Pages

Friday, June 24, 2011

Permuda Bermalam Di Syurga

Lima orang buruh yang sangat miskin tinggal di sebuah kampung yang kecil. Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menampung sara hidup diri sendiri dan keluarga. Kelima-lima mereka berpakat untuk mencari pekerjaan di bandar bersebelahan dengan kampung mereka.

Mulalah mereka membanting tulang di Bandar setiap hari dari pagi hingga ke petang. Mereka hanya pulang ke kampung menemui keluarga pada cuti hujung minggu. Namun salah seorang daripada mereka tidak begitu. Setelah selesai pekerjaan yang dilakukan ketika menjelang waktu Maghrib, dia segera menunaikan solat, kemudian bergegas pulang ke rumahnya di kampung. Keesokannya dia datang semula ke Bandar untuk meneruskan kerjanya.

Keadaan itu membuatkan kawan-kawannya berasa hairan. Mereka berkata kepadanya, “ Mengapa kamu memenatkan diri berulang alik tidur bersama keluarga di kampung yang jauh jaraknya, padahal kamu tak mempunyai isteri dan anak-anak?

Dia menjawab, “ Sesungguhnya aku pulang setiap malam untuk tidur di syurga! ” Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa oleh teman-temannya. Mereka berkata, “ Selama ini kami anggap kamu seorang yang siuman. Mungkin disebabkan kamu terlalu penat berulang alik fikiran kamu jadi kacau. Lebih baik kamu jumpa doktor supaya dia periksa dan rawat kamu.

Dia menjawab, “ Sebelum jumpa doktor, mari kita jumpa seseorang yang boleh jadi orang tengah yang dapat menentukan bahawa kata-kataku adalah benar dan kamu tidak akan mendustaiku lagi.

Mereka bertemu dengan seorang imam di sebuah masjid, lalu menceritakan kisah kawan mereka itu. Dengan tenang imam meminta lelaki itu menceritakan kisahnya.

Dia berkata, “ Saya adalah anak tunggal kepada dua ibu bapa yang telah tua. Sayalah yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk menyara mereka. Selepas selesai bekerja dan menunaikan solat Maghrib, saya terus pulang ke rumah saya di kampong. Setiba di rumah saya dapati ayah dan ibu saya telah makan malam dan tidur dengan nyenyak. Saya mengambil selimut dan tidur di hujung kaki mereka. Apabila fajar menjelang, saya membangunkan mereka untuk menunaikan solat Subuh. Saya sediakan air untuk mereka berwuduk, menyediakan sarapan dan keperluan-keperluan mereka. Selepas itu barulah saya ke Bandar untuk menyambung kerja dengan hati yang tenang. Saya benar-benar rasa bahagia kerana dapat menghabiskan malam saya di syurga.

Imam berkata kepada empat orang sahabatnya, “ Demi Allah, sahabat kamu ini benar! Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “ SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU ”

~ credit to Ustazah Maznah Daud~

Tuesday, June 21, 2011

Diari: Final Exam

Blog nie akan sunyi dari update entry baru buat sementara waktu sebab penulis sedang berhadapan dengan peperiksaan akhir semester *rasanya memang selalu sangat sunyi kot blog nie :P*



21 Jun 2011 - 28 Julai
Tarikh yang memerlukan perhatian lebih dari penulis. ^__^

Penulis mohon doa dari semua pembaca yang baik hati untuk mendoakan penulis dan teman - teman yang lain agar mudah untuk menjawab soalan - soalan exam yang kekadang agak luar alam. :D



Lepas exam insya- Allah penulis akan cuba sehabis baik untuk aktif semula dalam menulis seperti sebelumnya.

Buat teman - teman MIQDAD, Mutiah, K. Nuriah, K. Azian, K. Long, Anem dan Sarah, selamat menjawab ujian dengan baik. No tension - tension. Just enjoy your exam. Ingat jea lepas abes exam, kita balik Malaysia. Hiii.

Ok, got to go. Notes sudah memanggil untuk berdating. ^__^

p/s: mengharapkan doa kalian.

Tuesday, June 7, 2011

Jom Jadi Baik!

" Jom jadi baik? Erm, bukan senang. Banyak rintangan. Lagi pun kalau kita berubah jadi baik, mesti banyak mulut yang cakap kat belakang. Dan rasanya macam mustahil jea nak tinggalkan benda - benda yang dah biasa kita buat. Nanti lah aku jadi baik eh?"

Pernah kata - kata di atas ini di lontarkan kepada penulis ketika penulis mengajak untuk bersama - sama mengubah diri. Penulis hanya mampu tersenyum kerana pernyataan tersebut tidak jauh lebih kurangnya pernah penulis sendiri lontarkan kepada sesorang yang ingin mengajak penulis ke arah yang lebih baik.


shinchan pun nk jadi budak baik taw ^__^

Untuk menjadi baik memang bukanlah mudah. Terkadang pahit yang dirasa sehingga mengalirkan air mata. Di sisi lain, hati memberontak untuk melakukan namun di sisi yang lainnya hati menahan untuk bersabar menghadapi segala godaan. Namun ingatlah, apa yang kita lakukan itu adalah demi kebaikan diri kita sendiri.

Jadi baik? Nantilah..

Nantilah? Sampai bila untuk kita menunda? Sampai kita tahu esok kita akan meninggal dunia? Tapi persoalannya, adakah kita tahu bila kita akan di jemput kembali pulang ke 'rumah' yang selamanya?

Maka wahai saudara ku yang di kasihi Allah, usah lah ditunda niat baik mu sekiranya dirimu pernah terdetik untuk berubah menjadi lebih baik.

"Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya. Dan sesungguhnya sebaik - baik orang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang banyak bertaubat."
(HR Tirmidzi )

Tidak pernah ada istilah 'aku banyak melakukan dosa so aku rasa Allah mesti tak nak maafkan aku' atau istilah 'dah terlambat bagi aku untuk bertaubat.' Saudaraku, bertaubatlah segera sekiranya dirimu merasa sedang melakukan dosa. Ingatlah pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita selagi ajal belum datang menjemput dan kiamat belum datang menjelma. Dan ingatlah, Allah itu Maha Pengampun.

Aku memang nak jadi baik tapi bukan senang

Tak ada yang mudah dalam kehidupan seharian kita saudaraku. Semuanya memerlukan proses yang sangat panjang. Dan di dalamnya, pasti kita di uji untuk menguji sejauh mana kesungguhan kita dalam mencapainya. Jadi saudara ku yang di kasihi, usahlah berputus asa sebelum diri mu mencubanya. Dan janganlah diri mu berpatah balik setelah diri mu berjalan jauh menuju ke hadapan. Ingatlah, di penghujungnya, diri mu pasti akan menemukan sesuatu yang manis yang sulit untuk diri mu lupakan, balasan yang setimpal dengan usaha mu selama ini.

Tapi macam mana nak tinggal sesuatu yang kita dah biasa buat? Bukan senang la..

Saudaraku, diri ini bukan hendak memaksa diri mu untuk meninggalkan semua jahiliyah yang ada dalam diri mu. Jika diri mu mampu untuk membuangnya sekaligus, maka buanglah dan istiqomahlah dalam melakukan kebaikan. Sekiranya tidak, maka kurangkanlah sedikit demi sedikit sesuai dengan kemampuan mu. Nescaya diri mu akan menemui perubahan nya. Bersabarlah dan istiqomahlah dalam melakukan kebaikan. Sedikit dan istiqomah itu lebih baik dari banyak namun diri mu tidak mampu untuk istiqomah dalam mengerjakannya. Apa pun, banyak dan istiqomah itulah yang terbaik saudara ku. ^__^

Tapi nanti mesti orang cakap belakang bila nampak aku berubah. Tu yang lemah..

Saudaraku, kita di anjurkan untuk berteman dengan orang - orang yang musleh/muslehah, maka cari lah dan bergaul lah dengan mereka untuk mendapat kekuatan darinya. Usahlah dirimu hanyut dengan kata - kata yang kurang membantu dalam hidupmu. Atau mungkin diri mu mengambil itu sebagai cabaran buat dirimu. Tunjukkan lah bahawa dirimu bersungguh - sungguh ingin berubah. Nescaya nantinya mulut - mulut mereka akan tertutup sendiri. Dan siapa tahu suatu hari nanti mereka akan mengikuti jejak langkah mu kerana hati mereka tertarik dengan kebaikan mu. Ingatlah saudara ku, fitrah manusia itu inginkan kebaikan, maka jadilah qudwah hasanah buat teman - teman mu. jika diri mu ikhlas, i.Allah kita sama - sama doakan supaya hati - hati mereka di tiup hidayah dari-NYA.

Jadi saudaraku, apa lagi yang dikau tunggu - tunggu kan, jom la jadi baik! ^__^

p/s: mengharapkan doa kalian.

Monday, June 6, 2011

Sahabat Dunia dan Akhirat ku

" Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki - laki dan seorang perempuan, kemudian KAMI JADIKAN KAMU BERBANGSA - BANGSA DAN BERSUKU - SUKU AGAR KAMU SALING MENGENAL. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti. "
( QS Al- Hujurat 49: 13 )

Bila tadabbur ayat nie bersama dengan ahli usrah atau para mad'u, wajah - wajah sahibah penulis dari seluruh negeri pasti terbayang satu persatu. Akhirnya penulis akan tersenyum sendiri. Sungguh Allah benar - benar menciptakan sahibah - sahibah penulis dari berbagai - bagai bangsa untuk penulis mengenali mereka.

Bila bercerita tentang sahibah - sahibah penulis, mula la nak rasa sensitif. Mungkin kerana posisi penulis yang sedang bersendiri jauh dari sahibah - sahibah yang di rindui kerana Allah. Nak pulak Allah izin penulis bukak blog Aisyah Zaki, makin kuat la rasa rindu yang mengamit di hati.

Mereka, batch- 14 puteri matri, sering berada di ingatan, doa, dan mimpi tidur malam penulis. Dulu semua benda kami lakukan bersama. Makan, tidur, mandi, belajar, solat, bermain, camping dan banyak lagi aktiviti. Sungguh semua itu adalah kenangan manis yang tak dapat di lupakan. Namun sekarang aktiviti tersebut kami harus lakukan sendiri atau bersama teman - teman baru.

Ingin rasa di hati untuk memutar kembali masa yang lalu tatkala rindu benar - benar terasa. Terkadang berlinangan air mata pabila hati meronta - ronta ingin bertemu. Namun apakan daya, ini adalah jalan penulis yang harus ditempuhi. Dan penulis harus matang untuk menghadapi. Zaman sekolah adalah zaman yang lalu dan tak mungkin dapat di lupakan namun untuk kembali adalah sangat tidak memungkinkan.

Mengenali kalian, adalah suatu moment yang terindah dalam sejarah kehidupan penulis. Kerana kalian, penulis mengenal tarbiyah. Kerana kalian, penulis mengenal biah solehah. Dan kerana kalian juga, penulis mengenal betapa manisnya ukhkuwah. Tanpa kalian, hidup penulis mungkin tak seceria pelangi yang berwarna - warni. Meskipun terkadang badai datang melanda menguji sejauh mana ukhkuwah kita yang terjalin kerana Allah.

Dan sekarang kita sedang mengejar cita - cita. Dan di dalamnya banyak peristiwa manis dan pahit yang berlaku. Ada yang dah mendirikan baitul muslim malah mendapat cahaya mata. Dan ada juga yang telah di panggil kembali pulang ke ' rumah ' yang kekal abadi.

Apa - apa pun, penulis doakan yang terbaek buat semua. Penulis harap satu masa nanti kita akan bertemu kembali, mengulangi kenangan manis yang kita ada. Kalau bukan di dunia, i.Allah di syurga yang kekal selamanya.

Uhibukifillah ya ukhti!

semangat penulis dok depan sekali. -_-'