Pada tarikh 1 Mac 1963, lahir seorang anak perempuan yang ke- 5 hasil dari perkahwinan Hj Shahdan dan isterinya, Hjh Napsiah. Seorang anak yang comel dan sentiasa mencuit hati orang di sekeliling nya.
Perempuan ini kemudiannya membesar dan akhirnya melanjutkan pelajaran di UPM. Dan pada akhirnya, wanita ini di lamar oleh seorang lelaki yang biasa dan tidak mempunyai harta. Hanya membawa rasa cinta dan ingin mendirikan sebuah mahligai bersama – samanya. Wanita ini berasa ragu dan beliau mendirikan solat istikharah dan memohon petunjuk dari Allah apakah lelaki ini adalah jodoh yang dia cari selama ini.
Setelah mendapat petunjuk dari Allah, wanita ini menyatakan persetujuannya dengan ingin menikahi lelaki tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah, namun semua itu tidak mengubah keputusan wanita ini untuk menikahi si lelaki. Pernikahan tanpa cinta!
Sebelum berlangsungnya pernikahan, si lelaki mengatakan sesuatu kepada wanita ini,
” Rumah tangga itu ibarat berlayar di lautan. Saya nantinya sebagai ketua kapal dan anda sebagai pembantunya. Di saat laut itu bergelora, pastinya saya memerlukan anda dalam membantu kapal selamat dari tenggelam. Dan di saat lautnya damai, tentunya saya memerlukan anda bersama – sama saya menikmati indahnya perjalanan di atas kapal dengan pemandangan yang indah. Yang pastinya, setiap masa, saya memerlukan anda di sisi saya walau apa pun yang terjadi ”
Akhirnya, pada tarikh 28 Disember 1986, kedua pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga. Setahun kemudian pada 7 November, mereka di kurniakan seorang anak lelaki. Pasti nya kedua pasangan ini menantikan kehadiran si anak kecil bagi menceriakan lagi suasana rumah tangga mereka. Si anak kecil diberi nama Muhammad Noor, sempena nama datuk tercinta si ayah. Si anak kecil dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh pasangan bahgia tersebut. Dan yang pastinya, si ibu akan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa menghiraukan dirinya, yang pasti buah hati nya sentiasa dalam keadaan yang sihat.
2 tahun kemudian, si ibu disahkan mengandung anak kedua. Pastinya pasangan itu merasa bahgia kerana di kurniakan seorang lagi cahaya mata. Si ibu menjaga kandungan dengan baik. Sentiasa membaca Al – Quran agar yang berada dalam kandungan itu nanti menjadi seorang yang hebat dalam menghafal dan memahami Al – Quran. Walaupun sibuk menjaga si anak yang di dalam kandungan, si ibu tetap tidak melupakan anak nya yang pertama. Si ibu tetap memberikan kasih sayangnya terhadap anak nya yang pertama. Si anak yang pertama juga menunggu kedatangan si adek dan sentiasa membantu si ibu mengambil Al – Quran tatkala si ibu ingin membaca Al – Quran. Sungguh bahgianya perasan si ibu ketika itu. Pada tarikh 12 September 1989, si ibu selamat melahirkan seorang anak lelaki dan di berikan nama Ahmad Fathullah. Secara tidak langsung, si anak yang pertama menjadi abang kepada si adek yang baru lahir.
Kedua anak pasangan ini di berikan kasih sayang yang tiada belah bagi. Mereka di besarkan di merata tempat. Mereka di berikan dan di kenal kan dengan berbagai – bagai tempat. Apa yang pasti, pasangan ini ingin anak mereka menjadi seorang yang bijak dalam semua perkara.
Setelah kedua anak ini membesar, tentunya mereka menginginkan lagi seorang adek. Akhirnya, Allah izin si ibu disahkan mengandung sekali lagi. Bermula lah perjalanan si ibu dalam menjaga kandungannya. Sekali lagi si ibu membawa kandungan nya yang berat itu kesana sini selama 9 bulan. Si ibu tidak pernah merasa penat atau kesal dengan kandungan nya itu. Si ibu tetap menjaga dan terus menjaga. Akhirnya, pada 14 Julai 1991 jam 01.45 petang, si ibu selamat melahirkan seorang anak. Semasa melahirkan, si ibu merasa sulit hendak melahirkan anak yang ke-3 ini. Rupa – rupanya si ibu melahirkan seorang bayi perempuan yang comel lagi kiut. Dalam hati si ibu ”Patut lah sulit dari sebelumnya, anak perempuan rupanya” Tentunya pasangan tersebut merasa bahgia kerana dikurniakan seorang anak perempuan kerana itulah yang mereka idamkan selama ini.(^__^).
Dari tahun ke tahun si ibu dikurniakan 2 orang laki anak lelaki yang diberi nama Kautsar dan Afiif. Sungguh ramai anak lelaki!. Haha.
Si ibu meluangkan hidupnya dengan membesarkan hero – hero nya yang nakal dan heroinnya yang baik hati lagi santun. Haha. Si ibu tetap tabah dalam melayani karenah si anak. Walaupun terkadang si ibu terguris hati dengan sikap anak – anaknya, tetapi si ibu tetap menyayangi anaknya lebih dari segala – segalanya.
Tapi kini, semua hero – hero dan heroinnya pergi menuntut ilmu jauh dari dirinya. Sungguh ia merasa sunyi tapi jauh di lubuk hatinya, dia inginkan mereka semua berjaya. Si ibu sentiasa berdoa agar anak – anaknya berjaya di dunia mahupun akhirat. Si ibu juga bekerja mencari rezeki buat si anak disamping membantu si suami. Sungguh betapa besarnya pengorbanan si ibu terhadap anak – anaknya.
Pengorbanan tersebut hanya Allah yang boleh membalasnya. Anak – anaknya hanya mampu berdoa dan memberikan kejayaan kepada si ibu. Sungguh anak – anaknya sangat mencintai si ibu. Besarnya pengorbanan si ibu dalam menbesar anak – anak lelaki nya yang degil dan anak perempuannya yang baik! Haha
Kini usia si ibu sudah meningkat. Tapi si ibu tidak pernah jemu berdoa untuk anak – anak yang dicintai nya. Sungguh besar nya pengorbanan mu!
Itulah dia ibu ku, HANIDAH BINTI SHAHDAN. Ibu kepada 4 orang hero dan 1 orang puteri raja. Haha.
we r happy family!!
Selamat Hari Lahir wahai mama. Sungguh tiada apa yang dapat ku berikan kepada mu melainkan kejayaan dan doaku buatmu. Terima kasih daku ucapkan kerana mengisi umur mu dengan mendidik ku penuh sabar walaupun daku sering mengguris hatimu. Sunggu ak mencintai mu wahai mama!
with my beloved mom
p/s : cerita yang benar tapi terdapat tokok tambah.. Hehe..