pun. D&T janganlah di tinggalkan kerana itulah makanan hati kita. Sungguh aku sentiasa mendoakan kalian kerana sayang ku pada kalian tidak berbelah bagi. (^__^)

Ganti Panggilan!

*PENULIS ---> AKU*

Kalau guna AKU agak santai sikit kot.
Coz bila tengok entry2 sebelum nie, macam kaku jea guna word PENULIS.
Gaya macam penulis tersohor da. *perasan terlebih*

So, selamat datang ke dunia baru AKU. hehe

Perut Bermasalah???

Perhatian, ini bukan entry yang membincangkan tentang sains atau kesihatan tapi lebih kepada membicangkan pasal perut aku sendiri. Huhu.

Perut bermasalah?
Yup, itu lah yang terjadi pada diri aku sekarang.


Kalau makan, tak kira la makan apa pun, nasi ke, cereal ke, comfirm tengah - tengah makan tu aku akan jadi penghuni tandas tak kira la di mana pun aku berada. =.='
*alhamdulillah la time makan gula - gula kat kelas perut aku tak meragam, kalau tak...jawab la sendiri. huhu*

Kalau la tandas kat rumah nie pandai bercakap, mesti dia akan cakap cemni
" dah tak ada orang lain ke kat rumah nie? asek muka kau jea yang guna perkhidmatan ak?"

*Erk? Minta - minta la tandas tu bersabar yea tengok muka aku nie. Huhu*

Perut aku nie sangat bermasalah la. Kalau makan, terjadi la esiden seperti di atas. Kalau tak makan, aku tak cakap pun korang dah taw kan???

Agak - agak ada tips tak untuk orang perut bermasalah macam aku nie? Jangan suruh aku makan ubat suda la. Benda tu la paling aku bertambah SAKIT kalau makan. Huhu.

Aku ada gak seacrh dan jumpa pasal ada ayat Al - Quran yang sesuai untuk orang sakit bahagian perut nie. Tapi tak sure sahih ke tak. Yang penting aku usaha dulu. Sembuh atau tak, ALLAH punya kerja. Kerja aku untuk usaha semaksimal mungkin. ^__^



Nak kata makan tak ikut waktu, aku dah cuba sedaya upaya makan ikut jadual masa aku kat asrama. Dah jadi macam budak asrama pulak aku nak kejar waktu makan. Tapi tak berkesan jugak. Ke aku praktek hanya sekejap cuma? Wallahualam.

Betul la kata pepatah, " Nikmat sihat itu sangat berharga. "

Dan sekarang, tekak aku pun sangatlah GATAL!!!
Rasa macam nak garu jea biar bagi tak gatal dah! Huhu.


Batuk pun saling sambung menyambung. Macam tak da gaya nak stop sejenak.
Suara pun dah ala - ala penyanyi rock zaman 90-an.
Silap hari bulan orang ingat aku nie lelaki kot kalau tak tengok gaya ak dressing. Huhu.

Bermacam - macam jenis strepsil jugak la aku dah makan tapi hasilnya tiada!

*aku bukan nak memburukkan produk strepsil ok!*

Apa yang pasti, aku hanya mampu berdoa dan tawakal. Semua usaha aku dah cuba buat sedaya mungkin. Kalau tak senbuh gak, adalah hikmah disebaliknya kan? Sentiasalah berfikiran positif dengan ALLAH. (^__^)

" Ya ALLAH, ku pohon pada- MU agar KAU berikan kami kesihatan yang sempurna agar kami mudah untuk menjalankan ibadah hanya kerana MU. Tapi sekiranya ini juga ibadah untuk mendidik hati kami agar bersyukur, KAU campak kanlah sifat kesabaran di hati - hati kami agar kami redha dengan ketentuan MU. Amin Ya Rabb "

Saturday, November 6, 2010

Gambaran Hari Kiamat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Cerita Hari Ini

07.11.10- Hari ini di Surabaya, Indonesia salah seorang pelajar Malaysia telah berjaya mencapai umur 23 tahun dengan sendirinya.

Haha. Nak buat gaya ala – ala penulis berita tapi failed! Act penulis dah lama tak bukak blog alias tak update blog. So nak menulis agak kaku la sekarang. Cerita memang banyak tapi tak dapat nak diluahkan buat masa nie.

