Pages

Sunday, November 7, 2010

Perut Bermasalah???

Perhatian, ini bukan entry yang membincangkan tentang sains atau kesihatan tapi lebih kepada membicangkan pasal perut aku sendiri. Huhu.

Perut bermasalah?
Yup, itu lah yang terjadi pada diri aku sekarang.


Kalau makan, tak kira la makan apa pun, nasi ke, cereal ke, comfirm tengah - tengah makan tu aku akan jadi penghuni tandas tak kira la di mana pun aku berada. =.='
*alhamdulillah la time makan gula - gula kat kelas perut aku tak meragam, kalau tak...jawab la sendiri. huhu*

Kalau la tandas kat rumah nie pandai bercakap, mesti dia akan cakap cemni
" dah tak ada orang lain ke kat rumah nie? asek muka kau jea yang guna perkhidmatan ak?"

*Erk? Minta - minta la tandas tu bersabar yea tengok muka aku nie. Huhu*

Perut aku nie sangat bermasalah la. Kalau makan, terjadi la esiden seperti di atas. Kalau tak makan, aku tak cakap pun korang dah taw kan???

Agak - agak ada tips tak untuk orang perut bermasalah macam aku nie? Jangan suruh aku makan ubat suda la. Benda tu la paling aku bertambah SAKIT kalau makan. Huhu.

Aku ada gak seacrh dan jumpa pasal ada ayat Al - Quran yang sesuai untuk orang sakit bahagian perut nie. Tapi tak sure sahih ke tak. Yang penting aku usaha dulu. Sembuh atau tak, ALLAH punya kerja. Kerja aku untuk usaha semaksimal mungkin. ^__^



Nak kata makan tak ikut waktu, aku dah cuba sedaya upaya makan ikut jadual masa aku kat asrama. Dah jadi macam budak asrama pulak aku nak kejar waktu makan. Tapi tak berkesan jugak. Ke aku praktek hanya sekejap cuma? Wallahualam.

Betul la kata pepatah, " Nikmat sihat itu sangat berharga. "

Dan sekarang, tekak aku pun sangatlah GATAL!!!
Rasa macam nak garu jea biar bagi tak gatal dah! Huhu.


Batuk pun saling sambung menyambung. Macam tak da gaya nak stop sejenak.
Suara pun dah ala - ala penyanyi rock zaman 90-an.
Silap hari bulan orang ingat aku nie lelaki kot kalau tak tengok gaya ak dressing. Huhu.

Bermacam - macam jenis strepsil jugak la aku dah makan tapi hasilnya tiada!

*aku bukan nak memburukkan produk strepsil ok!*

Apa yang pasti, aku hanya mampu berdoa dan tawakal. Semua usaha aku dah cuba buat sedaya mungkin. Kalau tak senbuh gak, adalah hikmah disebaliknya kan? Sentiasalah berfikiran positif dengan ALLAH. (^__^)

" Ya ALLAH, ku pohon pada- MU agar KAU berikan kami kesihatan yang sempurna agar kami mudah untuk menjalankan ibadah hanya kerana MU. Tapi sekiranya ini juga ibadah untuk mendidik hati kami agar bersyukur, KAU campak kanlah sifat kesabaran di hati - hati kami agar kami redha dengan ketentuan MU. Amin Ya Rabb "

1 comment:

bintufadeen said...

sarah, ko lahir bulan 7 kan?kalau tak silap,tafsiran utk org yg lahir bulan 7 ni,lemah di bahagian perut..n begitulah ak..lahir bulan 7..dan slalu ade mslh di bahagian perut..huhu