Pages

Saturday, March 13, 2010

Innalillah...

Bukan ada yang meninggal eh tapi ada yang accident baru - baru nie. Teman seperjuangan penulis waktu di MATRI dulu. Afdholul Rahman dan Suhaib. Agak terkejut juga mula - mula bila k. Amalina( kakak Afdholul ) bagitaw yang diorang kemalangan langgar pokok. Waktu tu Afdholul tengah drive. Memandu dalam keadaan mengantok. Alhamdulillah Afdholul cedera ringan tapi dengarnya masih trauma. Tapi Suhaib cedera parah dan malam nie kena bedah mata sebelah kiri. Dan khabarnya mata sebelah kiri dia tak boleh berfungsi lagi. Innalillah. Moga Allah permudahkan segala urusan sahabat - sahabat ku ini.


keadaan kereta selepas kemalangan

Sungguh penulis masih terkejut bila dengar berita nie. Kalau penulis pun terkesan apatah lagi keluarga diorang kan? Moga Allah bagi kekuatan kepada keluarga sahabat - sahabat penulis. Sama - sama lah kita berdoa agar segala urusan berjalan dengan lancar dan harapnya keluarga diorang tabah menghadapi ujian yang menimpa. Pasti ada hikmah di sebalik semua nie. Sabar yea k. Mena sekeluarga!

Sejak dua menjak nie banyak pula musibah yang penulis dengar. Jadi risau pulak. Huhu. Tadi tengok status k. Amnani yang ayah dia pun kemalangan juga. Tapi sejauh mana parah dia tak tahu pula sebab tak tanya. Harapnya cedera ringan - ringan sahaja.

Semalam pun ada dengar berita pelajar medic tahun satu di Mesir meninggal dunia. Innalillah. Walaupun tak kenal tapi sangat berkesan di hati penulis. Semuanya tengah di uji ALLAH sekarang nie. Apa yang pasti, ALLAH uji kerana dia sayang dengan kita. Dan dia nak tengok sejauh mana kita bergantung dengan DIA.

Moga keluarga yang di timpa musibah sabar dan tabah dengan ujian- NYA. Ingatlah pasti ada hikmah di sebalik semua nie. Dan bagi kita yang mendengar berita - berita macam nie, sentiasalah muhasabah diri kita. Adakah kita siap jika kita yang di timpa musibah? Adakah kita siap di panggil menghadap Allah terlebih dahulu? Sama - sama lah kita muhasabah diri kita yea..(^__^)

~mengharapkan doa kalian~

No comments: