Pages

Friday, March 5, 2010

01 MARCH 2010 VERSION 3

Ahha, hari nie jugak la hari pertama penulis masuk sem baru. Semua nya jadi baru. Pensyarah baru, kawan baru, jadual baru, kelas baru dan yang pasti semua baru! Hoho.


Seperti biasa r, setiap mula kelas, mesti lah ada sesi pengenalan antara pelajar dengan pensyarah. Dan seperti biasa juga, setiap kali pensyarah sebut nama penulis, mesti diorang tanya ” Kamu orang Malaysia??” so jawapan yang pasti penulis jawap ” A’ah, saya orang Malaysia”.


Then apa lagi, mula la sesi soal jawap antara penulis dengan pensyarah. Penulis di tanya macam – macam soalan ibarat seorang pesalah sedang di soal siasat. Hoho. Setiap kelas yang penulis akan masuk mesti ditanya macam – macam. Huhu. Penat la juga sebenarnya nak menjawap tapi biasalah, orang luar katakan. Hehe.


Dan satu perkara yang pasti, setiap kali jumpa dengan pensyarah – pensyarah tu, comfirm diorang kenal penulis. Hoho. Tak pasal – pasal popular. Haha. Paling best time nak amek kehadiran, penulis tak perlu nak angkat tangan bagitaw penulis hadir coz pensyarah comfirm tak tengok sebab dia dah kenal. Hehe. Kalau kawan – kawan yang lain, memang pensyarah – pensyarah tu tengok r.


Kadang – kadang nie, suka gak kalo orang kenal kita. Coz nanti senang nak minta bantuan. Tapi kekadang xbest gak, mana kita pergi, mesti diperhatikan. Actually tak selesa jea. Tapi bagus gak. Secara tak langsung kita boleh jaga diri kita. Nama Malaysia sekaligus Islam harus di jaga! Coz bagi diorg, orang Malaysia nie, Islam die bagus padahal sama jea penulis tengok. Hoho.


Malaysia VS Indonesia. Itulah yang sering di perkatakan pensyarah – pensyarah di sini. Walaupun diorang semua tak peduli dengan kes – kes nie, diorang tetap jugak akan tanya pendapat penulis. Dan jawapan penulis untuk semua pensyarah tetap satu


” Itukan kebanyakkannya masalah pemerintah. Bukan masalah kita. Yang penting saya sama dengan masyarakat di sini, baik – baik saja. Lagipun untuk apa kita berantem, kita sesama umat Islam, dan Islam itu tidak membedakan antara orang Indonesia atau Malaysia. Tidak membedakan budaya kita. Yang penting tingkah laku kita sebagai orang Islam.”


Kelas penulis tak da masalah sangat dengan perkara Malay VS Indo nie, diorang suma ok jea. Jenis buat tak taw. Tapi sepupu penulis ada r. Bayangkan dia sorang – sorang budak Malaysia dalam kelas, pastu belajar subjek Kewarganegaraan, tetiba jea ada kawan yang terus kata Malaysia bla..bla..bla..huh?! sungguh tak taw la pa nak jadi dengan kelas tu kalau ada penulis time tu.. Huhu.


Sebenarnya bukan senang belajar kat negara yang berkonflik dengan negara kita sendiri. Tapi kita kena ingat, dalam menuntut ilmu itu, pasti ada cabaran – cabaran yang perlu kita hadapi. So ini mungkin cabaran yang Allah bagi buat diri penulis untuk menguji diri penulis sejauh mana pergantungan diri penulis terhadap DIA. Sungguh penulis sangat memerlukan DIA setiap masa dan di setiap tempat.


Moga apa yang penulis dan rakan – rakan yang lain hadapi, Allah balas dengan pahala yang berlimpah ganda. Amin.


~mengharapkan doa kalian~

4 comments:

lurv4Allah said...

hehe..tengok macam kami.. kerajaan kingdom of Hashimate Jordan ni kagum habis dengan Malaysia.. Jadi kami ni macam diangkat dan dilayan lebih la..huhu

Tapi just manusia-manusia yang kenal dunia la..

Yang kampung dan kuno tu tetap perasan kata deme lagi modern..siap ngutuk kitorang kampung lagi tu.. geram betul..

Apa2 pun, wishing you all the best friend..may Allah's love guides you through out your live..

uhibbukifillah..

pRincEssaLiE said...

hehehe...
seronok la klo ada yang kagum...
atleast mne nak pergi, keselamatan tu ok sket la...
kat sni, nk bising2 bgtaw ktaorg Malaysia pun xbrani..hehe
tapi major diorg ok jea...
kwsn ktaorg bley kta zon selamat ag...
ada tempat mmg xleh jumpa org msia,
klo x..jeng3...sendiri pk la...hehe
apa2 pun, hasna' all da best to U too...do pray for me k! i really need dat..hehe...

Fakhrur Razi said...

gak ngapaan sih..
cabaran ja sume tuh bila di negara orng ye bu.. ;D

pRincEssaLiE said...

aish!...
ko nie ckp melayu dh r...
xpoon ckp japan...
lagi ak ske...hehe