So, mengenai berita di atas*ayat terlalu skema*, salah seorang pelajar Malaysia kat sini tengah ulang tahun. Siapa dia biarlah rahsia dulu. Yang pasti dia nie salah seorang yang penting dalam hidup penulis. (^__^)

Well, kalau tak gaduh memang tak sah kami berdua. Dari zaman tadika sampai sekarang wajib pergaduhan itu berlaku cuma coraknya berbeza. Hehe.

Kalau dulu gaduh ala – ala nak meletup perang dunia ke -3. Tapi sekarang lebih kepada teguran atas rasa sayang seorang abang terhadap adiknya. Opps, kantoi suda. Hehe.

OK, hari nie genap 23 tahun dimana abang sulung penulis menumpang di muka bumi Allah yang sementara nie. Dalam masa tu, banyak benda yang die dah buat. Tak kira la baik atau sebaliknya. Haha.

Dan sekarang, abang penulis tumbuh menjadi seorang yang hebat. Hebat? Hebat teramat lah sangat dalam memancing emosi! Hehe.

Tapi apa yang pasti, kenangan yang penulis tak dapat lupakan hanya satu! Time my big bro ajar macam mana nak tulis huruf ‘a’ kecik. Coz dulu time tadika penulis memang ada masalah dalam menulis huruf ‘a’ kecik. Tapi dengan tunjuk ajar abang penulis, sampai sekarang penulis tersangatlah pandai menulis huruf ‘a’ kecik. Hehe.

Ingat g time tengah buat kerja rumah, abang datang tengok penulis buat kerja. Dengan tiba – tiba dia amek buku. Agak geram la jugak time tu kan. Almaklum time tu kerja nak perang 24 jam. Hehe. Lepas tu die cakap tulis la ‘a’ lawa sket. Penulis cakap xreti. Then die ajar. “ Kalau nak tulis ‘a’ kecik, kena ada ekor kat hujung.” So mulai dari tu penulis buat la ‘a’ kecik yang ada ekor but now ‘a’ tu dah normal la. Hehe.

Kenangan yang penulis tak kan lupakan coz bagi penulis itu adalah satu kenangan yang paling berharga. (^__^).

Kalau siapa yang kenal kami time kecik2 dulu cne, mesti taw kisah kami time kecik – kecik kan? Tapi sekarang apa yang perlu korang tahu, abang adalah seorang penyelamat atau pelindung bagi penulis*but Allah is de 1st one la*. Walaupun terkadang agak rimas. Haha.

So abang, sorry la kalau adek perempuan kamu yang satu – satunya nie degil dan keras kepala. Tapi itulah adek kamu yang terdidik dari kecik. Mungkin ada kenangan yang membuat sarah keras dengan kamu tapi jauh di sudut hati sara, sara sayang kamu. (^__^)

Masa silam kamu sekarang sara tak akan ingat dah. Meskipun pahit bagi sara tapi macam mana pun, kamu tetap abang sara kan? :P

Sekarang kita dah sama – sama dalam dakwah dan tarbiyah. Jom sama – sama kita sebarkan dakwah dan tarbiyah di serata dunia. Kamu dengan cara kamu, sara dengan cara sara. Tapi andai kata sara tersilap langkah, tegurlah TAPI dengan cara yang berhemah. Bukan dengan memancing emosi. Sara sangat TAK suka. K! Hehe.

Semoga dengan bertambahnya umur kamu, seiring dengan bertambahnya amalan kebaikan kamu di dunia ni. Ikhlas kan hati dalam semua perkara. Dan sentiasa berlapang dada dalam setiap perkara. And 1 more, skripsi tu bagi siapkan cepat – cepat. Dah dapat mesej sara b4 nie kan? So paham – paham la. Hehe. Tapi bukan tu la maksud utama sara, yang penting kamu dapat tolong baba sebarkan dakwah dan tarbiyah di bumi sarawak nanti. So cepat – cepat la pulang yea. Hehe.

Ikhlas dari hati, Adek Perempuan Kamu Satu – Satu nya. (^__^)